August 26, 2009

Kisah negara orang islam yang sedang menggigil kaki – tidak tegas

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




Ramadhan bulan yang penuh barakah, membelenggu tangan dan kaki syaitan daripada terus meniup bisikan jahat ke dalam jiwa-jiwa anak cucu nabi Adam a.s .


hati kegalauan.


penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika Sari kerana kesalahan meminum arak disambut dengan pelbagai respon dari bermacam pihak.


saya? ragu-ragu.
macam ada bau-bau hukuman sebat itu bakal ditarik balik.


kalau benar, maka kesal dan kecewalah saya.


kamu.
jangan cepat menuduh saya berhati batu.


saya kasihan dengan Kartika Sari waima kemahuan hatinya tidak difahami pihak-pihak tertentu. wanita itu bukan angkuh atau ego kerana tidak mahu membuat rayuan dan berkeras mahu hukumannya dijalankan secepat mungkin.


manusia, jika sudah menyesal dan insaf, tentu mahu dosa-dosa lampau cepat-cepat dihapus dan tidak dikenang kembali sekelumit pun; walau pada hakikatnya roh kita akan sentiasa dihurung rasa berdosa dan malu di masa hadapan.


mungkin bagi Kartika Sari, hukuman sebat itu selayaknya mampu menghurai rasa bersalahnya kerana mengingkari suruhan Rabbul Izzah. setidak-tidaknya, hatinya tentu lebih tenang dan boleh menarik nafas lega yang kecil, kerana seolah-olah bebanan yang begitu berat di pundaknya telah diringankan sedikit sekiranya hukuman sebat itu tetap dijalankan.


padahal wanita itu sendiri mengatakan, ‘lebih baik dihukum berat di dunia supaya diringankan kelak di akhirat’.


thumbs up, woman. I salute you.


Tidak kiralah apa jua alasan yang dikemukakan, jangan sampai satu hari nanti, alasannya;


‘ala, ramai je lagi orang islam yang minum arak kat Malaysia ni, takkan semua nak kena sebat kot?’


subhanallah..subhanallah..
maka saat itu, nampaknya, yang haram sudah menjadi kebiasaan.


nauzubillah.

August 18, 2009

MiRa kita

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




selama 21 tahun, mama terlupa memberitahu satu perkara fakta : saya dilahirkan dalam bulan puasa – 14 ramadhan1408!


lagi beberapa hari, bulan Ramadhan bakal menjengah. tahun ini beruntung sedikit, dapat merasa berpuasa di malaysia lebih kurang 10 hari.


bagi muslimin dan muslimat, kedatangan bulan Ramadhan tentu memberi kesan kepada kita. ada yang berdebar-debar, ada yang tidak sabar, ada yang takut-takut.


tapi, ada juga yang : tidak rasa apa-apa, biasa saja .


wahai kawan-kawan, bagaimana boleh begitu ?
adakah kamu merasa bulan ramadhan itu bulan yang ‘biasa-biasa’ saja, sama seperti bulan² yang lain?


bulan yang penuh fadhilat ini, jangan sekali kita lepaskan peluang untuk beribadah, kelak tentu menyesal.


macam mana kalau Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita?


cuba rasakan kematian itu sudah dekat. kerana ajal maut ketentuan Tuhan.


so, saya ingin mengajak semua untuk sama-sama ambil masa sekejap dan set kan beberapa misi yang boleh kita laksanakan sepanjang ramadhan.


tak perlu set target yang terlalu tinggi sehingga kita pun tak mampu tunaikan.



picture taken
http://ulumcordova.wordpress.com/2008/09/08/optimisnya-mereka-itu/




contoh satu:

hendak mengkhatamkan al-quran 3 kali.
-sedangkan pembacaan kita masih belum lancar.

daripada itu , apa kata

cuba melancarkan pembacaan dan seboleh-bolehnya khatam Al-Quran sekali.

atau

membaca Al-Quran
-bagi sesiapa yang kali terakhirnya membaca kitab syumul itu 4 tahun yang lepas


contoh dua :

menunaikan solat
-bagi sesiapa yang sudah lama meninggalkan kewajipan ini

atau

menunaikan solat di awal waktu
-bagi sesiapa yang sudah cukup 5 waktu



misi saya:

bukan niat untuk menunjuk tapi moga dgn tercoretnya beberapa misi saya, boleh menginspirasikan anda untuk turut set target ramadhan kali ni!



-kurangkan gelak dan bergurau (saya sgt sgt sgt suka mengusik dan ketawa)
-tidak mahu tinggalkan solat terawih
-tidak mahu tinggalkan solat terawih berjemaah (di masjid atau dgn che’ we)
-hafal juz ama



-kurangkan dengar nasyid dan banyakkan dengar bacaan ayat-ayat al-quran
-berbuka tak nak banyak-banyak (hehe kesian che’ we)
-bersabar (kurangkan emo)


OPPPSS!


saya TIDAK menganjurkan untuk kita jadi hipokrit, bila bulan puasa je berdegang-degang nak buat itu ini.


tapi, cuba baca ini :


kenapa puasa tidak berkesan? sebab ia sama ada dilaksanakan bukan atas dasar iman (input tidak jelas) ataupun prosesnya tidak baik (tidak menepati syariat lahir dan batin). Kesannya? nafsu masih buas walaupun setelah sebulan berlapar dan dahaga. fikirannya masih kotor walaupun telah tamat 30 juz bertadarus. hati masih tamak walaupun telah bersedekah, beriktikaf dan qiamullail. -quoted dari majalah Solusi, isu #10, tulisan Pahrol Mohamad Juoi.


so, sebab itulah saya tidak menyarankan untuk kita set target yang terlalu tinggi menurut keinginan hati. mungkin kita mampu buat, tapi tentu dari segi pelaksanaannya, tergopoh-gopoh, tanpa penghayatan yang cukup.



jangan sampai, habis je bulan Ramadhan, ia seolah-olah tak beri kesan pun kat kita. seperti air yang mengalir di atas permukaan tanpa meresap.


jadi tak salah bermisi, asalkan ianya berkekalan walaupun bulan ramadhan berlalu pergi.


jadi, apa pula MiRa (Misi Ramadhan) kamu?
fikir-fikirkan!

August 15, 2009

Resume

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





alam blogosphera ini hanya sekadar catatan apa yang terilham. untuk saya menulis kesemua nikmat dan hikmah yang Rabbul Jamil juadahkan kala cuti musim panas ini adalah : mustahil.


saya pernah memiliki friendster.


satu malam tahun 2008, lokasi masih di la rochelle, waktu itu lampu bilik sudah padam - waktu tidur. mata tidak boleh tutup. kepala seperti berdenyut merusuh-rusuh.


saya tiba-tiba bingkas bangun dan menghidupkan komputer.
tetikus di tangan dibawa menekan 'delete account' friendster.


tak ada alasan yang rigid.


lalu saya ke pembaringan semula.
kali ini lebih tenang. tak sampai 5 minit, mata mula menguyu.


kenapa saya bawa cerita ini?
kerana perasaan resah yang merusuh ketika itu sedang tepat menggambarkan perasaan saya ketika ini. terhadap kamera dslr saya : nikon d40.


pun tak ada alasan yang rigid.
atau mungkinkah, masa hadapan, saya tidak lagi ditemani gadget hitam bermuncung itu?


ah. nikon d40 itu mungkin sudah puas membatu di dalam bagasi bila mana tangan tuannya tidak begitu ringan untuk menggunapakainya lagi. bukan. tuannya lebih cenderung kepada yang lain.


Canon : seorang kakak (Perlis - Awal Julai)


Perlis


negeri yang paling utara itu, kelihatannya seperti lebih berseri waktu itu. padi menghijau menari longlai mengikut irama angin yang sepoi, seolah-olah turut meraikan penyatuan dua hati membentuk sebuah baitul muslim itu.

p/s : afwan, kerana memaksa beraksi sedemikian di hadapan lensa. hehe.


Canon : seorang kakak (Brunei - pertengahan Julai)


Brunei


orang berkata ttg negara minyak yang kecil ini. tapi saya berkata ttg negara yang ideal. landasannya ada, cuma pemandu makin jarang mahu memacu di jalan tersedia.


sinonim dengan malaysia, mungkin lebih teruk. bila mana landasannya tiada dan pemandu, berat saja mahu memacu di jalan akidah yang benar.


oh silap.
perumpamaanku kurang tepat.


manusia-manusia ini kebanyakan sedang memandu di atas garisan : kerana tidak menerima islam secara kaffah keseluruhan.


Olympus Coolpix : mama (Kepong - Awal Ogos)


mukhayam


ikan-ikan kecil dalam sungai begitu seronok menggigit-gigit ibu jari kaki yang terendam saat kami duduk berehat dalam air selepas mendaki dan menuruni bukit di FRIM, kepong.


alunan ayat al-quran di tengah alam semulajadi milik Sang Pencipta kedengaran lebih lunak.

"macam mana kau boleh tahan kaki kau kena gigit dengan ikan kecik-kecik tu? tak geli ke?" tanya sahabat no 1.


sahabat no 2 senyum dan menjawab dengan kisah Nabi Ayub dan serangga yang memakan kulit kepalanya waktu Tuhan menguji keimanan Nabi Ayub dengan penyakit teruk.


aku tidak mahu disoal oleh serangga ini di akhirat kelak tentang mengapa aku tidak memberinya makan - lalu Nabi Ayub meletakkan kembali serangga itu ke kepalanya.


ah, saya cemburu.

pada satu : keupayaan sahabat no 2 mengaitkan dengan kisah nabi-nabi. alangkah indah kiranya saya mampu berfikir secara kritis begitu!
pada dua : kesabaran dan keikhlasan Nabi Ayub. betapa imanku terlampau seni dan atom!


oh ya, sahabat no 1 cepat-cepat tukar posisi tempat duduk untuk membiarkan kakinya digigit ikan kecil itu.


saya juga yang mula-mula takut, cuba membiasakan diri. menggeletek juga!





aduh, keupayaan kata-kata mmg begitu terhad untuk saya memperlihat ttg keindahan nikmat Allah yang saya nikmati sepanjang-panjang pada para pembaca.


moga waktu lapang yang ada mampu diguna semanfaatnya.
insyaAllah.


selamat beramal!

August 6, 2009

ampat tahun laa

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




Kak Ana pernah kata, dia sengaja volunteer untuk jadi AJK Teknikal waktu Spring Camp atas alasan nak cabar diri sendiri sbb dulu dia sangat takut dan sgt tak tahu nak selenggarakan projector, laptop dan sbgnya. kalau bukan sekarang, bila lagi dia mahu belajar.


saya tabik spring la kak ana.
hehe.


ok. sbb terpengaruh nak challenge diri sendiri, maka jadilah saya AJK Teknikal untuk program Experience Talk di Malaysian France Institute (MFI) hari sabtu nanti.


hari ini, awal² pagi saya sudah ‘culik’ satu²nya kereta yang tinggal di rumah untuk menguruskan segala urusan printing² di Desa Cempaka, Nilai.


"amoi, sini boleh print tak?" tanya saya sambil menunjukkan pendrive di tangan.


perempuan muda berbangsa cina tu senyum pahit.


"sorilaaa. komputer sini ada virus la, rosak maa. nnt u punya pendrive rosak ooh."


saya garu kepala yang tidak gatal. "alaa moi. esok ok ke? nak print name cards n pamplet ni."


"u tinggal u punya pendrive sama kita la. satu minggu baru boleh siap name cards tu."


makk aihhh. terbeliak biji mata saya. eh. exagere. terbuka sikit biji mata saya. hehe. seminggu? pehh. kita nak kasi dekat hicom sabtu ni la, amoi chantekk.


"takpola amoi. i need it by this weekend. thank you aaa, moi." lalu saya pun berlalu kembali ke kereta.


saya godek henfon. kalau tak silap, saya pernah salin number satu kedai printing area sini juga masa awal bulan julai dulu.


alhamdulillah, ada!


seorang lelaki berbangsa cina mengangkat telefon selepas tak sampai 3 kali deringan. lepas dua tiga soalan diajukan, lelaki cina itu mencadangkan agar jumpa terus di kedai utk melanjutkan perbincangan.


kedai printing itu letaknya di tingkat atas kedai telekomunikasi Digi. kedainya tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar. nampak lebih kepada sebuah rumah yang sedang dalam transisi kepada sebuah kedai.


"Hello." saya menjengulkan kepala di pintu.


lelaki muda cina itu memandang sambil mengajak masuk.


saya menanggalkan kasut dan takut² hendak masuk sbb tadi macam terdengar salakan anjing.


soalan pertama lelaki itu, "u student ke?"


eh eh. belum duduk dah tanya. hehe.


"ya, student." jawab saya perlahan. mungkin terlalu perlahan sehingga dia terpaksa mengulang soalannya.



"student or lecturer?"


waaaa. hancur berkecai. muka i nampak tua ke, bro?


"eh tak. i student." kata saya sambil senyum pura-pura tak terasa. "kalau print name cards, cud it be done by today or tomorrow?" tanya saya stret to the point.


lelaki muda berbangsa cina itu mempelawa saya utk duduk. selepas bernegociate macam², akhirnya saya setuju. masa sudah genting. soal harga tolak tepi buat masa ni.


tapi saya tertarik kerana lelaki cina ini pandai beramah-mesra dgn customer. macam nak korek rahsia pun ada juga. tapi saya senang di situ.


dia kelihatan impressed bila terkantoi yang saya pelajar luar negara.
macam² soalan diajukan. culture perancis la, apa itu MASAF la, nama awak unik la, berfikiran terbuka la, peluang cerah la, nak stay France atau kerja balik malaysia la, etc.


THIS IS THE BEST PART OF THE STORY :


"i have something for you. kejap aa.” katanya sambil bangun dan mengambil sehelai kertas dan memberinya kepada saya.


"please write your name, your number phone and your birthday."


saya tenung kertas yang diberi. ada dua kolum, kemudian ada figure segitiga terbalik. yang bawah² start tak faham kerana bertulisan cina.


"got any boyfriend or not? if ada, u tulis juga la details dia kat next column." katanya sambil tersengih.


haiii laaaa. termalu sekejap kat situ.


"takde boyfriend la. Haha." gelak tak ikhlas.


tak sampai seminit, saya serahkan kembali kertas tu kepada nya. lelaki itu pun mula menambah digit² yang ada pada tarikh lahir saya menggunakan segitiga yang ada. akhirnya di bucu segitiga terbalik itu, terkeluar nombor ‘5’.


"from what i see here, most probably, u r going to stay in france." katanya tiba².


hulaaaa.
masa tu baru saya tersedar, saya sedang menerima extra service iaitu nasib saya sedang ditilik !


waktu itu, saya masih dalam keadaan sedar dan tahu bahawa mempercayai tilikan nasib adalah tidak dibolehkan dalam agama kecintaan saya, islam.


tapi apa yang perlu saya buat saat itu padahal saya di situ untuk urusan lain iaitu printing! takkan nak blah macam tu plak kan.


tp seronok jugak melayan. hehe.


"and you must be the type who cannot stay in the house."


WHOAA. Apa dia?


"you must go sumwhere, doing that and this, doing something la." katanya sambil memandang saya.


saya sengih.
ye la kot.


tapi scr generalnya, apa yang dikatakannya setengahnya betul setengahnya salah. contohnya :


"you love your mother more than your father."


HERK.


"emmmm.. maybe. i dunno which one i love more, but i actually prefer my father if i want to do anything." jawab saya.


haha. takpola. kasi can.


"and for your LIFE PARTNER, you should find someone older than you. 4 years older. so that your life is going to be easy. nnt senang la."


dan waktu itu saya memang dah tak boleh tahan untuk ketawa.


dengan tak semena-mena saya berkata ;
"aiyooohh.. where shud i find that type of man? i dun even haf any friends from that circle of age!"


kemudian saya menutup mulut.
apa yang telah saya katakan ituuu? masyaAllah, malu gila. haha.


lepas tu, saya menambah;
"if someone with same age, tak boleh ke?" kata saya lagi sambil tersengih².


"bukan tak boleh. tapi kalau u cari yang tua 4 tahun, lebih senang la."


"apa-apa la u ni. Hahaha."


cukup cukup.
lalu, saya menukar topik. kembali kepada motif saya ke situ.

akhirnya, kami bersetuju. lelaki itu akan cuba sedaya-upaya utk menyiapkan kerja² printing sebelum petang esok hari.


"thank u very much eh. see u tomorrow." kata saya.


dia membalas;


"ok. Start meeting sumone who is 4 years older ok."



what? *guling*