April 26, 2009

Remaja berbaju kuning.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



Menuntut ilmu biar sampai ke negeri China.
kata sebuah hadith . (hadith daif : tak perlu ambil sebagai pegangan, tapi ambil pengajaran yang diselit.)



pandangan saya tertancap pada seorang remaja lelaki berbaju kuning yang tiba-tiba berlari-lari anak lalu memeluk rakan lelakinya dari belakang. tangannya dibiarkan bergantung di leher rakannya. senyuman bahagia terukir di wajahnya.



saya berlalu dengan seribu pertanyaan. homoseksual kah? atau itu hanya pelukan mesra seorang teman? dan saya terus melangkah dengan kesimpulan sendiri : mereka gay.



kamera di tangan digenggam erat-erat. mata meliar mencari gadis tour guide yang sudah jauh ke depan di tengah-tengah orang ramai di Summer Palace itu. cepat-cepat saya mendapatkannya.



"We sit down first? Before we take the dragon boat to cross the lake." katanya berbahasa inggeris dengan dialek cina sedikit.



saya duduk dan memalingkan badan ke belakang sambil mengacu kamera ke pagoda istana di atas bukit sana. mungkin kerana hanya saya yang berposisi sebegitu dan ditambah pula kamera besar di tangan, tiba-tiba ia menarik perhatian orang ramai untuk turut bergambar di situ.



dan remaja lelaki berbaju kuning itu tadi tiba-tiba turut berdiri di sebelah saya sambil tangannya ditunjuk-tunjuk ke arah pagoda itu. dia lantas berpusing dan memanggil-manggil rakan-rakannya untuk ke situ dengan isyarat tangan.



saya meneliti betul-betul.
lalu termalu sendiri.



mereka itu rupa-rupanya golongan bisu.
tiada keupayaan untuk bertutur.



padahal saya ini yang sempurna fizikalnya ini
bukan main suka hati mencela mereka di dalam hati sebentar tadi.



astarghfirullahala'zim.
tentu sebentar tadi syaitan sudah bersorak riang dek sifat mazmumah saya itu.



saya memandang tepat padanya. seolah-olah mahu memohon ampun.
saya senyum dan mengangguk kecil.



dia seperti biasa turut tersenyum
dan berlalu pergi dengan dunianya.









screw you, fan.







fanramli

April 14, 2009

How are you, tomok?

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



siapa lahir di akhir-akhir tahun 80 an atau di awal-awal 90 an?
angkat tangan!



masih ingatkah pada kumpulan² remaja lelaki yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan?



spring dengan lagu 'kita ditakdirkan jatuh cinta' nya?
ukays dengan lagu 'disana menanti disini menunggu' nya?
atau lebih baru sedikit, spoon yang hot dengan lagu 'rindu serindu-rindunya'? waima, kematian vokalisnya yang bernama along itu begitu menggemparkan malaysia dekad itu kan?



tahu atau tidak, waktu itu,
kakak saya begitu menggilai zamani dari kumpulan slam
mama saya begitu menggilai saleem dari kumpulan iklim



lalu saya, sebagai perempuan terakhir dalam rumah, juga tak boleh kalah.
agak-agaknya, cuba teka siapa yang saya minat?



ya. tentulah tomok dari kumpulan new boyz.



maaf sekiranya antara kamu² yang sedang merasa jijik atas pengakuan saya ini.
tapi benar. saya gilakan tomok. hey, jangan nafikan ini : dia seorang yang kacak kan?



malangnya, kritikan yang menjadi-jadi menyebabkan minat saya kepada tomok semakin pudar.



kemudian, tiba-tiba kumpulan boboy muncul.
lalu, vokalisnya yang bernama naqiu pula yang menjadi igauan.
tak lama kemudian, kristal muncul atas didikan awie.
rudy, pemain gitar termuda mengambil tempat di hati saya pula.



well. it WAS once upon a time.




hahahahaha.

waktu saya menaip bait-bait perkataan ini, betapa saya menggeleng-gelengkan kepala melihatkan perlakuan saya yang sangat entah apa-apa.



ridiculous lah.



kini tomok kembali semula di pentas OIAM. dari mana saya tahu ni? ini semua gara-gara utusan malaysia online yang menjadikan tomok sebagai topik utama di ruangan hiburan beberapa minggu yang lalu. kata mereka, tomok sudah berubah, menjadi seorang penghibur yang sangat berbakat dan punya showmanship yang bagus.



kata mereka lah.



tapi tomok tetap tomok.
'sejarah mungkin berulang' katanya satu waktu dulu.



dan dia sekarang sedang cuba mengulang sejarah kegemilangannya.
dan saya sudah nampak sedikit tempias-tempias yang dia akan berjaya.



wah wah wah.
begitu mudah saya meletakkan keyakinan kepada tomok.
walaupun saya tidak mengundinya setiap jumaat kan.



tapi, kita mesti mengaku
sejarah memang boleh diulang
asal kita berusaha



kamu fikir, tomok itu bergoyang kaki saja kah sebelum membuka langkah semula ke gelanggang nyanyian?



sudah tentu dia mempersiap diri dengan kelas vokal dan mendalami muzik dengan baik, barulah dia berani bertempur semula.



jadi, percayalah.
sejarah akan berulang.



samalah seperti sejarah islam, sejarah kita!
islam pernah menguasai 2/3 dunia.
maka, kita pasti boleh mengulanginya lagi, betul?
janji Tuhan itu pasti. yakinlah kawan-kawan seakidahku.



tapi, kamu fikir, dapatkah kita menakluki sekiranya kita butakan hati pada ayat-ayat kebenaran? dapatkah kita berjaya hanya dengan duduk di rumah sambil membaikkan diri sendiri tanpa mahu memperduli orang sekeliling?



perjalanan kita masih jauh.
tapi kita tidak tahu jika kita masih punya banyak masa lagi.
kerana ajal boleh muncul bila² masa, kan?



tapi, cukuplah kita turut menyumbang dalam usaha kepada kemenangan islam di masa hadapan.



sedangkan Rasulullah sendiri tidak sempat melihat islam berjaya cemerlang di puncak dunia. padahal, bagindalah yang begitu banyak bekerja keras demi islam. ingat, Tuhan melihat kepada usaha.



sejarah mungkin berulang, kata tomok.
sejarah pasti berulang, kata kita.



insyaAllah.








dan ya, Tomok masih kacak. umur berapa ya dia, siapa tahu?
hehe.






fanramli

April 12, 2009

Berubah.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




seperti yang terlihat, blog saya sudah bertukar wajah.


kenapa?
entah.
saja-saja.


kadang-kadang kita perlukan perubahan.
supaya tidak bosan.


sama saja dengan hidup kan?
manusia juga berubah dengan putaran masa yang tak pernah berhenti.


contoh satu : anak itu mungkin sudah bosan dengan suruhan ibu ke universiti agama. atau anak itu sudah bosan dengan seruan abah hari-hari memohonnya mengahwini ustaz sekolah rendah di kampung halamannya. padahal, dia sudah ada cinta hati di universitinya. lalu, memberontak dan menghancurkan diri sendiri tanpa sedar.


contoh dua : anak itu mungkin sudah bosan dengan hidup bebas. dengan mama yang sibuk dengan parti datin persatuan. atau papa yang sering outstation atas urusan business. lalu, mencari erti hidup yang lebih 'terjaga' dan 'rapi' seperti yang dianjurkan oleh Tuhan.


tapi sebenarnya, hidup tidak perlu terlalu cliché atau dramatis begitu.
akhir-akhir, kemana juga destinasi kamu kalau bukan syurga atau neraka.


tapi kita sering mengandaikan :


hidup kita masih panjang.
masa itu masih banyak.
mati itu masih jauh.



jangan tertipu dengan andaian lah.


bukankah manusia yang paling bijak ialah manusia yang paling banyak mengingat mati?


"hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu." (Luqman Hakim)


wallahu'alam.


p/s: thought of giving it a try but i just hate it : that feedjit - the live traffic feed thingy. its making u conscious. so, i put it away.


fanramli

April 5, 2009

Berhenti merintih, hati.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


have you ever,
feel lost,
of someone?



someone who, apparently, has nothing to do with you?



pernah atau tidak,
hati merasa begitu sayu,
tatkala kereta api perlahan-lahan mula bergerak
dan sesaat dua ia mula meluncur laju



membawa pergi sebuah jasad dan roh
yang sebenarnya kamu tidak berapa arif pun tentang siapa dia



have you ever,
feel like crying,



but at the end of the day,
you shed not a single tear on your cheek,
but plenty in your heart,
and it aches more and more.



i wonder,
was it the last goodbye?



then, why do i feel like it was?



5th April 2009 , 14h03
direction Le Havre - Paris St Lazare - Malaysia



you left.
leaving only us three.
juga meninggalkan seribu tanda tanya.


would you be ok then?
would you be thinking of us?
would you be back?
or are you gone for good?


Oh Tuhan.
Tuhan, tiupkanlah kekuatan untuk dia.
supaya dia tegar untuk terus tersenyum lalu berdiri kukuh.
walau di mana pun dia berada.
amin..


hu.. perpisahan itu bukan sesuatu yang menyeronokkan.


selamat tinggal kenangan.
walaupun ia sekelumit cuma, tapi itu yang paling terkesan dalam lubuk memori.



adieu, kawan. adieu.






"but more than anything, more than anything,
my wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
your dreams stay big, and your worries stay small,
you never need to carry more than you can hold"

-My Wish ; Rascal Flatts



fanramli

April 4, 2009

Coca-Cola?

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





situasi 1:





"Awak nak minum apa?" tanya lelaki bernama Adrien itu selepas memesan sejenis minuman beralkohol ringan yang tidak saya tangkap namanya.



pelayan wanita di sebelah setia menanti pesanan dari bibir saya. mata saya meliar di meja² pengunjung yang lain. kalau² ada air jus oren yg dipesan. di bar ini, adakah dijual air jus oren?



hati berdebar-debar dan perasaan gementar bercampur baur, kerana lelaki bernama Adrien itu adalah lelaki yang bertugas di kilang Lafarge Cement. Kami di situ untuk interview praktikal bulan mei kelak.



pertemuan hari itu dia cadangkan biarlah di tempat awam di tengah bandar kerana untuk saya ke kilang Lafarge yang terletak di luar bandar adalah sangat tidak mungkin memandangkan kelas saya hari-hari tamat lewat 530 petang.



"fansurina?" dia memanggil lagi.



"un Coca, s'il vous plaît."



dan hati saya berkecai tatkala terpaksa memesan minuman bergaz coca-cola itu.



situasi 2:





"fan, kenapa tak minum?" tanya tuan rumah. tangannya ligat menuang air bergaz itu dalam cawan-cawan plastik untuk tetamu yang lain.



saya cuma senyum. tidak tahu apa yang perlu dijawab. bukan tidak minum, cuma teragak-agak.



"fan ni boikot barang israel. mana minum coca-cola." sampuk seseorang yang lain. dan mata-mata yang lain dalam ruang tamu itu mula memandang tepat ke arah saya, menanti satu justifikasi agaknya.



"ooo. sorila fan ye. rumah saya ni bukan restoran boleh order air anggur ke air oren ke air milo ke kan." kata tuan rumah disambut gelak tawa oleh tetamu yang lain.



saya senyum lagi. kali ni kelat sedikit.



"fan, kau ni ikut usrah kan. diorang ajar kau mengharamkan perkara yang halal ke? berdosa tau. minum je la coke tu. terasa tuan rumah nanti." kata yang lain pula.



perlahan-lahan, tangan saya mencapai cawan berisi air coca-cola itu.



"aku tak cakap aku tak boleh minum air coke ni. aku just tak beli dah air coke ni." jawab saya.



saya tetap senyum. kali ini penuh pahit hempedu.



---------



maafkan aku, palestin.




fanramli

April 2, 2009

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.









i guess, i miss hanging out with my camera.
well, i've got to be back in track.
plenty of things waiting to be captured this april.

and you.
do wait.

p/s: these photos nampak blurry, kan. click on it for better view. =)

fanramli