February 20, 2010

tiga belas

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.









when your heart cries and aches everytime you see people around you, enjoying their happiness over something that you can't have anymore, you know you might be wrong in one of the steps you've made in your life.


je me retrouve plus jamais.

February 18, 2010

dua belas

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



seorang ustaz Kiut (bukan nama sebenar) pernah berkata, kalau iman manusia boleh digambarkan, lebih kurang begini bentuknya :




amboi, cantiknya. haha. kena tipu. bukan bukan. ini bentuk sinusoïdale spiral yang dikaji Maclaurin pada 1718.

chewah rasa macam genius plak. okay okay. yang betulnya :




hati manusia sering berbolak-balik ibarat air didih yang sedang menggelegak kerana mana-mana manusia akan selalu ditarik dua arah ; tarikan syaitan dan tarikan iman.


walaupun macam tu, sebahagian manusia lebih cenderung kepada tarikan syaitan kerana tarikan ke arah sana lebih menggiurkan. atau tout simplement, mungkin manusia hari ini, macam aku, serba-serbi telah keliru dan tidak tahu yang kita sedang berjalan dalam direction syaitan.


dan tiba-tiba hari ini telah wujud satu lagi tarikan yang lebih bahaya iaitu : tarikan syaitan+iman. (hah, pandai-pandai aku cipta ni.)


fine. tidak adil untuk segelintir para pembawa risalah islam (aku pendekkan jadi p.r.i) menghukum manusia jahiliyah itu ini atas kekaburan yang melanda. tetapi tidak adil juga untuk manusia jahiliyah memilih untuk menjauhi kelompok p.r.i yang datang dengan senyuman. (kalau tak senyum, logik sikit kalau dijauhi.)


lepas tu dua-dua golongan ada penyakit 'alergik' sesama sendiri. suka-suki kau nak alergik dengan anak orang.


ops ops. tapi kita tak boleh jadi golongan atas pagar. macam batu saja tidak berguna dan tidak buat apa-apa. lagipun kalau semua jadi golongan atas pagar, lama-lama pagar pun boleh runtuh nak tampung beban yang kau orang bagi.


hurmmmm..





February 17, 2010

sebelas

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





Perspective :
http://fanramli2.blogspot.com/


moga-moga ni yang terakhir, attempt aku nak stock gambar. huuuuuuuuuuuu.

--------------------------------------------------

James Morrison - Once, When I Was Little


I was the one who would always jump in first
Didn't think twice to look behind
Got such a good feeling just from playing in the dirt
Once, when I was little


We could build a rocket, fly to the moon
Leave Tuesday morning and be back for noon
There wasn't nothing, nothing that we couldn't do
Once, when I was little x 2


c/o:


Yeah I could dream more then
I could believed more then
That the world could only get better


I could be free more then
I could pretend more then
That this life could only show me good times
Once, when I was little


There was a time when I trusted everyone
There was no place that I would not go
Spend a day on the hillside next to the barley mow
Oh once, when I was little x 2


repeat c/o


I used to feel so strong
Even when they'd tell me, tell me I was wrong
That I can't live in a magic world
Cause it's time for me to grow up
That I got to be like the rest of them
Well I know things have been lost


repeat c/o


So here comes the next one, next in line
Stay as young you can, for the longest time
Cause those days flew by
Like a breeze just passing through
Once, when I was little

February 16, 2010

sepuluh

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


aku kadang-kadang sedikit depressed bila tgk sesetengah blog tu macam hidup segan mati tak mahu. (termasuk blog aku, aku rasa). kadang-kadang isi blog dia boleh tahan tapi macam lembik semacam tak ada aura. ataupun kadang-kadang isi dia masyaAllah boringnya!


tu sebab aku dah hilangkan semua butang komen dan tak letak apa² chatbox supaya dari semasa ke semasa aku tak perlu banyak-banyak kali buka dashboard sbb nak tau ade orang komen ke tak. yang ada cuma hits counter. jadila tu. kan.


hits counter mempamerkan peningkatan dari hari ke hari. jadi aku assume, blog aku ada pembaca selama ni tapi tak tinggalkan komen sbb sikap orang kita memang pemalu.


oklah. aku nak bagi tips-tips macam mana blog kita dibaca dan dimanfaat. sebab aku pernah mengalami zaman kegemilangan tu awal² pembukaan blog ni. macam mana aku tau? sbb aku pernah dapat komen sebanyak 25 komen untuk satu entry dan berbelas² komen untuk few entries. (okay, jgnlah bandingkan dgn orang ternama yg ada blog mcm tun mahathir.)


tips-tips yang aku kasi bole jadi tepat bole jadi merapu. jadi, pandai-pandai fikir mengikut keseswaian.


1/kau pun kena banyak baca blog orang.


ni macam superstitious sikit untuk diri aku. aku percaya kalau kau banyak baca blog orang dan menjadi pembaca setia blog orang lain, secara tak langsung, blog kau pun akan ada banyak pembaca setia. kenape? tak tau. tapi ni baca tau. bukan blog hopping utk tinggalkan link kau banyak-banyak.


sbb honestly, kalau aku dapat orang cenggini, yang datang blog aku, bagi komen, "wau. good post! please come visit my blog!" sorrilah sayang, aku tak layan dan akan ignore seignore-ignore nya. lainlah kalau aku ade banyak masa dan free, kadang-kadang sbb kesian aku klik jugak lah link depa. kalau isi dia bosan, terus aku rejek.


tapi bila kau jadi pembaca setia sesuatu blog, kadang² entri dia buat kau tergedik² nak kasi komen yang panjang lebar. sbb kau terhingin nak kongsi point of view kau. mase ni lah kau kasi komen dan tinggalkan link blog kau. bukan dgn niat supaya dia dtg tgk blog kau, tapi niat kau masa tu nak kongsi opinion je.


2/cara penulisan jangan bosan!

untuk dapat cara penulisan yang best, ko boleh terinspirasi drpd blog² yg kau suka baca. sbb drpd situ, kau tau, kau ni sebenarnya orangnye camne. mcm aku, aku suke baca blog yang ade ayat sastera sikit. tapi janganlah copy cat! kadang² ade orang suke tiru cara tulisan fynn jamal, tapi bila aku tgk, mcm nak nangis sbb tak jadi.


bab ni, kau kena balik pada niat kau menulis. kau nak tulis ape sebenarnya? kalau kau bukak blog sbb kau nak orang tau kau buat apa hari-hari, blog kau ade chance untuk tak ade orang baca. tapi aku cadangkan, kalau nak juga, cuba selitkan dgn pengajaran yang kau dpt (dgn tidak skema). orang melayu suka baca blog yang kutuk² orang. tapi aku tak nak ler jadi orang yang suruh kau kutuk orang lain supaya blog kau laku.


kalau kau nak tulis benda² baik, especially islamic, aku sokong 150% blog tu dibuka. cuma kekadang aku keciwa sbb kenape blog sebaik camtu tak ade orang baca? kalau author nya seorang, aku mmg suruh author tu baca tips nombor satu aku.


kalau authornya adalah multi-authors, kena susah payah persuade kawan² author utk banyak membaca blog org lain. tapi yang paling penting bila ada blog bersama ni, engkau pun kenalah baca blog kau sendiri! baca kawan² kau post ape.


ingat, cuba pikir balik niat kau kenape bukak blog. kau nak orang baca. ye ke kau nak orang bace atau kau sekadar post entri baik supaya kau dpt pahala pastu dah. boleh tido.


sbb bile kau nak orang baca, betul-betul nak orang baca, kau akan sedaya-upaya meghasilkan post entry yang baik dan interesting dan bukan hanya macam melepaskan batuk di tangga.


sbb orang lain tak boleh ajar kau macam mana nak jadi menarik melainkan Tuhan dan kau saje yang tau diri kau macam mana.


3/layout blog.

ni faktor paling least. yang penting, blog kau kena ada layout blog yang kemas. kalau tak catchy pun, kalau kemas, mmg tetap dibaca.


aku tak baca blog orang yang tulisan² dia berubah-ubah. kejap font verdana pastu arial. kalau ye pon nak ubah, kena pandai² supaya tak nampak serabut dan celaru. kalau tulisan kecik macam blog aku ni pon ade chance orang malas nak baca. aku cadangkan kalau satu paragraph tu panjang sangat, next paragraph cuba langkah 2 baris.


tapi yang paling penting, kalau kau tulis panjang gila, mmg orang malas nak baca. ni aku cakap untuk diri aku sindri juga. tapi nak buat camne, aku dah cuba pendekkan. takpelah, tant pis kepada orang yang malas baca. bukan aku yang rugi.


cuba jaga alignement tulisan. jangan campu huruf besar huruf kecik mAcAm Ni sEbAb aKu TeNsYeN giLe nAk BacE & KonfEm aKu sEsAk NafaS!


aku tau dah panjang gile babas ni. banyak je lagi tips² yang aku nak kasi, tapi takpela. aku bukannye nak buat bengkel pon. aku cuma nak tulis ni sbb kekeciwaan kepada diri sendiri bila ade banyak blog yang aku cuba nak jadi pembaca setia tapi tak dapat sbb sedikit bosan dan pening kepala.


contohnya bila ade pembaca setia kau yang kau sayang bagi hint suruh baca blog dia. hurmmmmm....


haha. okaylah. kepada yang bercuti macam aku, selamat menghabiskan sisa cuti yang tinggal dan kepada yang tidak cuti, bon courage.

February 11, 2010

sembilan

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



ihsan : http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/01/catan-di-tembok-palestina.html






aku fikir hanya ada di tembok Berlin. tapi ada juga di tembok negara saudara aku yang tercinta sendiri, Palestin.


sekali pandang, aku tersenyum. comel-comel lukisannya. sekali lagi pandang, bergenang pula air mata aku. makin berat terasa jiwa aku. macam tersiat sedikit melihat lukisan-lukisan ini.



Palestina sedang menangis
menangis dalam tabah dan tegar
menanti kunjungan bebas


dan semangatmu
buat aku malu.

lapan

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



cuti mendidik aku untuk jadi insomnia rasanya.


aku toleh-toleh tingkap rumah atap yang satu ini. wau. ditutupi padat-padat dek salji. makin serius masalah climatisation nih. padahal hujung minggu lepas, cukup petah aku mengkhabar sana-sini, 'le havre sudah panas. matahari asyik sekali mementari di sini.'


hurm..







jam sudah 3:01 pagi. air cokelat panas sudah lama habis. entah. malam ini aku macam takut tidur pula. takut tidur dan tidak bangun-bangun lagi mungkin. lepas tu tak sempat cakap 'i love you' pada setiap sorang ahli keluarga. (okay, pernah ckp sekali saja lepas peristiwa arwah kamal. tapi tak ada respon dari ahli keluarga kecuali kakak.) belum kira nak mohon maaf pada orang sekeliling.


atau mungkin aku takut kalau tidur, nanti aku tak cukup masa nak buat benda-benda yang aku suka. kerja-kerja yang bertangguh lagi. padahal sekarang tak nak guna masa yang ada untuk buat kerja.


okay okay.
aku dah mula mengarut.


selamat tidur.



February 10, 2010

tujuh

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



pembacaan penting untuk wanita-wanita. (ini bikin aku gigil juga-terima kasih adikku, aisyah di malaysia sana. ^^ )


PERKOSAAN VISUAL


Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).


Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.


Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :


LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)


Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !




haishh..

February 8, 2010

enam

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.







kawan 1 : betul nak private blog?

aku : ha'ah.

kawan 1 : kenapa?

aku : tak tahu. kadang-kadang ada entri tak sesuai bacaan umum.

kawan 1 : tapi kau offer, kalau nak baca, tinggalkan email. jadi, apa bezanya?

aku : .......................

kawan 1 : sudah tak mau berkongsi ilmu dengan orang luar?

aku : bukan!

kawan 1 : jadi?

aku : aku bukan tulis tentang ilmu. aku tulis tentang apa yang aku rasa.

kawan 2 : dan apa yang kau rasa itu macam ilmu pada kami.

aku : exaggerate.

kawan 1 : fine. secara 'tidak exaggerate', entri-entri kau bercerita tentang benda yang selalu jadi tapi kami tidak terfikir semacam mana kau fikir.

kawan 2 : sebab kau pelik dan suka imaginasi yang dalam-dalam. tapi logik.

*ketawa kecil*

kawan 1 : private tak ni?


.......................
.......................
.......................


*diam*



kawan 1 dan 2 , harap kamu puas hati. ^^

lima

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


hari ni aku belajar satu kenyataan yang sedikit choquant (shocking).


aku selalu fikir orang yang hebat/terkenal dalam sejarah (walaupun jahat), paling tidak mesti ada latar belakang yang tak kurang gah.


Adolf Hitler itu asalnya manusia biasa : remaja bermasalah.


tidak terlalu brilliant dalam subjek matematik dan bahasa tetapi lebih cenderung kepada lukisan dan seni reka. hari-harinya dipenuhi dengan angan-anganan menjadi pelukis terkemuka. masa-masa lapangnya diisi dengan pembacaan cerita koboi dan cerita-cerita lampau (sejarah), menambahkan kepekatan hidupnya yang penuh imaginasi.


sepatutnya ada 2 sibblings tapi kedua-duanya meninggal dalam usia yang muda. maka Adolf Hitler sedikit sunyi dan spoiled. asyik dipukul oleh ayah tapi dibacking selalu oleh ibunya. lagi-lagi bila keinginannya untuk ke sekolah berjurusan klasik ditolak mentah ayahnya lantas didaftarkan ke sekolah teknik.


tidak lama, ayahnya pula meninggal kerana pendarahan paru-paru. lalu diikuti oleh ibunya kerana barah payudara. Adolf Hitler tiba-tiba disahkan mengidap penyakit paru-paru seperti ayahnya (penyakit turun-temurun). atas alasan kesihatan ini, Adolf Hitler meninggalkan alam persekolahan.


sampai satu ketika, Adolf Hitler ditemui merayau-rayau di taman tanpa arah tujuan. kadang-kadang tidur di bangku-bangku taman rekreasi sambil menagih-nagih wang dari orang public.


mungkin kerana kehidupannya yang 'luar biasa', sifat 'survivor' nya melonjak-lonjak sampai hatinya jadi keras tidak beremosi dan mentalitinya tidak berbelas kasihan.


dan hari ini seperti yang kita tahu, namanya jadi sebut-sebutan (walau dalam direction negatif).


kadang-kadang manusia itu perlu jatuh dan gagal sekejap untuk merasa pahit pedihnya semata-mata untuk menggapai kejayaan masa depan. tapi jangan pula sengaja gagalkan diri. tapi beranikan diri saja untuk menghadapi kemungkinan gagal.


ish. faham ke apa yang sedang cuba aku perkatakan ini?


ringkasnya, sebagai manusia yang masih punya famili, rumah untuk berteduh, peluang untuk belajar, anggota badan yang berfungsi serba-serbi ; gagal exam, putus cinta, laptop rosak, atau habis duit scholar itu apalah sangat sampai kau mahu meraung marah-marahkan zat keadilan Tuhan atau sampai kau rasa gagal segagal-gagalnya tidak mahu bangun-bangun lagi.


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.” (Surah al-Imran, ayat 139)


padahal darjat mu tinggi dengan syarat;


jika kamu orang yang beriman.


serahkanlah diri kamu sebulat-bulatnya (walaupun dari segi fizikal kau tidak sebulat aku) kepada Dia yang Maha Pemurah dan Tidak Berkira memberi oksigen untuk kita bernafas.


wallahualam.