Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Readers sekalian,
perihalnya, blog ini adalah blog private selepas pembukaannya semula baru² ini. cuma, saat ini, sengaja dibuka kepada public kerana entri tiga adalah khas untuk arwah kamal. sengaja aku inginkan semua org mendapat pengajaran dari pemergiannya.
kamu kamu,
kalau mahu terus membaca apa yang bakal aku coretkan nanti-nanti, sudilah kiranya kamu meninggalkan email di ruangan inbox email aku : fanramli@yahoo.com .
sementara ini, aku biarkan ia public untuk beberapa minggu sebelum memprivasikannya semula.
update :
aku kira-kira, jenazah kamal sepatutnya sudah sampai di malaysia sekarang ini selepas bertolak jam 12 tengahari waktu perancis tadi.
sungguh, ya Allah, aku mohonkan kepada-Mu, Kau kuatkanlah dan tabahkanlah hati ibu dan ayahnya yang sudah dua tahun tidak bersua muka dengan anak tercinta, hari ini menerima kepulangan sekujur tubuh anaknya di lapangan terbang nanti. kali ini, tidak lagi bersuara. cuma jasad.
tabahkanlah ya Allah, tabahkanlah..
kuatkanlah..
amin.
aku menulis dengan mimpi. kerana mimpi itu sinonim dengan harapan dan ambisi. malah ia percuma. lalu, bermimpilah kita tanpa limitasi.
January 19, 2010
tiga.
Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
sekali lagi.

lagi.

conseil : entri dibaca perlahan-lahan. tarik nafas setiap kali kamu menjumpai noktah dan koma.
dalam ramai-ramai ciptaan Allah, ada satu golongan namanya manusia.
dalam ramai-ramai umat manusia di atas muka bumi, ada macam-macam negara.
dalam ramai-ramai negara, ada satu negara kita panggil Malaysia.
dalam ramai-ramai rakyat Malaysia, ada macam-macam orang.
dalam ramai-ramai orang, ada mereka yang masih menuntut.
dalam ramai-ramai yang menuntut, ada mereka yang ke luar negara.
dalam ramai-ramai luar negara, ada perancis.
dan dalam ramai-ramai rakyat malaysia di perancis, Allah pilih dia untuk berjumpa dengan izrael tanggal 19 Januari 2010.
untuk apa aku menulis begitu panjang, jika pokok pangkalnya aku ingin kata : seorang kawan aku telah tiada.
bukan saja-saja. aku ingin tunjuk, dalam berjuta-juta ciptaan Allah, di kalangan manusia yang merata-rata, dalam ramai-ramai itu, satu, satu yang tidak jauh tapi dekat, tiba-tiba saja
pergi.
aku ulang sekali lagi. cuba baca dengan hati.
dalam banyak-banyak orang, Allah pilih dia.
kau fikir kenapa? saja-saja kah? aku tau ini 'takdir ketentuan Ilahi'. semua orang pun akan meninggalkan dunia. ye. betul tu.
tapi soalan aku, kenapa tuhan pilih dia, dia yang kau kenal, yang pernah bergurau senda dengan kau? kenapa tuhan pilih sekarang, saat kau masih sama-sama menuntut dengan dia, saat otak kau masih fresh memori dengan dia?
orang kata, mesti ambil hikmah atas pemergian orang lain. maka ini cara aku mengambil hikmah atas pemergian kawan aku. dan aku tulis di sini semata-mata mahu kawan² aku yang lain sama-sama fikir. mungkin cara kau berbeza, tapi tak apalah, tak salah kau tau cara aku.
niat aku cuma satu - jangan sampai barang seminggu, kita lupa pada kesedihan kita pada hari ini.
aku tarik hikmahnya dengan menjawab soalan yang aku sendiri create tadi. Allah nak tunjuk satu benda, bukan kerana kau baru berumur 22 tahun, maka mati tu macam lama lagi. ajal maut tak bagi apa-apa tanda atau isyarat. apatah lagi bunyi dan suara yang kata 'hei jaga-jaga, aku nak datang ni.'
macam peristiwa hari ini. tiba-tiba aku dapat sms kawan kata dia dah tak ada. mana aku nak sangka dapat sms macam tu. jangan main-main bila Allah nak bagi kejutan kepada kita.
kita (kita : termasuk aku sekali) terkejut, tergamam dan terkesima. lalu sedih tak terhingga. aku sendiri menangis di atas sejadah subuh tadi, bacaan yasin aku tersekat-sekat. kejap-kejap, aku lap air mata yang tembus ke telekung aku. lepas tu, msg henfon pada kawan sama batch sbb tak tahan sedih. padahal, aku dan arwah, tidak selalu pun bersua. tapi ada lah memori² aku dengan dia yang paling dalam dan bermakna. mungkin tak sama banyak dengan orang yang lebih rapat. tapi, aku kata, ada lah memori² aku tu, dengan arwah. macam, aku ingat sebijik sebijik, nasihat yang dia ucap pada aku masa kat bawah rumah encik yusri lepas balik lepak depan eiffel tower (aidilfitri 2006.) masa tu aku bergaduh dengan orang.
macam ni lah manusia.
bila dah tak ada baru nak ingat.
macam aku lah.
bila ada, tak ingat pulak aku nak tanya khabar.
kalau bukan kawan lain aku yang tanya pasal dia masa hari sabtu di poitiers hari tu, bila entah aku nak angkat telefon dan dial nombor dia.
satu aje la, moga entri ni, aku baca balik bila aku start lupa diri balik. bila aku start ketawa macam nak roboh rumah.
aku bukan tak kasi kau gembira dan suruh monyok tout le temps. yang hidup kena teruskan kehidupan. memanglah. cuma aku minta, janganlah teruskan kehidupan macam pemergian dia tak bagi apa-apa kesan pada diri kita. aku pasti, masih banyak ruang dalam hidup kita untuk diperbetul sebelum kita pula ditarik nyawanya.
kau mesti tanyakan diri, mungkin Sang Pencipta mahu beri teguran supaya kita lihat balik kehidupan lepas kita. muhasabah lah. untuk apa yang telah kita lalui, sedang lalui. paling penting, muhasabah lah apa yang bakal kita lalui.
kalau kau tak faham apa yang cuba aku sampaikan, aku ringkaskan balik : janganlah teruskan kehidupan macam pemergian dia tak bagi apa-apa kesan pada diri kita.
banyak-banyakkan beristighfar dan bersyukur kepada Allah.
tanda berterima kasih kepada Tuhan hanya ada satu cara : dengan melakukan apa yang Dia suruh dan harap dari kita.
moga lepas ni, aku selitkan sekali arwah dalam tangisan dan tawa aku.

Al-Fatihah buat kau, Kamal.
Kamal, kau dengar tak?
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
maafkan aku ya.. kalau doa aku tak sedap.
tapi insyaAllah, aku akan doa keselamatan dan kesejahteraan kau selalu.
di sana.

January 12, 2010
dua.
Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
makin sibuk, makin hangat pula jari-jemari. padahal, semester baru kononnya diazamkan dengan semangat baru. mesti ulangkaji dan mesti adakan kefahaman yang jitu.
dan aku masih tak habis mencari alasan untuk diri sendiri. daripada aku melihat kelemahan orang lain (yang kerap kali aku lakukan dulu), lebih baik aku lihatkan kelemahan aku sendiri yang sebenarnya dengan lengkap menggambarkan manusia millenium secara kolektifnya.
kalau kamu faham apa yang aku ingin maksudkan.
balik ke topik : aku suka mencari alasan untuk diri sendiri.
satu waktu, aku enjoy membuat kerja-kerja. aku ditenggelami keghairahan bersama ruang waktu yang menghimpit. laju saja aku bergerak dari segi fizikal mahupun mental. maju, ke depan dan tidak pandang belakang diiringi harapan yang menggunung dan kepercayaan yang padat dari orang sekeliling dan dari dalam diri aku sendiri. aku selesa. aku gembira.
tapi aku tidak pandai mengambil iktibar dari buku yang dicoret dengan penuh pengalaman dari penulis mulia.
Di sini kita wajib membezakan di antara tindakan yang tegas penuh kesungguhan dengan berpayah-payah serta membebankan diri di luar kemampuan. Sesungguhnya nafsu itu adalah ibarat anak kecil, apabila dia dicuaikan akan terus mencintai penyusuan tetapi apabila dipisahkan daripadanya ia akan berhenti menyusu kepada ibunya. Jadi tidak boleh tidak mestilah nafsu itu ditundukkan dan dikendalikan di dalam batas-batas kemampuan kerana Allah Taala telah berfirman sebagai ajaran untuk kita :Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
makin sibuk, makin hangat pula jari-jemari. padahal, semester baru kononnya diazamkan dengan semangat baru. mesti ulangkaji dan mesti adakan kefahaman yang jitu.
dan aku masih tak habis mencari alasan untuk diri sendiri. daripada aku melihat kelemahan orang lain (yang kerap kali aku lakukan dulu), lebih baik aku lihatkan kelemahan aku sendiri yang sebenarnya dengan lengkap menggambarkan manusia millenium secara kolektifnya.
kalau kamu faham apa yang aku ingin maksudkan.
balik ke topik : aku suka mencari alasan untuk diri sendiri.
satu waktu, aku enjoy membuat kerja-kerja. aku ditenggelami keghairahan bersama ruang waktu yang menghimpit. laju saja aku bergerak dari segi fizikal mahupun mental. maju, ke depan dan tidak pandang belakang diiringi harapan yang menggunung dan kepercayaan yang padat dari orang sekeliling dan dari dalam diri aku sendiri. aku selesa. aku gembira.
tapi aku tidak pandai mengambil iktibar dari buku yang dicoret dengan penuh pengalaman dari penulis mulia.
"Ya Tuhan kami janganlah Engkau membebankan kami sesuatu bebanan yang tidak sanggup kami memikulnya". (Al-Baqarah: 286)
petikan : JD - Mustafa Masyhur
pourtant, al-baqarah 286 ini ayat kegemaranku sejak aku masih berkurung putih berkain biru muda. adakah aku sebenarnya belum benar-benar betul beriman dan faham kepada kalimat Allah ini?
maka ya, aku tidak pandai menimbang kemampuan hingga di akhirnya membawa aku kepada satu-persatu kegagalan dalam bermacam lorong yang begitu dalam.
aku putus asa. terngiang-ngiang segala perkataan yang aku lantang suarakan satu ketika dahulu. segala yang aku konon-kononnya yakin dan tsiqah. syaitan pantas membisikkan keraguan, membisikkan persoalan-persoalan, membisikkan kepercayaan baru, membisikkan sifat rebellious.
sikit demi sikit, aku mendekati kelompok dibenci Allah, yang disebut di permulaan surah As-Saff.
maka pada period ini, aku enjoy dengan kelapangan masa. aku ditenggelami keseronokan bersenang-lenang. mendiamkan diri nampak lebih mudah. jalan melarikan diri nampak lebih thrilled. melupakan segala yang rumit nampak lebih tempting. aku hanyut dengan keseronokan yang dulunya akulah orang pertama mengutuk 'keseronokan yang plastik' ini.
aku hidup bersama golongan 2 yang berideologi seperti aku. aku seronok bercakap belakang, menyatakan kelemahan golongan 1 di aspek itu dan ini. padahal hanya bibir aku yang rancak bergerak tanpa disusuli teguran dan action.
keputusan di akhir hari tetap sama. bila mana aku mula mengumpul kepercayaan dan kasih kepada golongan 2, cepat saja kau patahkan.
itu bezanya. aku berusaha kuat untuk mengadaptasi dan menggembirakan kau. apa pun, aku akui aku mampu kecapi kebahagiaan maksimum. tetapi pendek. tapi bila bersama golongan 1, aku menjadi pihak yang diusahakan untuk digembirakan dan dipuashatikan. paling tidak, saling berusaha. kebahagiaan yang sedang-sedang. tetapi berpanjangan.
maka mana pilihan aku sebenarnya?
sudahkah aku kembali?
jangan. aku masih tidak tahu di mana kedudukan aku setakat ini. sudahkah aku kembali? atau adakah luahan ini hanya datang kerana dipengaruhi malam pekat yang dingin bila mana keinsafan bertiup kecil ke dalam jiwa?
aku tidak tahu, demi Allah. boleh jadi esok pagi, aku kembali seperti sedia kala. yang tidak mengisahkan tentang dunia tetapi hanya aku.
yang aku tahu, aku sedang merangkak semula. sekejap ke depan sekejap aku berhenti sekejap aku memesong. kemudian ke depan semula. kesimpulannya, katakan saja aku sedang mencari dengan perlahan-lahan dan lebih berhati-hati.
après tout, c'est à moi pour y réfléchir.
"Kerana amal yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik dari amal yang banyak tetapi terputus dan terhenti di tengah jalan."
January 10, 2010
satu.
Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
aku tidak tahu kalau ada orang berang dengan perkataan aku yang makin hari makin tersasar daripada sifat 'lemah-lembut'.
yang aku tahu, kalau aku cubakan begitu, entri aku jadi lain macam bunyinya : lemah, lembik dan bosan. maka objektif aku untuk orang-orang luar sana supaya dengarkan apa yang aku betul-betul cuba sampaikan, mungkin 80% tidak tercapai.
jadi, senyum pahit sajalah.

January 6, 2010
re-opening with lots of 'love'.
Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Manusia suka cakap tak serupa bikin.
Termasuk aku sekali.
Dulu, mulut kau berapi-api kata Israel anjing, jahanam, lahanat.
Atau, mulut kau kunci, tapi hati kau melolong-lolong Israel bodoh, bangsat, syaitan.
Sikit-sikit kau menangis.
Banyak-banyak kau menjeling bila kau lalu depan McDonald atau Carrefour.
Bila kau masuk kedai runcit,
kau rasa macam nak pecahkan saja peti sejuk yang ada air Coca-Cola.
Bila kau balik rumah,
kau rasa macam nak buang semua Maggi Nescafe yang ada dalam almari dapur kau.
Orang pergi manifestasi
Kau nak juga
Kau sibuk buat topi guna manila card
Lukis-lukis bendera Hijau, Merah, Putih, Hitam
Kau pun sibuk nak jerit-jerit
nak tangkap-tangkap gambar
Lepas tu, letak status facebook atau ym kata :
"Aku baru pergi manifestasi. Aku memang prihatin."
Dekat blog kau,
beriya-iya kau redaksikan satu artikel khas untuk Gaza.
Padahal hari ini
kalau nampak video Gaza/Palestin
cepat-cepat kau abaikan
Apahal?
sebab lambat sangat nak loading.
server aku lembab lah.
aku nak tengok Pisau Cukur.
masa tu kan emas.
mana boleh bazir-bazir.
Padahal hari ini
kau masuk je McDonald atau Carrefour
Apahal?
kedai lain mahal sangat.
jauhlah nak pergi kedai lain.
masa tu kan emas.
mana boleh bazir-bazir.
Padahal hari ini
kau togok je botol Coca-Cola 250ml tu
Apahal?
aku haus aku minumlah.
Coca-Cola mana haram.
malas lah aku nak pikir air apa yang boikot.
masa tu kan emas.
mana boleh bazir-bazir.
habis tu dulu-dulu,
masa kau buat topi manila card tu
masa, duit, perasaan kau tak terbazir ke?
meluat pulak aku
dengan diri aku sendiri.
p/s : untuk adik-adik knights0206 (kalau ade org singgahlah), adik dalam youtube ni macam kawan korang ek? Fina. hehehhe.

Palestine , My name is Palestine
I wrote my name at all fields
with a unique font greater than all titles
The letters of my name, the letters of my name, live inside me, feed me, spread the soul and fire inside my body
The mountains of the river, knows me well
I spent all my power and ask my nation help
And Saladin was calling, calling inside me
And my Arabic origin is asking me for freedom and revenge
And those flags which were folded at Hatiin (battle)
And the caller of Al Aqsa Masjid is calling for help
And thousands of prisoners are calling for help
Calling the greater nation and calling for millions
Go to Al Quds(Jerusalem),
to a war where the oppressed are, to stop the injustice of the Zionism, and raise the flag of Palestine
My words will remain the same
Palestine, Palestine, Palestine

Subscribe to:
Posts (Atom)