Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.cuti baru bermula. hari ini, saya ke kedai utk membeli buku baru sebagai buku catatan usrah kedua. baru sekejap tadi saya membelek² semula buku catatan lama itu. apalah gunanya berapi-api mencatat tapi tidak dibelek semula dan diguna pakai ilmu² itu?
dan itu, di muka surat keempat.
"Hati perempuan mudah terusik. Tetapi sekali hatinya telah menjadi kuat, maka jadilah perempuan itu lebih tegas sekalipun daripada seorang lelaki."-ukhti Fadzlina, 11 Januari 2008.
ini kata-kata yang terucap dari bibir gadis kelantan itu setahun yang lalu. namanya fadzlina, merangkap
housemate saya selama setahun di la rochelle.
ah, tiba-tiba saja hati mengamuk, mahu mengimbas memori lalu.
waktu itu, kami hanya berdua. perempuan. yang 9 lagi adalah teruna belaka. tahun 2007, kami
decide utk tinggal bersama di
centre ville (pusat bandar) . perlu saya katakan, antara kami berdua, begitu besar dan begitu banyak perbezaan yang wujud.
saya banyak bercakap tapi dia sangat pendiam.
saya agak kasar tapi dia sangat lemah-lembut.
saya cepat melenting tapi dia sangat penyabar.
saya suka berlagak cool dan tenang bila terserempak dengan anjing.
tapi dia suka menyorok belakang saya bila ternampak anjing yang jauhnya 4 meter. hehe.
Tuhan Maha Bijak. Sengaja diada-adakan perbezaan antara ciptaan-Nya. kerana ia mengajar kita sesuatu yang kita tak ada. manusia saling memerlukan, kan?
hidup sebumbung, ada pahit manisnya. kami mengajar diri masing-masing utk menerima kelemahan dan untuk saling membaiki. kami berkongsi rasa, baik suka mahupun duka. kami berkongsi rahsia, baik yang paling
taboo mahupun yang paling kelakar. kami tak perlu berpura-pura, kami jadi diri sendiri.
saya dengan kamera saya.
dia dengan teleskop dia.
saya teruja bila lihat bulan dgn begitu dekat di corong teleskopnya dan dia teruja bila lihat riak wajah atau keindahan alam di skrin kamera saya.
saya mengerut dahi bila masakannya manis² belaka.
dia mengurut dada bila masakan saya pedas² belaka.
kami ketawa bersama di hadapan kaca tv.
kami marah bersama dengan karenah rakan² lelaki.
haha. indahnya.
cuma kadang-kadang, rasa menyesal dan bersalah menghantui diri.
kalau tak kenal maka tak cinta. we tend to judge people without knowing him/her very well.ya, saya mengaku.
sebelum kami tinggal serumah, antara saya dan dia begitu jauh. persahabatan kami sekeruh-keruh air di parit. bukan salah dia, tapi salah saya. saya yang tidak pernah mahu berusaha mendalami. cukup saya katakan begitu.
sudah saya katakan, saya ini banyak kurangnya. tapi, mohon,
jangan kamu menghakimi. sudah namanya insan. lemah.
saya sedang belajar. dan akan terus belajar. insyaAllah.
hari ini, saya di sini. dengan pilihan masa depan saya.
dan dia di sana. dengan bidang elektriknya. (
yang saya sangat fobia.)
terima kasih, ya Tuhan. takdirmu ini begitu cantik.
terima kasih, ya ukhti fadzlina.
moga ukhwah kita berkekalan.
amin.

fanramli