Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
sumpah, aku macam mahu melompat dari kerusi bila perkhabaran itu sampai ke telinga aku. kecewa berbaur sedih. hatiku ngilu dihiris-hiris.
aku ingat kata kau tempoh hari di tetingkap yahoo messenger aku, tatkala aku mengadu resah dek kebuntuan jalan mencari peluang praktikal.
macam terngiang-ngiang di cuping telinga aku walhal bait-bait itu kau tuliskan saja tanpa suara.
"jangan menangis, bertenanglah.."
"hehe. macam lagu tarzan tu."
di sebalik gurauan kecil itu, entah macam mana aku boleh dibutakan dengan kebisuan kau tentang kesulitan yang kau hadapi.
bukan, aku tidak marah. sekelumit pun tidak. tapi sedih ya amat bila berita itu sampai ke pendengaran aku. umpamanya kau sedang menebar sayapmu, lalu terbang tinggi meninggalkan aku di sini. aku lihat kau sedang tersenyum, senyuman mu lembut seolah-olah menyatakan kepada ku : 'jangan risau tentang aku. kau. kau yang perlu jaga diri, fan.'
dari dulu, sejak zaman diperangkap di puncak merbah itu lagi, kau selalu kuat. selalu macho, gelar kami. dan ternyata hingga hari ini kau tetap kuat berhadapan dengan kenyataan kejam.
aku tunggu kau kembali. tapi buat masa ini aku ucap selamat jalan.
kuat-kuat selalu pada qada' dan qadar Allah, kawan.
23h58 , bukan di Le Havre.