Alhamdulillah, segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
"kau tak payah sibuk-sibuklah hal orang."
aku diam membatu. mulut aku terkunci. kalau bukan sebab dia lebih tua dari aku, dah tentu aku menjawab. jadi defensif.
"apa seronok sangat buat kerja tu? kau jaga hidup kau sudahlah. cari masalah pulak. Tuhan tak suka tau hamba dia cari pasal dengan hamba dia yang lain."
aku diam. buat-buat tak tau, buat-buat tak dengar. konon kusyuk tengok berita di TV.
--------------------------------------------------------------
mari aku ceritakan kisah tentang kaum Sabat, berbani Israel yang disebutkan dalam surah Al-A’araf [ayat 163-166]. (check ye, jgn terima bulat-bulat cerita aku)
dahulu-dahulu, ada sebuah perkampungan yang baru-baru disebarkan islam ke dalammnya. punca rezeki para penduduk kampung ini ialah menangkap ikan. bolehlah aku klasifikasikan kampong ini ialah sebuah perkampungan nelayan.
pada suatu hari, Sang Nabi telah diturunkan wahyu dari Allah. bergegaslah Sang Nabi menyampaikan amanahnya kepada penduduk kampung itu.
"hai penduduk kampung. aku diarahkan untuk menyampaikan perintah Tuhan yang satu ini."
penduduk kampung pun berkumpul dihadapannya.
"dengarkanlah segera kepada kami perintah itu ya Sang Nabi."
al-maklumlah, semangat baru disentuh, berkobar-kobar.
"Tuhan mengatakan, kamu semua tidak boleh menangkap ikan atau menjalankan aktiviti kamu seperti biasa pada hari Sabtu. hari Sabtu dikhaskan untuk beribadah kepada Tuhan sahaja."
kedengaran bisikan-bisikan tidak puas hati di hati sesetengah antara mereka. tak kurang juga yang marah-marah. yang taat, hanya mendiamkan diri. walaupun sukar, mereka tetap tawadha’ menerima arahan Tuhan.
kemudian, mereka-mereka yang tidak puas hati itu mulalah merancang taktik untuk terus menangkap ikan.
"kita mesti buat sesuatu! Kalau tidak kita akan rugi." kata si A.
"hurmmm. betul, aku setuju. ikan-ikan lebih banyak di sungai kita pada hari Sabtu. tapi apa yang boleh kita buat?" tanya si B.
"kita mesti memikirkan sesuatu yang kita boleh buat untuk meneruskan aktiviti kita tanpa melanggar arahan Tuhan." kata si C.
wah. mereka ini berusaha juga untuk mematuhi perintah Tuhan!
"aku punya idea." kata si D.
"katakan segera !!" sahut yang lain-lain tidak sabar.
"kita pasangkan pukat-pukat kita pada hari Jumaat malam. dengan cara itu, ikan-ikan masih dapat ditangkap pada hari Sabtu. kita tak melanggar arahan Tuhan kerana pada hari Sabtu, kita tidak keluar pun untuk meneruskan aktiviti kita."
kata-katanya disorak hebat yang lain-lain. mereka sangat-sangat menyukai idea bernas itu.
maka, mereka-mereka yang tawadha' tadi menggeleng-gelengkan kepala. mereka pun segera bertemu dengan golongan 'pengelat' tadi.
"janganlah kalian melakukan demikian. itu melanggar perintah Tuhan ! nnt kita dibinasakan seperti kaum-kaum yang terdahulu."
"benar. tidak takutkah kamu kepada azab Tuhan setelah segala nikmat yang kita perolehi hingga ke hari ini?"
golongan ‘pengelat’ tadi membalas tegas,
"ah, usah kau sibuk dengan urusan kami! kami tidak melanggar perintah Tuhan pun! baliklah kalian ke rumah masing-masing. kami golongan yang tidak inginkan kerugian, tidak seperti kamu."
"cuba lihat mereka yang di sana. mereka tidak berkata apa-apa pun. mengapa kamu tidak boleh menjadi seperti mereka?" kata seorang pemuda sambil menuding jari ke arah penduduk yang duduk diam di hadapan rumah masing-masing.
maka, mereka-mereka yang tawadha’ ini pun pulang ke rumah dengan hati yang kecewa. dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan satu kumpulan penduduk yang sedang duduk di tepi denai-denai.
"dari manakah kalian beramai-ramai ini?" tanya mereka.
"kami baru saja pulang dari menasihati mereka-mereka yang ingin memasang pukat pada jumaat malam. tetapi, mereka tidak mengendahkannya."
mendengarkan jawapan ini, ada yang mengerut-ngerutkan dahi, ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
"apa yang kalian sibuk-sibukkan sangat ingin menegur mereka? biarkan saja mereka. asalkan kita ini, yang taat kepada perintah Tuhan tidak melakukan seperti mereka."
bertambah kecewalah mereka tatkala mendengar reaksi kumpulan itu.
-------------------------------------------------------------
apa ending cerita ni? bolehlah cari sendiri ya. hahahaha. (jangan malas-malas nak selak Al-Quran tu, weh.)
dalam cerita Sabat, wujud 3 jenis manusia ketika hadir golongan yang hendak menipu.
1/ golongan yang tidak membuat apa-apa.
2/ golongan yang menegur kepada kebaikan.
3/ golongan yang menegur kepada golongan 2 supaya membiarkannya sahaja.
secara peribadi, aku merasakan golongan 3 ini memang tidak patut. tak pasal-pasal, mereka menjadi penghalang kepada orang yang ingin berpesan-pesan dan menasihati. golongan 1 pun tidak kurangnya jugak. hanya mendiamkan diri, mahu baik-baik seorang diri.
jadi, kamu, di mana kamu mahu meletakkan diri kamu ?
selamat hari khamis.



