Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
isu di palestin masih belum bertitiknoktah dan tidak berpenghujung tapi laungan BENCI ZIONIS atau ZIONIS LAKNAT sudah semakin sayup-sayup. syarikat-syarikat yahudi yang dulu remuk-redam dan hari-hari memicit kepala kerana ekonomi merudum hari ini sudah boleh melirik senyum sinis.
manusia yang lebat berkempen dulu kala itu sudah letih agaknya. agaknya lah.
maka kamu, cuba ambil belakang tangan kamu, perlahan-lahan angkatkan dan letakkan di dahi atau di leher, rasai suhu badan kamu. hangat atau tidak? hangat seperti tahi ayam saja lagaknya.
peribahasa melayu itu memang cukup tepat.
saya ini tidak marah. baru seminggu dua, tapi memang sudah merasai kepayahan menegakkan prinsip boikot di Malaysia. kalau haus dan singgah di kedai Mesra Petronas, peti sejuk itu memang hampir 85% dipenuhi produk Nestle. nasib baik Drinho jadi penyelamat.
pada rakyat malaysia yang masih boikot, maka ini, saya hadiahkan tabik spring. mari kita berkawan baik.
bak kata Nabil si Raja Lawak yang riak wajahnya sangat-sangat ceria tatkala memegang tin minuman produk Nestle di dada-dada akhbar, 'lu pikirlah sendiri...!'
itu cuma mukadimah.
bukan itu isu yang mahu saya bicarakan. tetapi tentang akhbar nasional.
antara berita harian dan utusan malaysia, memang sejak dahulu sering bertanding.
walhal, fungsinya sama. ya, sama. tapi tidak serupa.
ayah pekerja kerajaan, setiap harinya pasti membawa pulang kedua-dua jenis akhbar campur New Straits Time. lalu hari ini, saya katakan, berita harian, saya tolak tepi. tepi setepi-tepinya!
KENAPA?
hari ini sudah hampir seminggu tercetusnya pergolakan di wilayah Xinjiang. dan kamu, adakah kamu mengikuti isu ini?
tak tahu? macam mana boleh tak tahu?
untuk manusia seperti saya yang kepupusan internet, hanya akhbar dan televisyen sebagai medium untuk updates dunia.
saya kecewa. TERLALU KECEWA.
kerana nampaknya kita lebih mengisahkan laporan funeral ceremony Michael Jackson drpd mengambil tahu berita negara serantau. saya tidak mengatakan atau menghalang siapa-siapa untuk membaca isu Michael Jackson, waima, saya sendiri membacanya.
cumanya, laporan funeral itu saja sudah meliputi 4 mukasurat akhbar saiz mini Berita Harian! nasib baik, Utusan Malaysia menjadikan isu perbalahan etnik ini sebagai headline utama walaupun pada hakikatnya, mereka juga mengulas dengan sungguh limitasi.
saya tidak pulang ke malaysia untuk mengutuk negara sendiri. kerana untuk seorang saya bersuara, portionnya hanya sebesar sebiji kismis, yang mana mungkin didengari pihak gergasi.
cukup.
setelah 4 siri bersantai bersama entri 'Journey Back to Home', kita perlu memandang pada isu yang lebih serius sedikit.
rupa-rupanya di internet, sudah berbagai spekulasi tersebar tentang isu perbalahan etnik di Xinjiang. menyejukkan hati saya sedikit, kerana bukti, rakyat malaysia masih ada yang mahu peka.
selepas membuat sedikit homework ;

Xinjiang ialah sebuah wilayah di China yang pada asalnya didiami majoritinya oleh kaum Muslim Uighur. Xinjiang sudah berkali-kali berusaha untuk membebaskan diri daripada China, seperti yang dilakukan oleh kerajaan Kazakhstan, Uzbekistan dan lain-lain negara muslim di Asia Tengah akibat keruntuhan Union Soviet pada 1990. penduduk Xinjiang (baca : kaum Muslim Uighur) ingin menubuhkan negara yang dipanggil Uighuristan atau Turkistan Timur.
namun, kerajaan China enggan memberi kemerdekaan kepada mereka kerana faktor geografi wilayah itu yang sangat strategik, menghubungkan China, Rusia dan negara Asia Tengah yang lain. tahukah kita, Xinjiang juga berada di 'Jalan Sutera' yang meningkatkan ekonomi dan aktiviti perdagangan suatu masa dulu?
berbalik kepada penduduk, hari ini, wilayah Xinjiang semakin dimonopoli oleh penduduk kaum Han. so, tidak terlintaskah di dalam fikiran kita, bagaimana ini boleh terjadi? sedangkan dahulunya begitu sukar untuk melihat seorang Han sekalipun.
ada pihak menyatakan, ini semua kerja pemerintah China yang telah merobohkan rumah-rumah Muslim Uighur dan telah membawa masuk sikit demi sikit kaum Han untuk tinggal di wilayah Xinjiang.
ada juga yang menyatakan, sebenarnya isu ini menyerupai saja dengan isu pihak Zionis yang merobohkan rumah orang Islam di Palestin sana. bezanya, spotlight berita antarabangsa tidak pernah menghala ke arah China. jelas, kerajaan China pintar dalam menyembunyikan gelodak yang sangat berunsur perkauman ini di mata dunia.
wallahualam.
orang-orang Uighur sudah mula merasai keistimewaan mereka sebagai penduduk asli dikecam. lebih-lebih lagi dari segi ekonomi bila mana peluang pekerjaan sudah mula tipis dan tidak mudah dicari walaupun di tanah sendiri.
kebajikan pemerintah China lebih pro-Han. malah di institusi pendidikan sekalipun, bahasa Uighur dimansuhkan penggunaannya, dengan alasan, bahasa Uighur sudah tidak relevan dalam dunia bisnes negara.
dan itu semua menjelaskan kemarahan etnik muslim Uighur kepada pemerintah dan kaum Han. lalu, bagaimana boleh tercetus rusuhan?
wanita Muslim merayu memulangkan anak dan suami yang ditangkap pihak berkuasa secara besar-besaran (baca : tak ada alasan) - gambar ihsan Boston Big Picturemenurut apa yang saya faham, Ahad lalu, penduduk Uighur mula marah-marah disebabkan kematian 2 pekerja muslim Uighur. orang muslim Uighur hanya memohon pampasan oleh pihak berkuasa kilang yang berbangsa Han dekat wilayah itu. tetapi nampaknya, rayuan itu tidak diendah. maka, pihak muslim Uighur membuat protes secara aman. macam kita membuat protes kepada ZIONIS di jalanan la satu waktu dulu. tapi ada pihak luar (baca: pihak berkuasa) yang menghasut mengatakan muslim Uighur berprotes dengan senjata2 bahaya.
lalu, penduduk Han juga tidak boleh tidak untuk duduk diam. daripada protes aman kepada rusuhan hebat. maka, perbalahan berlaku antara dua etnik ini sehingga terpaksa mengorbankan lebih kurang 150 orang!

di mata saya, peristiwa 13 mei bumi Malaysia kini berlaku di bumi China pula.
moga-moga peristiwa perkauman itu tidak berulang di tanah tumpah darah kita yang makmur ini. selagi sesetengah orang melayu tidak tamak dan masih sedar sebenarnya sudah begitu banyak peluang dan keistimewaan yang sudah tersergam untuk mereka, dan kita tidak mengada-ngada menuntut yang lebih lagi.
perkauman itu memang berkait rapat dengan keagamaan. lalu, kita mesti berhati-hati dalam melangkah.
wallahualam. jika ada yang salah, mohon ditegur.
sekadar perkongsian untuk dimanfaatkan bersama.
RUJUKAN :
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=2&thread_id=14035&rowstart=10
http://ustazsaid.blogspot.com/2009/07/alangkah-bertuah-bukan-rakyat-xinjiang.html
fanramli