Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
jam sudah pukul 8. saya mendongak. langit biru semakin merah.
waktu itu, hati baru saja terdetik kepenatan dan kerunsingan kerana kerja masih banyak tidak tertunai, masa semakin cepat berlari dan esok sudah mahu menjelma.
beg hijau di bahu hampir menggelongsor ketika saya melangkah keluar dgn gopoh dari stesen keretapi Le Havre.
kaki melangkah laju mahu segera tiba di apartment.
"regard! ça va être comme ça ma première voiture." laung kanak-kanak perempuan berbasikal yang saya agak usianya lingkungan 8 -9 tahun.
(translation : look! my first car is going to be that car.)
hampir-hampir saja saya dirempuh dengan basikalnya.
"qu'est ce que tu vas faire pour l'avoir?" balas kanak-kanak lelaki di sisinya yang lebih kecil saiz badannya.
(translation : what are you going to do to have it?)
saya kira, mereka bersahabat. si perempuan wajahnya hitam manis dan si lelaki berwajah asli perancis.
"je ne sais pas trop. ce que je sais, je vais pas demander à mon pere de m'offrir." kata petite fille itu lagi.
(translation : i dont know yet/im not so sure yet. but what i know, i will not ask my father to offer me one.)
oho. independant. ambitious.
i would say, that simple conversation motivated me.
Tuhan Maha Pengasih. kepenatan batin dijawab immediately tanpa ditunggu-tunggu dengan perbualan kecil kanak-kanak eropah ini.
Allah, Kaulah sumber kekuatan. dan hanya kepada-Mu aku bermohon agar dicekalkan jiwaku untuk aku menghadapi hari-hari yang mendatang. amin.
"allez. on va suivre la voiture!"
(translation : come on. let's follow the car.)
jam sudah pukul 830. saya mendongak. langit biru semakin merah.
fanramli








