September 24, 2009

terima kasih dan jaga diri.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
































baru terdetik, selepas genap 6000 pelawat (walaupun hits counter itu diragui kesahihannya) ke rumah kecil ini , mungkin sudah tiba waktunya untukku berhenti sebentar.


terima kasih daun keladi.
jika Sang Pemilik nyawa masih sudi memberi nafas, akan kita berjumpa lagi.


assalammualaikum.
officially on hiatus.











September 22, 2009

Mohon jangan mengelat - tunai janji anda.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



prioriti atau memilih-milih?


semakin meningkat dewasa, semakin bertambah tanggungjawab.
sama ada suka atau tidak, kita mesti bekerja mengikut prioriti.


tapi sayangnya, sesetengah manusia tidak begitu pandai mendefinisikan makna 'prioriti' sehingga tindakannya 'bekerja mengikut prioriti' telah bertukar kepada 'bekerja mengikut sukahati aku yang mana aku nak buat.'


tahukah kita, sekali kita berkata 'ya' untuk satu tugasan, ia sudah menjadi amanah. dan amanah wajib dilaksanakan.


kerana pecah amanah, adalah perbuatan yang dibenci Allah yang boleh menyeret kita ke pintu neraka. sama seperti memungkiri janji iaitu sifat munafik sejati.


perkataan 'ya' atau 'ok' bukan hanya sekadar perkataan terpendek, tapi ia menyatakan kesetujuan kita untuk memikul peranan yang diberi.


manusia juga pandai memberi helah dan justifikasi kepada diri sendiri. umpamanya, sebab dia tidak menunaikan janjinya untuk membuat satu tugasan ialah :


-busy
-tak ada masa
-benda yg disuruh tidak menambahkan iman = hanya benda remeh-temeh


apa jua bentuknya sekalipun, apabila ia digantungkan dengan tag 'amanah', maka, sepatutnya tidak ada alasan untuk kita mengabaikannya sekelumit pun.


sepatunya, seremeh mana ia, maka masukkanlah perkara remeh itu dalam jadual kerja anda. jangan pandang ia sebagai satu hal berasingan.


contohnya;

kes : anda mempunyai terlalu banyak kerja sekolah. padahal, hari ini ialah giliran anda memasak.


-kebanyakan kita, sudah tentu akan meminta rakan serumah untuk menukar giliran sdgkan rakan serumah juga sama sibuk seperti kita.

-namun, apa salahnya sekiranya, kita menyatakan kepada diri kita sendiri bahawa memasak itu juga adalah salah satu kerja yang harus kita buat. sama harusnya bagaimana kita perlu menyiapkan kerja sekolah.


berprioriti tidak salah : asalkan dalam tempoh masa yang diberikan, kita mengutamakan tugasan² yang ada, semua tugasan berjaya dilaksanakan.


bukan memilih-milih : dalam tempoh masa yang diberikan, ada sesetengah tugasan saja yang disiapkan kerana kamu fikir tugasan² itu lebih penting daripada tugasan-tugasan yang tergendala/tidak dibuat/telah kamu abaikan.


penulis bercakap tentang ini kerana sudah terlalu banyak bekerja dengan begitu banyak orang sekeliling, yang rata-ratanya dilihat bukan berprioriti tetapi lebih bersikap memilih-milih kerja.


satu alasan yang paling tidak digemari ialah 'tidak cukup masa'. lalu, akhir-akhirnya, hingga hari ini pun, kamu gagal melaksanakan tugasan. (padahal tugasannya berbulan² yang lalu.)


lainlah sekiranya alasannya 'tidak cukup masa'. tapi akhirnya, tugasan itu tetap dilaksanakan walaupun lewat seminggu dua. (sebulan adalah maksima untuk penulis.)


dan oh, penulis bukan diktator.
duduk goyang kaki mengarah sana sini.
hingga boleh berblogging tentang ini.


cuma penulis telah masukkan 'agenda berblogging' sbg salah satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan.


wallahu'alam.

September 20, 2009

Selamat Hari Raya.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.






Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin.

September 17, 2009

aku bukan bodoh.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.






"aku bukan bodoh."


Aisyah tergamam.


"aku bukan bodoh."


ayat itu diulangkalikan.


gadis itu mengepal tangannya di dalam poket winter coat ; menggunakan sedikit tenaga, dia menolak genggaman tangannya ke hadapan sehingga winter coatnya turut tertarik sehingga ke pehanya.


angin September bertiup tegas padahal musim panas sepatutnya masih belum berakhir. dibiarkan rambut paras bahunya; yang berceloreng perang sana-sini; ditiup bayu menampar-nampar pipinya. kanta sentuhnya berasa sedikit gatal dan kering, lalu dia mengelip-ngelipkan matanya untuk membetulkan letakduduk kanta sentuh di dalam matanya.


gadis itu, Ira, mendongak. hatinya menggerutu melihat langit yang asyik berkelabu saja sejak seminggu.


"apa kau kata?" Aisyah bersuara semula.


"kau tak perlu ceramah panjang begini, Aisyah. aku bukan bodoh. aku tau tentang kewajipan solat, tentang hukum menutup aurat, tentang pergaulan lelaki perempuan atau syurga neraka."


sunyi seketika.
yang kedengaran hanyalah suara pekik kanak-kanak di taman itu.


"kau jangan lupa, aku juga Islam.macam kau." Ira menyambung.


hati Aisyah terasa dirobek-robek. dia memejam mata mengumpul kekuatan. hatinya merayu-rayu kepada Allah semoga sentiasa dicampakkan rasa sabar menghadapi sahabatnya itu.


"aku tak pernah tegur kau tentang itu. mungkin ada, tentang solat. kerana solat sepatutnya menjadi kunci kepada segalanya." Aisyah berbahasa lembut. "tapi kalau kau tak selesa, aku minta maaf."


"aku boleh melihat pada pandangan mata kau, Aisyah. pandangan mata kau seolah-olah melampiaskan seribu kekecewaan setiap kali kau berbicara dengan aku."


Ira menguis-nguis rumput hijau dengan hujung kasut Conversenya. pandangannya jatuh ke tanah.


"aku ni, teruk sangatkah di pandangan mata kau?" Ira menghamburkan persoalan yang selama ini terbuku di dadanya.


Aisyah beristighfar panjang. pedih hatinya tidak terbilang. dia tidak pasti bila dan bagaimana mereka boleh saling jadi begitu jauh. sampai begitu sekali Ira menginterpretasikan niatnya.




"Ira, Allah itu Tuhan yang Maha Adil. setiap kebaikan atau pahala, walaupun seberat biji sawi pasti diambil kira ketika hari penimbangan kelak. keingkaran atau dosa, sekecil atau seseni mana pun ia, juga pasti dihitung nanti." Aisyah menarik nafas sedikit sebelum menyambung ;


"tidak kira ‘teruk’ atau tidak, kalau apa yang kau buat itu tetap salah, aku tak boleh tipu dengan mendiamkannya. aku di sini, sekalipun kau tidak mengalu-alukannya, aku akan tetap hadir atas nama tanggungjawab."


Aisyah mengalih tempat duduknya mendekati Ira. tangannya lambat-lambat diangkat, menyentuh bahu Ira. takut juga kalau tangannya ditepis. Aisyah, dirinya, masih belum lagi begitu kuat di atas jalan ini. dia sendiri baru beberapa bulan jatuh cinta sebenar-benarnya pada zat Allahuakbar.


Ira meregangkan kakinya. rambutnya diseka di sebalik telinga. ditenung wajah redup Aisyah. dia boleh meneka rakannya itu terlalu sedih melihat kehidupannya, namun Aisyah masih boleh mengukir senyuman untuknya.


"Ira, aku dan kau datang dari satu tempat yang sama. tempat yang penuh dengan lumpur-lumpur. bezanya, aku mahu lari dari itu. dan aku sudah selamat, dengan izin Allah. tapi kau, aku tak mahu kau tertinggal di sana. aku datang semula, menghulur tangan untuk mengajak kau bersama-sama aku lepaskan diri dari sana. tapi.... ” Aisyah berhenti.


matanya sudah bergenang dengan mutiara jernih. hatinya terlalu sebak.


"tapi aku, kan ? aku yang tak mahu menyambut huluran kau." kata Ira, menghabiskan ucapan Aisyah.


Aisyah memandang lembut Ira, “kenapa Ira ? ”


Ira membisu. dia tidak pernah ada jawapan untuk persoalan itu kerana dia sendiri tidak tahu kenapa berkali-kali dia menolak Aisyah. entah apa yang menjadi penghalang, Ira bingung.


sekali lagi sunyi mencakupi alam.
suara kanak-kanak menjerit-pekik semakin sayup kejauhan.


"kau gembirakah, aisyah..?" Tanya Ira perlahan memutuskan ketegangan. "kau gembira, sekarang ini?"


Aisyah mengangguk laju.


"aku gembira, Ira. terlalu. hatiku tenang dan lapang. selapang-lapangnya seperti namamu, Insyirah.."


Ira tersentuh. sudah terlalu lama orang tidak memanggilnya dengan nama Insyirah.


Ira mengeluarkan tangannya dan menekup mulutnya. dia menghembus-hembus haba dan menggosok-gosok tangannya. angin September benar-benar menggigit kulitnya. tengkuk dan telinganya paling teruk dihinggapi kedinginan. kalau dulu, mungkin dia tidak menghadapi masalah seumpama itu kerana kepalanya masih bertudung dan pakaiannya tidak senipis hari ini.


"Ira, aku tahu kau tidak bodoh. tapi kau takut. takut untuk satu perubahan. kau takut kau akan hilang apa yang kau ada sekarang ini. jangan tertipu dengan keseronokan kau sekarang."


Ira melemparkan pandangan ke jalan raya. kereta menderu-deru melepasi bangku tempat duduk mereka. Ira rasa terpukul dengan kata-kata Aisyah. mungkin itu jawapan yang dicari-carinya selama ini.


"lalu, apa yang harus aku lakukan sekarang?" tanya Ira.


"hidayah itu milik Allah. berdoalah kepada Sang Pemilik, semoga kau diberikan kekuatan dari-Nya dan tidak takut."


"kau tunggu aku, Aisyah?"


"pasti."


"terima kasih."


"tapi jangan terlalu lama, Ira. takut-takut maut menjemput sebelum kesempatan itu."


Ira menelan air liur mendengarkan perkataan maut.


------------------------------------------------

sekadar coretan fiksi semata yang diharap²kan menjadi kenyataan.



sahabat,
aku menunggu.
dan akan tetap.



-15 /9/2009 ; 13 :15 pm
-salle 304, iut le havre.

September 12, 2009

dari kerana mata.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


gambar tidak ada kaitan dengan entri


pandangan mata itu sgt subjektif.
sepakar mana pun pakar psikologi itu, tetap tidak mampu mentafsir pandangan mata seseorang dengan begitu jitu ketepatannya.


hanya Allahuakbar yang mengetahui, dalam mahupun luar.


pagi-pagi, cemburu melihat dua adik kesayangan (sudah punya teman di sini!) sdg enak diulik lena walhal saya sdg bersiap-siap utk ke kelas jam 10 pagi.


ya. hari sabtu. tetap mempunyai kelas.
bila sudah berada di tahun kedua, anggukkan sajalah dengan kepadatan jadual waktu.


hari ni ada tetamu dari bandar² berdekatan datang bertandang.
maka, sengajalah saya mengenakan blouse putih berbunga-bunga dipadankan dengan kain panjang warna hitam berlabuci ringkas. dikenakan dengan tudung biru berkotak-kotak.


sambil telinga diselitkan earphone, saya berjalan ke kelas.


pandangan mata ramai² mula melekat pada saya.
selalunya, ianya normal.
tapi hari ini, pandangan mata-mata itu seolah-olah berbeza sedikit. err. banyak.


setiap kereta yang melepasi saya selepas lampu isyarat bertukar hijau, pemandunya pasti mengalih pandangan sebentar kpd saya.


kalau ada 10 kereta, 2 org saja yang buat tak peduli.
apa yang tak kena??


hati saya jadi x keruan. lantas, mengadu pada teman seperjuangan tercinta melalui SMS sebelum kelas bermula.


'mayb kau nampak lawa dn ayu. dn mayb gak diorg jarang tgk org pkai cam fan.. ok je. Optimis2!' -F*dz**** : SMS


'Phewiit..! Ak rasa org terpes0na la weh. Mane x nye, pkai cntik2, org nye pn cntik pas2 pkai tdung n p blaja tinggi2 kat iut. Hehe. Dnt wry babe. Ak rasa itu pndgn jeles je. Hehe ' -F*r*h Y***in. : SMS


'HAHAHAHAH.' -Y*n* : telefon


tak sia-sia kredit 30 centimes bagi msg kt korang.
u girls made my day.


korang memang power membodek.
tanam tebu di tepi bibir. ceh.


hehe.


selamat beramal di akhir Ramadhan ini.
jgn perlahankan gear, terus speed!