aku menulis dengan mimpi. kerana mimpi itu sinonim dengan harapan dan ambisi. malah ia percuma. lalu, bermimpilah kita tanpa limitasi.
January 31, 2009
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Setiap peluang yang datang dalam perjalanan hidup harus diguna sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan masa depan.
Tapi, apa pula jika peluang itu terpaksa dilepaskan ke awangan kerana satu kecacatan yang sebenarnya boleh dielakkan?
Satu kata dari saya, sabar.
Itu ketentuan Tuhan. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.
Tapi, itu tak boleh dijadikan reason untuk kita biarkan ia berlalu tanpa usaha pembetulan, kan?
………Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri… [Surah Ar-Rad, 13:11]
Kawan-kawan,
Dalam masa satu hari, 24 jam, iaitu 1440 minit, saya mohon, tontonlah klip youtube di bawah ini yang panjangnya hanyalah 4 minit 11 saat. 0.5% daripada masa kamu pun tidak sampai.
Ah. Sungguh saya malu. Bukan. Sungguh, kita harus malu.
True. Belajar di luar negara adalah satu peluang yang bukan semua boleh dapat. Tapi, the fact that kita ini ada peluang untuk menuntut ilmu, tak kiralah kamu di Malaysia atau di mana-mana pun, saya kira itu pun sudah cukup bertuah.
Fokus pada minit ke 3:06 hingga ke minit akhir video ini.
Apa kamu rasa?
Kalau kamu tidak rasa apa-apa, mungkin kamu seorang manusia yang berhati batu.
Mereka-mereka ini, tutur bahasanya amat tersusun. Tak ada caci-maki malah masih lagi memanggil Yang Berhormat tanda hormat. Bukan dibuat-buat kerana di hadapan kamera tapi ia datang dari hati.
Paling amazing, dia senyum. Sedaya-upaya tidak mahu menagih simpati atas nasibnya. Tapi, hati perempuan, semuanya lembut. Menangis juga dek kekecewaan yang melampau.
Tapi, dia cuba senyum. Despite all of the hard times.
Nah, kita?
Hari-hari complaint exam kita susah.
Hari-hari bengang homework kita banyak.
Hari-hari membentak susah mahu faham matapelajaran.
Apa, betul-betul susahkah kita? Benar-benar?
Tuhan, ampunkan dosa kami. kami ini yang sering lupa untuk bersyukur kepada-Mu, atas segala nikmat dan bahagia yang Kau curah-curahkan tanpa henti.
Jazakallah, Haziq.
Kamulah yang letak link ini di status YM.
harus lihat episode 1 – The Aminah Wahab’s Story. Inspiring. Serious. Fokus pada minit ke 1:58. We should be ashamed kalau kita ini masih lagi bongkak.
fanramli
January 28, 2009
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
"Aku nak nanges ni."
"Eh. kenapa?"
"Tak tahan. aku tak pandailah nak jaga dia. Menyesal pulak tiba-tiba."
"Aik. baru sehari kau jaga, dah give up?"
* Diam *
Ah. terpukulnya dengan kata-kata mukhsin.
"Ala, dia kecik lagi. kau ajar lah dia sikit-sikit. Tunggu lagi seminggu."
Saya angguk lemah depan skrin komputer. Saya menoleh, merenung sepasang mata bulat milik si comel itu.
kejap-kejap dia melompat. kejap-kejap dia berpusing-pusing mengejar ekornya sendiri. kemudian, rebah di atas karpet. lalu, dgn jakun, duduk semula melihat imej di kaca tv yang bergerak-gerak.
haha. geli hati.
tapi, kalaulah kamu tahu apa yang bergelora dalam jiwa tuan baru mu ini.
setiap pagi sebelum melangkah ke kelas, tuan baru mu ini gelisah kalau-kalau kamu 'melabur' tak kira tempat. kamu kecil lagi. walau bagaimana besar pun bekas yang disedia, walau bagaimana baru pun pasir yang dibeli, kamu masih tidak pandai mahu gunakan kemudahan itu.
tuan baru mu sudah tidak berani meninggalkan lebihan breakfast supaya boleh dijadikan makanan tengahari nanti begitu saja. takut-takut kamu memanjat dapur dan menyelongkar.
tuan baru mu sudah tidak boleh membiarkan bakul baju yang hendak dibasuh di lantai, harus letak di tempat yang tinggi. nanti kamu dengan gembiranya beradu di situ dan dgn tak semena-menanya meninggalkan bulu-bulu kamu.
tuan baru mu penat mengutip kertas-kertas yang jatuh ke lantai setiap kali kamu melompat dan menggelongsor di atas meja belajar.
tuan baru mu puas mengulang-ulang solat setiap kali kamu cuba menangkap kaki yang bergerak-gerak dalam telekung putih.
mungkin kamu tidak biasa.
hey, saya juga.
tapi, kamu rupa-rupanya pandai memujuk.
bila mana kamu meringkuk di sisi bantal kepalaku saat tiba waktu tidur.
bila mana kamu meringkuk di kerusi sebelah saatku menghadap komputer. (sekarang ini)
bila mana kamu dengan selamba meringkuk di ribaanku saatku bersila menghadap televisyen tanpa menghiraukan yang aku sedang sibuk menelaah pelajaran.
bila mana kamu duduk diam di sisi katil saat ayat al-quran ku baca.
bila mana kamu mengiau ibarat mengucapkan 'selamat pulang' setiap kali aku pulang dari kelas.
ah. maafkan aku kalau kamu sakit ketika aku menjentik telingamu.
tapi, aku percaya itu proses pembelajaran supaya kamu faham itu tidak betul.
dan aku ucap terima kasih pada kamu in advance.
kerana kamu bakal dan sedang mendidik aku untuk bersabar.
oh, lupa. namanya, chiper. (bukan saya yg beri nama tapi tuan asalnya.)
=).

fanramli
January 21, 2009
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.

Orang Melayu memang penuh dengan peribahasa, betul.
Hari-hari jam 6:30 ptg di televisyen ada satu rancangan, namanya
'à prendre ou à laisser'. kalau diinggeriskan, to take or to leave.
peribadinya, saya agak tidak berkenan dgn cara permainannya. tapi, ia tetap menjadi peneman saya ketika saya bersiap-siap di dapur untuk dinner.
satu perkara asas yang saya belajar dari rancangan ini;
orang tamak selalu rugi.
kadang-kadang, ada candidate yang datang hanya untuk suka-suka. 'saya bermain bukan kerana wang' kata mereka. padahal, bila di pertengahan rancangan, bila peluang untuk mendapat 10 000€ ke atas semakin tinggi, masing-masing nampak sungguh greedy. tapi, bila akhirnya, kamu hanya dapat 50€ atau langsung tiada, menangis-nangis juga sambil mengeluh sana-sini.
pourtant, kamu kata, 'saya bermain bukan kerana wang'.
ah. mengaku saja, kamu memang main kerana wang, kan?
yang paling tidak tahan, kepada mereka yang memang betul² participate, kerana memang mahu menang besar. akan ada satu waktu, pihak 'bank' (penganjur) akan mempertaruh satu jumlah yang bagi saya selalunya agak lumayan. kadang-kadang, 20 000€. kadang-kadang, 35 000€. peserta harus pilih, to take or to leave it. tapi, memandangkan peluang untuk dapatkan 200 000€ masih ada, (walaupun probability hanya 2/5) kebanyakan mereka akan refuse wang taruhan penganjur dan berkeras mahu teruskan permainan.
bagus:
kerana kamu memang passionate dalam hal yg kamu lakukan hingga ke titik akhir.
negatif:
kerana kamu itu tamak.
selama saya menonton hingga ke hari ini, 70% peserta akan pulang dengan tangan kosong. totally nothing.
oh ya. dan saya belajar sesuatu juga.
orang tamak kan selalu rugi? jadi, untuk 'mereka' yang ghairah menghapuskan warga asal tanah Palestin kerana tamakkan tanah, harta, kuasa, etc etc, saya ada pesanan;
KAMU PASTI RUGI.
janji Tuhan itu pasti. tak kira bagaimana orang lain membidas. insyaAllah.
fanramli
January 17, 2009
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.

Dingin malam waktu itu dihangatkan dengan unggun api dari chimney cottage 2 tingkat di Herran, France.
Semua sudah siap duduk bersila, kemas-kemas, dengan telekung masih lekat di badan. Kami menanti dengan sabar, tertanya-tanya giliran siapa hari ini untuk memberi tazkirah.
Kak Asma' tersengih melihat kami.
"Ha, hari ini pemberi tazkirah kita diterbangkan khas daripadaa....jeng jeng jeng."
Ada yang sempat menyelitkan bunyi drum. (yana, kau eh?)
"...daripada Republik Czech. Dipersilakan!" Kak Asma' selaku mas'ulah mengumumkan.
Kak Hanis mengambil tempat di depan dan tersenyum. dari riak wajah, nampak macam ada getar sedikit. Normal lah, siapa tidak getar di saat-saat yang pertama di depan khalayak ramai, kan? Tapi, getar itu cepat sahaja hilang bila Kak Hanis mula berbicara.
"Sejujurnya, saya bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi tazkirah. Tapi, insyaAllah, saya akan cuba yang terbaik menunaikan amanah yang dah diberi pihak penganjur dari France ni."
Kami membetulkan sila. Mahu dengar dengan lanjut.
"Sebenarnya, saya takut. Takut kepada dua benda."
Sudah. Kami mengangkat kening. Kenapa?
"Pertamanya, saya takut, saya ini hanya pandai berkata-kata tanpa ada tindakan. saya takut, saya ini bercakap tapi tidak mengerjakannya."
Pantas saja, dia menyelak Syaamil Al-Quran;
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. [Surah As-Saff, surah ke-61 : 2 - 3]
Saya menarik nafas panjang selepas Kak Hanis habis membaca potongan ayat suci itu. Dalam hati, saya beristighfar.
orang kata,
siapa makan cili, dia lah yang merasa pedasnya.
dan ya.
saya terasa, ok?
saya ini ada lagaknya seperti cakap tak serupa bikin. berapi-api menasihat, kadang-kadang karat itu masih juga bersarang dalam hati.
hai diri.. tau kah kamu, itu perangai yang dibenci Tuhan?
kawan-kawan,
bantulah saya. bantu. saya juga ada lemahnya di sana-sini. tegurlah sekiranya ada ruang. tolong, tolong ya?
Tuhan yang Maha Pengampun, pegang kukuhlah hati ku ini. amin.
p/s: perkara kedua yang kak Hanis takut tu, biarlah rahsia antara kami-kami saja, ya. :) .
fanramli
January 15, 2009
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.

doa.
doa itu senjata mukmin.
kata kebanyakan.
hari ini, Tuhan cuit hati saya. alhamdulillah, exam semester satu sudah selamat dinoktahkan hari selasa lalu. tapi, perjuangan masih belum selesai. tinggal hari ini, saya masih ada presentation untuk projet tuteuré (supervised project). hampir sebulan juga, saya dan 3 orang jejaka perancis lain bertungkus-lumus menyiapkan portfolio. dan, ini, yg berlangsung jam 15 tadi adalah sebagai penamat tugasan.
dari awal tugasan, saya tidak terlalu risau kerana bagi saya topiknya mudah. tambah lagi, yang membuatnya adalah 4 orang. cuma satu yang kerap menyeksa jiwa batin saya. yang inilah, bila tiba waktu kamu presentkan apa yg telah kamu hasilkan.
jujur. cuba tanya pada orang yang mengenali diri saya. bercakap di khalayak ramai tidak pernah menjadi satu masalah besar untuk saya. cuma kali ini, iyalah, saya jadi gugup dan cuak. kerana saya mesti berbahasa perancis, bercakap tentang teknik dan architecture.
4 minit diperuntukkan untuk seorang. sekejap? ya, memang sekejap. tapi saya ada byk benda yg perlu dicakapkan dalam masa sependek itu. harusnya, saya tidak boleh bercakap dgn kadar perlahan. mesti laju.
sekonyong-konyong, saya teringat pada kak fatimah waktu spring camp di bosville. ketika itu, kak shafrah tugaskan saya utk beri tazkirah tentang Asiah, isteri firaun yang menjaga nabi musa a.s. lalu, kak fatimah tunjukkan kami surah ke 2O, surah toha, ayat 25-28 ;
Dia (Musa) berkata, "Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untuk urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.."
itu doa nabi musa yang memohon kepada Tuhan kelancaran kata-kata untuk menghadap firaun durjana.
itu juga doa yang sering dilagukan selepas memberi salam kepada guru waktu saya sekolah menengah dahulu.
refleks semula keadaan saya tadi. saya mohon sungguh pada-Nya moga juri-juri (profesor juga) mampu memahami setiap bait perkataan saya, setiap prononsasi perkataan perancis saya. jadi, saya doa. doa. doa. dan doa.
lalu tiba giliran saya.
masyaAllah. saya seperti tidak mengenali siapa yang sedang bercakap di kala itu. lancar sahaja mulut saya berbicara. tersangkut pun hanya sekali dua. yang paling mengejutkan, saya bercakap dalam kadar yang laju. malah, prononsasi pun boleh tahan. tak ada yang sumbang bunyinya pada telinga saya.
masyaAllah, masyaAllah, Maha Suci Allah.
habis presentation, masing-masing tarik nafas lega. profesor tidak ada pula yang berniat mahu 'mengantoikan' pelajarnya. soalan yang diajukan waktu sesi terakhir pun bukan soalan yang sengaja direka-reka utk mematahkan kami. mereka tidaklah se'chien' yang kami sangkakan. keluar dari kelas;
"hey fan. hari ini awak bercakap dgn baik sekali. t'as bien géré." kata Thomas.
saya senyum.
Alhamdulillah.
Ah!
doa itu senjata mukmin.
kata saya pula.
p/s: doa banyak pada Tuhan utk Palestin. dont under estimate the power of doa.
fanramli
January 12, 2009
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.

Perhatian, kawan-kawan.
Cerita ini diubahsuai sedikit dari internet.
* * *
Tiga orang sedang bertanding untuk membuktikan siapakah diantara mereka yang paling kejam .
Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah , darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu . Akhirnya perempuan itu pengsan . Lalu dia berpusing menghadap dua lelaki lalu berkata dengan bangga ;
"Akulah orang yang paling kejam !!"
Lelaki yang kedua bangun, tidak mahu kalah. Lalu, dia merogol perempuan itu dan memukulnya hingga mati lalu dia berkata ;
"Lihat! Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku !! "
Lelaki yang ketiga pula bangun dan tersenyum lebar. Lalu dia berkata dengan bangga;
"Hai kawan-kawan, tidakkah kamu lihat? sebenarnya, akulah yang paling kejam. Aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan itu adalah adik aku."
Signifikasi:
Perempuan itu adalah Palestine
Lelaki Pertama adalah Israel
Lelaki Kedua adalah Amerika Syarikat dan sekutu
dan
Lelaki Ketiga adalah UMAT ISLAM yang hanya berdiam diri dan melihat.
Bravo! Teruskan menjadi juara.
fanramli
January 10, 2009
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



Masirah - M Nasir
suara duka angin Gazza
gegar jantung bumi kita
nyawa anak di hujung senjata
tangisan bonda hanya sia-sia
masirah anak al-durrah
netzarim bermandi darah
begitu megah mata memandang dusta
masirah dalam amarah
hilang kalam kebenaran
kudrat alam hanya menjadi rebutan
berbaris-barislah ke satu arah
jangan sampai berpisah menyusun langkah
mencari-cari erti kedamaian
di dalam jiwa tersirat jawapan
masirah anak al-durrah
netzarim lambang perjuangan
kita menanti tangan pembelaan
masirah dalam amarah
hilang kalam kebenaran
kudrat alam hanya menjadi rebutan
masirah anak al-durrah
netzarim lambang perjuangan
kita menanti tangan pembelaan
masih menanti tangan pembelaan
fanramli
January 8, 2009
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.

"aku tertinggal di belakang. padahal anak-anakku ke syurga."
Amru bin Jamuh mengaduh hiba.
empat puteranya galak ke sana dan sini, turut serta di medan perang bersama Rasulullah walhal dia dinasihatkan untuk duduk diam saja di rumah. kenapa begitu?
kerana Amru bin Jamuh itu, kakinya pincang.
erti kata lain, dia tempang.
bahkan, Rasulullah sendiri mengumumkan bahawa tanggungjawabnya utk pergi berperang telah gugur atas sebab kecacatan fizikalnya.
Uhud tiba. Amru bin Jamuh tidak mahu ambil pusing. Badar sudah berlalu tanpa ada peluang untuknya. ini, kali ini sudah sampai masanya. hatinya meronta untuk mencurah bakti mengibar panji Islam. alatan perang dikumpul walau dihalangi ramai.
Maka, kepada baginda, dia meminta dengan sangat. akhir-akhir, baginda mengiyakan. diambilnya alat-alat senjatanya, dan dengan hati yang diliputi oleh rasa puas dan gembira, dia berjalan berjingkat-jingkat sambil suara bergetar-getar, dia memohon kepada Allah ;
"Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk menemui syahid, dan janganlah aku; dikembalikan kepada keluargaku…..!"
dan doanya diperkenankan.
-----------------------------------------
ini kisah seseorang yang kurang sempurna tapi bukan calang-calang di mata Tuhan.
nah, kita ini yang elok fizikalnya?
calang-calangkah kita di sisi Dia?
kawan-kawan,
air mata yang kita curahkan untuk Palestin, apalah harganya kalau tidak ada tindakan? sedih atau simpati yang berpanjangan tidak membawa kita ke mana-mana kalau kita masih membeku. berapi-api mengutuk musuh laknat tiada ertinya kalau kita masih di takuk lama, enggan bergerak.
jangan cakap tak serupa bikin.
setiap dari kita harus ambil bahagian. harapan terletak di bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar, yang bersedia menghidupkan jihad-Nya.
maka, terjunlah ke dalam kelompok itu. mari?
fanramli
January 5, 2009
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.

satu benda yang saya tak suka tentang kemajuan teknologi manusia ialah :
awak boleh kelihatan seperti orang gila. as in, crazy.
contoh 1 :
tadi saya baru pulang dari perpustakaan universiti. di ruangan lobi waktu itu, lengang. cuma ada beberapa makcik kaunter dan seorang lelaki di tepi pintu keluar. tiba-tiba, dia tersengih-sengih memandang saya. saya hairan. bila pulak aku kenal mamat ni? tiba-tiba juga, dia ketawa. kemudian sekelip mata, berubah serius.
haha. bercakap telefon rupanya. telefon yang lekat di telinga. guna bluetooth tanpa perlu memegang body handphone itu sendiri. (eh, ya ka ni? maaf, saya jahil teknologi.)
sebenarnya, saya selalu saja bertemu orang² begini. tapi di khalayak ramai. cuma kali ini, dia berseorangan.
contoh 2:
cuba kamu duduk sebelah orang yang mendengar muzik dgn mp3 player. orang begini, kalau setakat mendengar utk hilang bosan, boleh lagi. tapi kalau yang mendengar dgn perasaan, jangan terkejut kalau dia tiba-tiba mengangguk-angguk atau head banging sambil pejam-pejam mata dan dahinya berkerut-kerut.
yalah kan, lagu itu menusuk kalbu.
contoh 3:
ini saya sendiri. kakak saya yang kata saya mcm orang gila. waktu itu, umur baru 12 tahun tapi sudah berjinak-jinak dgn chatting di mirc. kejap-kejap saya ketawa. kejap-kejap saya senyum-senyum. kejap-kejap saya menyumpah-nyumpah. lepas tu, senyum semula. padahal, di depan kamu itu, hanyalah skrin komputer.
satu lagi benda yang saya tak suka tentang teknologi manusia ialah :
kita akan mudah naik marah.
pernah tak bila kita sedang asyik guna komputer atau handphone atau apa-apa jua gadget, tiba-tiba dia stop berfungsi. dgn tak semena-mena, kita boleh mencarut dan terus menghentak-hentak benda sekeliling. api kemarahan melonjak-lonjak dan sifat syaitan mula mencucuk-cucuk.
walhal, kalau kita marahkan seseorang yang berupa manusia, boleh pula kita bersabar.
tahu kenapa?
saya rasa, sebab kita memang sudah maklum, manusia itu punya kekurangan. tidak sempurna sifatnya. oleh itu, akal kita boleh menerima kalau ada kesilapan dari pihak manusia.
lain cerita dengan robot atau gadget-gadget, yang memang sudah kita assume perfect dan tak akan ada masalah. susahlah akal kalau mahu terima kegencatan dan kesalahan dari sesuatu yang kita sangka tak akan ada problem.
ya kan?
hehe. saya buat kesimpulan saja.
--------------------------------------
kawan-kawan, website ini saya terima linknya 2 hari lepas. hari ini, saya mohon pada kamu, sebarkan.
http://www.mohdrafie.co.uk/blog/2009/01/03/10p/
ikhlaskan hati, ya rakan-rakan?
fanramli
January 3, 2009
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
hai.
awak tengah buat pe tu?
tengok tv? cite ape?
uyoo. cite CSI.
best kan cite tu? saya pon suka tgk cite tu. ending dia masyukk.
org jahat slalu kalah. last² mesti kantoi.
saya?
saya baru balik. tadi lepak ngan kawan² jap. makan kat Chili's.
awak dah makan blum ni? wahhh, sedapnya! mak awak masak nasik ayam. ooo. birthday party adik awak. tak ajak saya,pun?
kenapa? saya kan bakal kakak ipar dia.
hikhikhik. (gelak gedik)
awak.. malam ni jgn lupa tau.
kita keluar. kita lepak klcc. new year situ meriah.
semua ada, Ajim, Tasya, Faruk ngan awek dia, pastu ada Boy, ramaiii.. tau? kalau awak lupa.. saya merajuk!
rindu awak laa..
plzz? i need you.
azam tahun baru?
nak hidup dgn awak, nak hepi-hepi ngan awak sampai bila-bila!
-----------------------------------------
kalau balak awak mati kene peluru meriam, mesti awak sedih kan?
haha. pergilah terjun bangunan, sekarang.
tolong get a life. saudara seakidah kita sedang merana di palestin sana. ini bukan masa sesuai untuk awak ucapkan kepada saya atau sesiapa pun di friendster/facebook/ym/msn dgn ucapan riang ceria warna warni 'heppi new year you allllll! let's enjoyyyyy while the clock is still ticking!!' dan segala bagai. kalau descent sedikit masih boleh terima. cth : happy new year, friends. a new beginning to be wiser. may peace be with the world!
sekalipun tak ada byk benda yg boleh kita tolong, at least tgk berita tiap-tiap hari dan ambil pengajaran dari perang itu. sikit-sikit, boleh nasihat diri utk stop enjoy dunia bagai nak rak dan bagi contoh pada 'partner in crime' kamu.
tegur lembut² kata saya bajet.
tegur kasar² kata saya tak berhikmah.
jadi, mungkin kamu prefer teguran sinikal semacam ini.
nah. terimalah.
ikhlas dari saya.
*senyum tulus sampai telinga*
p/s : ini teguran secara rawak. tiada pengkhususan kepada mana² pihak ya?
fanramli