May 30, 2009

Penutup bulan

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





".....ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenang." [Ar-Ra'd : 28]



sibuk itu bagus.
kerana bila begitu, masa yang ada tentu kita hargai setiap detiknya.


tapi, kadang-kadang kita terlalu sibuk.
lalu kita lupa. pada Dia yang sudi membiarkan jasad terus bernyawa saat ini.


kita tidak akan boleh bayang, orang-orang kafir atau munafik yang merayu-rayu kepada Allah semoga dipulangkan sebentar ke dunia walau sekejap untuk berbuat kebaikan. kerana neraka sudah di hadapan mata kemudian hati menjadi takut.


insaf dan penyesalan di akhir waktu sudah tidak ada guna.


hari-hari yang kita lalui, adakah sudah cukup kita bersyukur? atas segala nikmat-Nya?


saya :
saya pernah lupa. dan sedang lupa.
tapi segala puji bagi-Mu, ya Allah yang sedikit² membasah hati yang mengering dengan pelbagai cara.


hati kita cepat saja merusuh, atau menjadi kalut bila kerja yang kita sibukkan itu tiba-tiba akhirnya tinggal lelah. kecewa itu bagai satu perkataan tepat untuk kita.


tapi layakkah kita untuk kita kecewa kalau kerja itu pun tidak kita lakukan kerana Allah - lillahi ta'ala? atau kita kecewa dan menangis seolah-olah Hakim segala keputusan itu seperti tiada belas?


sebaik-baik hakim adalah Allah. dan Allah itu Maha Penyayang kepada hamba-hambanya yang beriman, Maha Pemurah kepada seluruh makhluk.


ingatlah kepada-Nya, pasti hati menjadi tenang.


bulan mei ini sudah sampai pada noktahnya.
satu bulan yang begitu banyak rasa.


terlalu kontroversi seumur hidup saya.
mungkin kerana injakan umur kepada 21 tahun, life untuk saya seems harder sedikit, campur tolak dengan tanggungjawab² yang baru muncul.

1 mei : terima kasih utk kek pada anis dan mochenkt. :)


alhamdulillah, segala puji bagi-Nya yang telah membuka peluang selepas segala ombak ribut dalam saya mencari peluang praktikal di bumi perancis ini. hari ini, sudah 2 minggu saya bermukim di bandar jiran, rouen untuk menjalani praktikal.


lately, people gets angry dgn saya, sbb saya tidak jawab telefon atau reply msg serta-merta.


saya kata : saya sedang praktikal.
mereka jawab : orang yang berkerja tetap pun boleh jawab telefon. inikan awak.


hu. jangan begitu ya, sahabat-sahabatku. praktikal saya bukan praktikal biasa.
nama pun pelajar civil engineering. cikgu kata, kamu perlu belajar dari asas. jangan kerja nak mengarah saja.


jadi, praktikal saya ialah menjadi yang asas kepada construction.
saya tidak bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. mahupun di hadapan komputer. saya tidak buat kopi untuk bos² saya. saya juga tidak menaip surat² penting.


tapi saya : buruh kasar.


hari-hari saya ke tapak pembinaan, kerjanya membancuh simen, mengangkat konkrit, menyapu serpihan-serpihan besi atau kaca di lantai atau menggergaji blok konkrit. di akhir masa, mesin gerudi harus disimpan semula di dalam kotak, alat-alatan perlu dibasuh dan kereta sorong mesti disimpan semula. minggu depan mungkin bangunan satu lagi akan dirobohkan. kerja apa pula yang bakal saya buat, wallahualam.


dan saya ialah perempuan tunggal di situ!



entah.
tiba-tiba saya rasa special di mata Pencipta.
susun ukur hidup saya unik tak seperti orang lain.
hari-hari yang dilalui mengenalkan saya kepada apa itu sabar.
bagaimana untuk bangun selepas jatuh.


dan saya harus bersyukur kerana itu.


Apakah kamu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? [Al-Ankabut:2]



ah, bulan mei ini benar-benar sudah sampai pada noktahnya.





fanramli

May 15, 2009

Malaysia, Perancis, Anonymous dan 16 mei.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


tiga hari lepas, ada satu SMS dari malaysia masuk :

'Hye sis! Wani kat mtrik mlake. smlm bru rgstr.'



alhamdulillah, penantianmu terbalas.
satu saja pesan kakak, belajarlah elok-elok.


tak perlu rasa gusar atau rasa tertinggal kerana kawan-kawan lain lucky sedikit terbang ke luar negara. menuntut ilmu di mana-mana pun, sama saja. yang penting, harus bergantung kepada niat di hati.


kalau org tanya 'sekarang belajar kat mana?'
apa lagi yang boleh saya jawab selain 'perancis.'


reaksi biasa : wahh. mesti seronok.


entah.
entah lah.


jangan terpedaya dengan ilusi Eiffel Tower yang tegak berdiri di kota romantika, Paris. tak semuanya indah belaka di sini.


contohnya semalam;
buat pertama kali, saya menjejakkan kaki ke main university untuk ke makmal elektrik. (civil engineering deparment terpisah dari kampus induk.)


tahu atau tidak, memasuki kawasan electrical engineering saya seperti memasuki sebuah penjara. menyelusuri koridor-koridor, berlantaikan simen, dindingnya dibina dengan blok batu-bata yang kelabu kelam tidak dicat. jalan jauh sedikit, baru nampak dinding dicat putih, tapi itupun tidak sampai habis ke atas ; hanya 1/3 dinding. cahaya hanya ada satu lorong untuk masuk, dari atap yang kadang-kadang ada bahagian-bahagian lutsinarnya. nasib baik, alatan elektrik agak-agak baru.


perihal di civil engineering department pula, walaupun baru sedikit dari main university, tapi tidak kurang kedaifannya. mungkin bangunan kami lebih banyak cahaya sedikit drpd bangunan tadi tapi cuba lihat alatan di bengkel pembinaan mini kami.


kadang-kadang mahu print graf constrain-distortion pun harus sabar sedikit bila printer lama itu terkedek-kedek seperti mahu meletup saja bila printing.


"prof, tak ada peruntukan kah untuk beli alat-alat teknikal macam ini?" tanya saya sedikit hairan.


prof pandang dan mengangkat kening;

"why bother buying the latest printer? fungsinya sama. duit lebih banyak kita guna ke arah untuk membeli machine-machine eksperimen macam ini." katanya sambil menunjuk kepada mesin gergasi untuk compression.


"tapi mesin ini pun bukan yang latest, prof. dah nampak dah bila kekadang dia tak berfungsi dengan betul pun. pastu, ada satu je pulak tu." tambah saya.


"wah. kamu ni fansurina. kenapa? di negara kamu, barang-barang semua canggih-canggih ke?" ah, giliran prof pula yang bertanya.


saya angguk perlahan dan menyambung, "agaklah but people seems not to appreciate it."


sekonyong-konyong saya teringat pada mama saya;
"kita tak perlu infrastruktur kelas pertama kalau mentaliti kita masih lagi kelas ketiga."


waktu itu, saya baru mencecah umur 16 tahun. susahnya hendak faham ungkapan mama. lalu, mama beri contoh konkrit :


kita di putrajaya. bandar multimedia.
cuba pergi ke stesen bas, atau mungkin pergi saja ke flat presint 9.
lihat betapa banyak contengan kanak-kanak nakal di dinding-dinding.


sayang.
seribu kali sayang.


saya tidak tahu bagaimana di negara-negara lain seperti di UK atau di US.
mungkin, equipment mereka lebih terkini.
yalah, nama pun trend-setter.


tapi, di perancis begitu berbeza. rasanya begitu juga di german.
kemewahan adalah satu benda yang sangat subjektif.
kemewahan pada mereka ada di akal.
kemewahan pada mereka tidak terzahir dengan material.
kemewahan mereka ialah kepintaran.


orang kaya perancis lebih suka ada apartment kecil-kecil tapi merata di seluruh negara. jarang sekali saya bertemu banglo empat tingkat seperti di Malaysia.
kecuali kamu ke 7th, 8th, dan 16th arrondissement di Paris lah.


tapi boleh jadi kerana saya masih belum habis pusing satu perancis.


saya bukan mahu membanding negara Malaysia dengan Perancis. ada sesetengah faktor yang saya kira tidak adil untuk buat perbandingan begitu.


isinya cuma satu, saya mahu kita faham, betapa beruntungnya kita hidup di negara Malaysia. bila mana kerajaan menghabiskan sebahagian besar wang untuk kemajuan bidang pendidikan. semata-mata mahu melahirkan generasi yang bernas supaya nanti boleh menginjakkan taraf malaysia.


apalah gunanya kalau

-universiti begitu moden dengan reka bentuk dan berkelengkapan hebat-hebat
-sekolah-sekolah sudah mula meraih pangkat 'bestari' bagai.


tapi akhirnya, hanya melahirkan
  • golongan yang suka melepak sepanjang masa di di klcc park
  • golongan yang lebih berminat menghadap komputer sambil mengupload gambar-gambar baru di facebook saban hari
  • golongan yang ke sekolah hari-hari hanya untuk bertemu hero pujangga hati, si pemain basketball utama sekolah.

hasilnya adalah habuk semata. itu satu pembaziran.
jadi, bersyukurlah. tak perlu cemburu melihat kawan-kawan ke luar negara. di negara sendiri pun sudah cukup indah.



tahniah kepada siapa yang berjaya baca hingga ke tahap ini. saya tahu bebelan saya kali ni lebih serius dan membosankan. tapi, ia sudah cukup merusuh hati saya kebelakangan ini. harus let it out.


* * *
Anonymous

wahai gerangan-gerangan anonymous, sejuta penghargaan buat kamu yang sudi meluang masa membaca coretan dari saya.


alangkah indahnya sekiranya saya tahu siapa kamu.


maafkan saya kerana ada kalanya (selalu), saya memang tidak capable untuk meneka siapa saudara/saudari.


tapi, kalian harus tahu betapa saya amat-amat-amat menghargai kunjungan kamu.
nah. cake ini buat kamu. hehe.

gambar ihsan dari flickr


* * *
hari ini 16 mei.


#guru-guru di Tadika Fazulina, Sri Andalas, Klang
-although i didnt like it there.

#guru-guru di Tadika Ria, Klang
-Miss Arthur yang memberi saya peluang buat pertama kalinya bercakap di hadapan khalayak (ucap umum) waktu 'Pesta Graduasi'.

#guru-guru di SRK Methodist (P), Klang
-Puan Pei guru kelas darjah enam yang begitu sporting dan tidak pernah pilih bulu walaupun dia seorang Cina
-Puan Noraini, guru bahasa Melayu, tapi juga mengajar saya English, Math dan Sains waktu kelas tuisyen tiap-tiap sabtu sebelum UPSR.
-Cik Hanafiah yang beri saya kepercayaan menjadi pundak dan orang penting dalam Persatuan Tunas Puteri

#pendidik-pendidik di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
-Puan Azizah Musa, guru Add Math selaku guru penasihat Kadet Pertahanan Awam yang sentiasa bersama saya dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5.
-Monsieur Amir dan Madame Rosnani : hey ho, je suis en France là!!

oh, tak boleh nak list. terlalu banyak guru berharga di sekolah ini!


#rakan-rakanku yang bakal bergelar pendidik : Nanad, Kamm, Aima ma, Alan, Ainaa


#bakal-bakal guru di Besançon sana


juga, paling istimewa

Mama ku , Puan Fuziah Mahmood, yang kini pengetua sebuah sekolah di Cyberjaya juga guruku di rumah.



Selamat Hari Guru
tanpa kalian semua, siapalah saya hari ini.






Tuhan, berkati mereka atas segala jasa dan sayang telah mereka curahkan kepada kami, anak-anak.




fanramli

May 9, 2009

Bila Alam Bersuara

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.











aku toleh kiri
anak kucing itu sedang berbisik lembut
pada telinga si betina tua













aku toleh kanan
anak itik itu sedang menyanyi merdu
pada telinga si betina tua












aku dongak atas
anak burung itu sedang bersiul riang
pada telinga si betina tua









hai kucing, itik dan burung
sudikah kamu
iramakan pula pada aku
tentang rahsia yang mereka dendangkan itu?









tentu!








lalu, apa?








mereka lagukan kepada kami :

'terima kasih, ibu.'





selamat hari ibu, ma.
di malaysia sudah jam 12:19 malam.




fanramli

May 8, 2009

Marah.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




Manusia memang tak perfect.
Manusia memang tak perfect.
Manusia memang tak perfect.


itu saja ungkaian yang saya ada untuk saya ulangsebutkan berkali-kali dalam hati kalau saya sedang bengang dengan seseorang atau sesuatu.


supaya bila muka menghadap muka, bila empat mata bertemu, bila jasad bersama jasad, saya masih boleh memberi senyuman dan semoga hati yang mendidih cepat-cepat sejuk dan reda. supaya tiada siapa yg bermasam-masam muka.


tapi nampaknya, oleh kerana begitu, orang sudah mula lepa untuk mengendahkan hati saya. tolong tanya pada famili atau rakan yang hidup sebumbung dengan saya selama 5 tahun atau 2 tahun, saya ini amat sensitif, suka mengamuk, dan sangat irritating towards orang yang buat masalah dengan saya.


tolong consider orang lain ya?
jangan fikir kamu saja yang dalam keadaan worse atau pire lalu bertindak bukan-bukan. cuba berfikir sedikit dan bukan beremosi.


kalau mahu saya bagi sebab-musabab kenapa saya lebih layak untuk tidak berbuat itu dan ini, untuk saya lenyap dari tanggungjawab, 1001 arguments boleh saya beri dan kamu akan sedar sepatutnya saya yang bertindak seperti itu bukan kamu.


contoh:

kawan perancis tidak mahu datang perjumpaan projek atas alasan sibuk study untuk exam communication dan structure minggu depan.

then, let me tell you :



  • sepatutnya saya yang perlu kata begitu memandangkan untuk exam communication, sayalah yang harus letak effort 5 kali ganda daripada kamu kerana exam itu adalah menjawab esei tentang keadaan dunia masa kini + sejarah evolusi pembinaan Eropah dalam bahasa Perancis.
padahal bahasa ibunda kamu memang french.



  • lagi pula, kamu juga sepatutnya tahu yang saya juga sedang struggle mencari praktikal yang bermula dalam seminggu saja lagi tapi setiap hari, posbox saya hanya dipenuhi dengan surat-surat rejection drpd syarikat-syarikat perancis.
padahal kamu sudah ada praktikal atas bantuan piston ayah kamu.



  • lagi, kamu sepatutnya sedar, jarak rumah saya dengan tempat pertemuan adalah 2 kali ganda jauh daripada jarak rumah kamu dengan tempat pertemuan dan memerlukan saya mengambil dua bas dan berjalan kaki 3 minit untuk sampai.
padahal ianya sebelah rumah kamu saja.



  • saya sedang selsema+sakit tekak dan psikologi saya tak stabil kerana bimbang ianya Swine Flu.
padahal kamu sangat sihat-walafiat.


saya bukan mahu menunjuk-nunjuk, "woi, aku sedang melakukan kebaikan."
atau saya bukan mahu kamu menjaga hati saya atau berhati-hati bila bercakap dengan saya atau melutut memohon ampun kepada saya kerana saya tahu, saya sendiri pernah dan selalu mengguris perasaan kamu/banyak orang. jadi, saya tidak layak untuk semua itu.


tapi saya mahu kamu faham.
awak sedang menjadi barah kepada komuniti kita, bukan setakat saya.
awak sedang menyusahkan orang lain.


jadi, berhenti menjadi kecil.
kita manusia hidup saling melengkapi.


cepat reda keegoanmu.
saya tunggu.




ps: contoh itu rekaan. saya tak ada projek. par contre, ttg exam, praktikal dan flu adalah bukan rekaan.

pss: ini entri untuk diri sendiri dan rawak untuk semua orang.


fanramli

Swine Flu

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





People are talking about Swine Flu.
I was aware of it since my stay in Beijing.


sbb sana, orang Embassy dapat antenna RTM1 dan RTM2 tau.
hari-hari bukak RTM. (padahal dulu kat malaysia jarang buka sbb ada astro.)
tapi, ok la untuk melepas rindu.


back to the topic.


dalam kelas saya, tentulah saya yang paling tua memandangkan yang masuk IUT (equivalent University College), rata-ratanya adalah fresh lepasan BAC (equivalent SPM).


well, that's what i thought au début l'année.
rupa-rupanya ada orang lain yang sebaya dengan saya.


lelaki.
dan sudah mempunyai anak pun.
aweknya orang america.


kami sekelas pernah berjumpa dengan aweknya ini ketika dia datang melawat france bulan lepas.well, nak dijadikan cerita, cuti Easter yang lepas, sang lelaki ke US untuk spent holiday bersama sang awek dan anaknya. di california.


hari pertama mula persekolahan, 4 mei lalu, sang lelaki katanya, baru saja 5 jam selepas kapal terbangnya landed di Paris. budak-budak sudah mula berjoking.


"hoi arthur. balik rumah lah. kau patut kena quarantin."
"mana boleh. kalau aku dapat, korang pon kena. nanti bolehlah cancel semua exam."


oh. seems like everyone making fun of it.


tapi since few days, saya sudah mula sakit tekak lalu naik menjadi selsema. janganlah selepas ini naik menjadi demam panas pula. ini simpton Swine Flu kah?



well.
this is NOT fun.
je te jure.








Tuhan, hanya kepada-Mu ku berserah.





fanramli

May 6, 2009

She's talking.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


girl power

boy power?



Hari ini, kami ada TP Thermodynamique (lab class) selama 4 jam. tentang cycle frigorifique dan air humide.


4 jam : tentu saja kami semua very very eager untuk menghabiskan cepat² TP itu kemudian boleh terus pulang.


Lucie sudah mula menulis report sementara saya dan Antoine sudah mula menggodek nota² lecture utk menolong Lucie menjawab soalan² yg harus dielaborate dalam report. sampai satu ketika, Lucie sudah fed-up menulis.


"ada sesape nak sambung report ni? tak aci la aku je yang tulis." kata Lucie. (ditranslate)


saya diam. bukan tak mahu, tapi saya tahu level bahasa perancis saya tentu tak sebagus mereka. tapi yang peliknya, Antoine juga diam. membuatkan saya rasa bersalah.


"ha, nak suruh aku sambung, boleh je." akhir-akhir saya mengoffer diri. sambil menjeling kepada Antoine yang tersengih-sengih kambing.


cis. kau escape.
lalu, report disambung. di hujung-hujungnya, saya berhenti menulis.


"Antoine. nah, amik. aku ngan Lucie dah tulis. kau tinggal buat conclusion je." kata saya. (kira untunglah kami suruh buat kesimpulan je.)


tapi Antoine ni memang licik, cepat² dia merampas pen dlm genggaman saya dan kertas report seraya berkata,


"haii.. yelaaa². cepat. korang dictate. aku tolong tulis je. aku lelaki, mana boleh buat dua kerja dalam satu masa. sama ada aku tulis atau sama ada aku tengok nota."


hek. guna alasan tu pulak?


"ha'a. betul la tu. lelaki memang tak boleh buat dua kerja. itu sebab asyik dapat markah rendah dalam ujian sebab korang tak boleh berfikir dan menulis serentak. kan tu dua kerja?" bidas Lucie.


HAHA. sinis. pedas gila ayat mademoiselle ni.
kemudian, kami bertiga ketawa kecil.


nasib baik orang perancis memang tak cepat terasa.




HAHA.
apa-apalah.





fanramli

May 5, 2009

Beijing

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


satu.

Apa guna merantau seceruk dunia jika pulang hanya membawa kasut yang haus dan lelah tanpa ada ilmu terkumpul?

jetlag masih ada.
jam 6 petang di Perancis, saya sudah mula menguap seperti panda kerana di beijing sudah jam 12 tgh malam. tapi bagus, kerana setiap pagi, bila buka mata, badan terasa begitu aktif! (kerana sudah tengahari waktu beijing)




Summer Palace, Haidian District


dua.

2 minggu. cuti easter di france memang panjang.

memang sudah ramai kenalan yang tidak tinggal di perancis berasa hairan. pemergian saya ke kota beijing adalah keputusan yang saya buat 2 bulan sebelum bermula cuti persekolahan.

tujuan sebenar bukan melancong tapi mahu menemani kakak yang kadang², lewat SMS, mengadu bosan menjadi seorang suri rumah walhal dahulunya dia bekerjaya. kerana tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang ibu, kakak sudi berhenti tanpa gaji dan mengikut suami yang ditukarkan ke beijing.


Tiananmen Square


Bird Nest Stadium


tiga.

dengan budi abang ipar, dapat juga saya merasa servis tour selama 3 hari berturut-turut. bukan main seronok tangan menekan punat kamera walaupun kadang-kadang kaki terasa bisa kelenguhan.

satu ketika, waktu itu hujan turun renyai-renyai, saya dibawa ke sebuah market di Sunny Gold untuk membeli souvenir² yang murah dan pelbagai. sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam bangunan 2 tingkat itu, mata-mata rakus penjual tertumpu pada kami. saya agak culture shock, bila mana mereka-mereka ini bukan main exigence lagi mahu menarik perhatian kita membeli barang di gerai mereka.

exigence dari segi fizikal tau.

"Hi lady, come and see some bags." kata mereka sambil memaut kuat lengan saya dan beriya-iya menarik. nasib baik saya tidak keseorangan. cuak juga.

perlu ingat : one thing di sini, sudah menjadi kewajipan untuk tawar-menawar harga. pernah satu amoi meletak harga 60 Yuan (RM30/6€) untuk satu keychain Bird Nest. padahal lepas negociation, akhir² nya dia turunkan kepada 8 Yuan!

incredible. seriously.

tapi, nak buat macam mana, itu saja yang mereka ada untuk mencari makan.


Tembok Besar China-Badaling


empat.

kalau ke Beijing dan tidak melawat Tembok Besar China nya, jangan mengaku kamu pernah jejak kaki ke china.

kata kakak, bertuahnya menjadi saya.
kerana sudah melihat Great Wall China, Piramid Egypt, dan Eiffel Tower - rujuk kepada 7 benda ajaib di dunia.

haha. salah fakta lah, kakak. Eiffel Tower tak termasuk dalam senarai.
lebih-lebih lagi, senarai 7 wonders of the world sudah diperbaharui.

tapi, masyaAllah, terlalu ramai orang yang datang melawat. tua atau muda, kalau sudah nekad mahu memanjat tembok besar itu, apa-apa pun boleh. mungkin juga kerana hari itu hari ahad. tapi perlu berhati-hati dengan setiap langkahan. terlalu ramai visitor, tangga² yang ada sudah semakin haus dan licin.



Mia, my little niece, in action!


lima.

satu malam, seperti yang tercatit dalam jadual tour, saya punya peluang untuk menyaksikan persembahan akrobatik.

mula², hati agak sangsi. takut² persembahan itu dull atau mengantukkan.
tapi sebenarnya, sangat menghiburkan! sepanjang persembahan, boleh dikatakan, saya asyik ternganga melihat aksi² para akrobat itu.

tidak padan dengan muda, saya tertanya-tanya, mereka ini tentu begitu gigih berlatih dari kecil hingga boleh mempersembah sebegitu perfect.

ah, orang cina kalau dilihat di malaysia pun, mereka memang terkenal dengan keaktifan dalam sukan, kan?




enam.

Kak Nor. kami berkenalan waktu saya menyertai kejohanan boling anjuran Kedutaan Malaysia di Beijing. seronok berbual dengan Kak Nor yang 3 tahun lebih tua dari saya. orangnya sporting.

"Orang cina kat sini semuanya hardworking." kata Kak Nor. saya mengerut kening.

"ye ke, akak?" tanya saya.

"kalau akak jalan-jalan, akak tak pernah nampak orang lepak-lepak kat tepi jalan tak buat apa-apa. memang semua tengah bekerja. kalau nampak dia tgh hisap rokok ke tengah makan ke, cuba kita tgk masa tu dia dekat mana. mesti dia tengah pause sekejap daripada bekerja." sambung Kak Nor dan mengakhiri dengan senyuman.

"ooo. ish, saya tak pernah jalan-jalan kat street sini lagi. kakak tak lepaskan jalan sorang-sorang." adu saya pula sambil memuncungkan bibir sedikit. waktu itu, saya baru-baru lagi sampai di beijing.

lalu, Kak Nor mengajak untuk ke Lady Street bersama-sama. tapi ajakan tinggal ajakan kerana kesuntukan masa. tapi tak mengapa, the thought that counts.

*wink*





tujuh.

manusia sentiasa akan berpisah selepas satu pertemuan.

kerana ia memang begitu.
waktu saya sudah mahu menarik bagasi untuk pulang, anak kecil itu sedang lena dibuai mimpi. kakak saya yang sedang sarat mengandung, tidak berkudrat mahu menghantar saya hingga ke pintu lapangan.

kata-kata terakhir diucap di pintu rumah saja sebelum saya melangkah pergi. sebak di dada, ditahan-tahan, supaya tidak tumpah butir air mata.

tapi, nama saya ialah perempuan.
selepas 2 jam kapal terbang menongkah langit, saya terlelap. waktu saya terjaga, saya lihat saya bukan lagi di rumah kakak. sudah tidak ada suara Mia yang wajib memanggil saya setiap pagi. ah. pilu.

mungkin 10 hari tidak cukup untuk hati saya yang tamak ini.




tapi ya Tuhan.
betapa saya bersyukur atas nikmat yang Kau berikan ini.
jika tidak atas keizinan Kau, mana mungkin jasad ini menghirup udara china.


Alhamdulillah. segala puji bagi-Mu.





fanramli


May 3, 2009

Chief of Publication

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


MASAF Election Campaign : http://www.masafrance.org/v1/index.php?option=com_fireboard&Itemid=48&func=view&id=244&catid=22


-------------


It feels good bila kamu menulis subjek forum tanpa perlu menambah perkataan 'candidate' di pangkalnya.

get what I means?

yes. my name is Fansurina Ramli.
and I am the new Chief of Publication who won without contest.

assalammualaikum to my muslim brothers and sisters and good day to my non-muslim friends.

as some people know, I write a lot at http://fansurina.blogspot.com . jadi, menulis atau bermanifesto atau berkempen, sejujurnya, bukan satu komplikasi untuk saya.

dan nampaknya, hari ini, itu semua sudah tidak menjadi keperluan untuk saya memandangkan jawatan ini telah saya sandang dengan automatiknya.

I am one of the MASAF member since it first launch on 2006. I registered my name on the website before having our proper domain. unfortunately, I was so ignorant and did not re-register for the new website.

before going to any further details, let me remind you that i'll be writing in english and bahasa melayu.

beberapa jam sebelum ini, ketika saya sedang elok mengemaskini profil saya, saya tiba-tiba tertarik dengan bahagian 'Short Greeting' dalam bahagian CB Profile Gallery.

lalu, tangan ringan menaip yang ini :
thousand words are nothing without actions.

I should say, having a blog has taught me that. terlalu banyak menulis, hingga satu ketika, saya tersedar yang kata-kata itu umpama daun yang melebat di pohon dan bila tiba masanya, akan layu gugur juga ke tanah.

politics people are like that. jangan melatah dengan statement saya. tapi itu satu hakikat kita tidak boleh deny.

so, who's going to change it?

la reponse est evident:
us. kita. nous.

jangan sangka persatuan kita ini begitu kerdil dan tidak berguna di mata khalayak.

lalu, kita harus bermula dengan menganalisa masalah yang kita hadapi pada realitinya. what's the point talking about solutions without comprehending the hitches and glitches?

take me as an exemple.

pada awal penubuhan MASAF, I was so eager to integrate. I have hope for MASAF. I believe in MASAF.

MASAF is for all. (quoting one of our candidate of President)

itu juga yang diwar-warkan from the beginning. tapi nampaknya, things are left undone.

why did i become so ignorant sampaikan untuk register semula di website baru MASAF pun sudah tidak lagi menarik perhatian saya?

tidak ada guna untuk saya menulis tentang betapa kecewanya saya dengan prestasi MASAF tanpa mahu turut serta membawa kepada perubahan.

but today, i am here.
kata orang, nyalakanlah lilin daripada mengutuk kegelapan.


"but you are only the chief of publication and you are second youngest candidate, fansurina. what more can you do? "



sometimes, the evil in you speaks.

jawatan kecil atau besar, tua atau muda, does it really matter? we are here not for popularity. but we are here for an amelioration.

saya yakin, tidak kira siapa pun di atas atau di bawah saya, I am fully prepared to give my cooperation. as long as you give yours.


Chief of Publication
Fansurina Ramli




fanramli