May 25, 2010

empat puluh empat : capai sampai dapat dan rapat

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





bila kecewa, aku pun cuba mencari hiburan hujung minggu lalu. maka Allah yang Maha Pengasih seolah-olah memujuk aku.






kadang-kadang aku terasa hati melihat sifatnya sang matahari. geraknya ke bawah sungguh perlahan tapi lama-lama semakin laju dalam setengah saat. ah, macam tak sabar-sabar hendak menyorok.

dan manusia masih duduk mengagumi keindahannya padahal sang bulan sudah lama keluar mengganti tugas menerangi bumi. aku rasa, cuma aku yang mahu memandang kepada bulan.





dan dulu aku membenci laut. prejudis kerana kadang-kadang ia mengaum dan membaham si pencari-pencari rezeki. betapa jahilnya aku, bukankah setiap kejadian adalah atas kiraan Tuhan?


hari ini, bentangan laut itu yang membawa Mavi Marmara dan armada-armada lain dari ceruk-ceruk tertentu dunia ke sisir laut benteng Gaza Palestina. biar besar manapun ancaman halangan zionis terkutuk.


“Sekiranya kami tidak pulang ke Malaysia, maafkanlah kesalahan kami, halalkanlah makan minum kami, bantulah keluarga kami.”


masyaAllah, lihatlah manusia-manusia yang mengghairahkan mati syahid ini. beruntunglah mereka, beruntung sungguh sampai hati aku menderas cemburu.


“Wahai para pemimpin negara-negara, wahai para pemimpin Organisasi Konferensi Islam, wahai para pemimpin Amerika dan Eropa, wahai Mahmud Abbas, Anda melihat siaran TV Turki dan TV dunia memancarkan pelepasan kapal ini. Hari ini tolong ucapkanlah sesuatu untuk membantu Palestina, bahwa kami pergi ke Palestina untuk membantu palestina. Katakan kepada dunia bahwa Palestina yang sedang dijajah dan dizalimi perlu dibantu dan katakan kepada Israel, jangan cegah kedatangan kapal-kapal ini!”



“Tunggulah wahai saudara-saudaraku warga Gaza, kami akan datang menemani kalian yang sedang tertimpa kezaliman!”



“Saya berdiri di sini mewakili lebih dari 50 organisasi masyarakat besar di Malaysia dan Indonesia yang jumlah penduduknya hampir 300 juta jiwa,”



“Walaupun kami terpaksa harus berenang ke pantai Gaza!”



“Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar.. Laa ilaaha illa Allahu Allahu Akbar!”
Mereka tak henti-hentinya mengibarkan bendera-bendera Palestina, Turki, bendera Tauhid dan bendera negara-negara yang diwakili oleh para peserta konvoi.



capailah gaza. capai sampai dapat dan rapat.










Mavi Marmara Menuju Gaza from Sahabat Al-Aqsha on Vimeo.





May 23, 2010

empat puluh empat

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



Kalau aku cakap, “dalam kereta mayat ada Hamka..”


Ayat aku di atas adalah kalimah yang tidak lengkap, masih boleh dipertikaikan…maka tak salah kalau korang tanya aku balik,: “dalam keretamayat ada tak Rita Rudani?, ada tak Tiz Zaqyah? Atau ada tak Puteri Sarah Liyana?..”


Aku jawab balik.. “Takde..”


Korang boleh tanya lagi, ada tak Sonali Bandre? ada tak Scarlett Johansson?, dalam keretamayat tu?


Aku jawab takde..


Korang akan tanya lagi…, ada tak Maria Ozawa yang berlakon dalam filem “menculik Miyabi?”


aku cakap: Argh., dah!, cukup!…salah aku juga kerana memberi kenyataan yang tidak lengkap..


Jadi, apakah kalimah yang lengkap?


Kalimah yang lengkap adalah kalimah yang mempunyai NAFI dan ISBAT.


Jadi aku patut cakap macam nih:


“Tiada sesiapapun dalam keretamayat selain Hamka…”


Maka, memang bodohlah orang yang tanya ada tak Dato’ K, Datuk Siti, atau datuk Shahrukh selepas dah tahu hanya aku dalam keretamayat tu..


Dan memang slow kalau yang tanya: ada tak stereng?, kerusi, gear dalam kereta?, sebab aku dah bubuh perkataan siapa..(argh tak payah aku nak terangkan-STOP)


NAFI: TIADA SESIAPA
ISBAB: SELAIN HAMKA.


Jadi.., dulu-dulu kita tahu bahawa para ambia dan para Nabi Dakwah ummat pada zaman itu adalah dengan menggunakan lafaz..
“Allah Maha Besar”


Tapi orang kapir masih pertikaikan, “latta dan uzza pun besar jugak..”(nama tuhan berhala)


Maka Allah s.b.w telah turunkan kalimah yang paling agung (tiada lafaz yang lebih agung) iaitu:
“TIADA TUHAN SELAIN ALLAH”


Memang KAPIRlah orang yang tanya lagi, ada tak: LATTA? , USZA?, dan lain lain..


Dan memang banganglah kalau Tanya: ada tak anak tuhan?, ibu tuhan?..


Kenapa?


Kerana lafaz kalimah tauhid itu telah sempurna:


NAFI: TIADA TUHAN.
ISBAB: SELAIN ALLAH.


LA ILA HA ILLALLAH!

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH!
TIADA YANG BERKUAS SELAIN ALLAH!
TIADA YANG BAGI MANFAAT DAN MUDARAT SELAIN ALLAH!

Simple!

-Hamka, KeretaMayat@blogspot

empat puluh tiga : Langit Masih Biru [Part I]

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.






Grkkk… Grkkkk..

Isad mengerut dahi.

Grkkk… Grkkkk.. Booshh.. !

Kali ini Isad bangkit. Menjenguk ke bawah dari tingkap rumah pangsanya. Kelihatan dua jentolak telah tiba di kawasan perumahan itu. Isad gelisah. ‘Aku dah kata !’

“ Isad.. ! Isad.. !” Pintu rumahnya diketuk kencang.

“Apa..?!” Jerit Isad. ‘Ini pasti Zako kalau ketuk pintu macam nak roboh.’ Isad membuka pintu rumahnya. Tepat. Zako di hadapannya dengan muka cuak.

“Kau kenapa muka macam nak mati?” Tanya Isad.

“Kau tak nampak? Jentera pemusnah dah tiba!” kata Zako.

Isad memejam mata rapat-rapat. ‘Selagi kita masih lumpuh, Isad. Selagi itu.’




To be continued..

May 21, 2010

empat puluh dua : mencari gua hira'

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


Quoting :


Penutup bulan
30/5/2009
1:12AM

bulan mei ini sudah sampai pada noktahnya.
satu bulan yang begitu banyak rasa.


terlalu kontroversi seumur hidup saya.
mungkin kerana injakan umur kepada 21 tahun, life untuk saya seems harder sedikit, campur tolak dengan tanggungjawab² yang baru muncul.




geli pulak baca posting lama. meleleh-leleh macam nak rak. oh, cuma satu. tahun ni pun sama. bulan mei mencatatkan aku mengalami kekecewaan paling kerap tak kira dalam bidang/situasi apa sekalipun.

tapi rahsialah kenapa. kata sang pelangi yang sungguh jarang update blognya tu :


Entah kenapa, aku lebih berbangga, malah bahagia, apabila aku dan Tuhan sedang saling menyimpan rahsia.


mais bon.


"tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan." (Asy-Syura, 42:43)



bertenang. bertenang. bertenang. ada gua hira' tak kat sini?

May 17, 2010

empat puluh satu : Projek Pantri [Final]

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




"Encik Azman, budak mana yang Encik Azman amik tu?" Kak siti memuncungkan mulutnya.


"Eh, budak mana pulak, Puan Siti?" tanya Encik Azman yang aku agak umurnya muda 5 tahun dari ayah aku.


"Budak perempuan yang hari-hari bawak bekal untuk lunch. Habis bau makanan satu pejabat ni bila dia re-heatkan makanan dia guna microwave tu." Tambah Rozita mengapi-api.


"Iye ke ni? Saya tak bau pun?" kata Encik Azman diakhiri gelak kecil.


"Main-main plak Encik Azman ni." Senget-senget mulut Kak Siti, mencebik.


"Betullah.. setakat ni, awak berdua je yang mengadu. Orang lain tak cakap apa-apa. So, saya tak boleh nak buat apa. Lagipun, pantri tu hanya di tingkat kita. Biasalah tu, dia datang makan kat tingkat kita." terang Encik Azman.


"Budak perempuan mana pun, saya tak tau. Kamu ni.." tambah Encik Azman kemudian berlalu.


Tak sampai beberapa langkah, Encik Azman, Pengarah Projek di syarikat persendirian itu menoleh;


"Oh ya, jangan lupa petang nanti. Bos nak turun, nak umumkan sesuatu. Kamu tu jangan asyik duduk berborak saja kalau tak nak kena potong gaji!" pesan Encik Azman sambil tersenyum. Sinis! Pedas!


Kak Siti dan Rozita cepat-cepat duduk di tempat masing-masing. Potong gaji tu! Naya lah!



***




Macam biasa, aku bersiap-siap untuk turun ke tingkat bawah untuk makan. Hari ni lauk nasik goreng. Fresh. Bukan lauk lebih-lebih. Sebab Mama cuti hari ini dan dia tahu aku suka bawak bekal, pagi-pagi lagi Mama bangun buat nasi goreng. Gila. Dah 25 tahun pun, mak nak manjakan lagi.


"Udang kena besar, kan?" teka Mama. Aku senyum nampak gigi. Ye, ma. Udang besarrr punya!


"Wah, budak graduate overseas macam awak pun bawak bekal?" Tiba-tiba ada satu suara wanita menegur aku dari luar bilik pejabat. Aku tersipu-sipu. Bos besar aku tegur!


"Eh, biasa je ni Puan Faridah." Kata aku tiba-tiba jadi super wanita dan humble. hehehe.


"Tak kisah ke makan kat bawah tu? Tak de orang kacau?" Tanya Puan Faridah.


Alamak. Macam boleh baca je fikiran aku ni.


"Eh, ramah-ramah orang kat bawah Puan Faridah. Macam-macam saya jumpa! Intéressant!" Sengaja aku tekan-tekan perkatan 'macam-macam' dan menyebut perkataan Perancis.


Puan Faridah turut sama senyum. Dia macam memahami apa yang cuba aku sampaikan.


"Puan Faridah nak ikut saya makan, ke? Mak saya buat nasi goreng udang besar!" kata aku. Alamak, selamba badak je aku ni.


Puan Faridah jenguk tupperware ungu aku.


"Cukup ke tu?" tanya Puan Faridah.


"Cukup cukup!" kata aku yakin. Kalau tak cukup pun, aku cukupkan untukmu Puan Faridah. Mad'u berpotensi! Anasir tagyir!


Puan Faridah setuju untuk mengikut aku. Terkejut juga aku bila pelawaan aku diterima. Orang Malaysia yang terkenal dengan 'kelembutan' ni sebenarnya menitikberatkan juga 'darjat' mereka. Tinggi akan jadi lebih tinggi. Rendah boleh jadi tinggi dalam satu petikan jari.


Tapi Puan Faridah ni sanggup merendahkan sekejap martabatnya sebagai orang nombor satu dalam Iltizam Engineering tu!


"Kalau Puan Faridah nak tau, orang Perancis pun suka bawa bekal untuk lunch." kata aku memulakan perbualan.


"Iye?" Puan Faridah terperanjat sedikit.


"Saya banyak kali praktikal, memang majoriti bawak bekal. Taraf hidup di sana tinggi-tinggi. Memaksa rakyatnya untuk berjimat-cermat. Jurang sosial antara mereka tak terlalu kelihatan. Tak macam kita di Malaysia ni. Tapi orang-orang nombor satu macam Puan Faridah, jaranglah saya tengok bawak bekal. Hehe."


"Amboi amboi. Is this a compliment atau sindiran ni?"


"Dua-dua?" aku menduga-duga hati wanita berkaliber itu. Masakan tidak, seorang wanita menjadi pengerusi sebuah syarikat persendirian!


"Saya suka awak. Awak berani. Jujur. Negara Eiffel Tower tu kah yang mengajar awak begini?"


"Boleh jadi, Puan Faridah. Tapi, Islam yang sebenar yang mengajar saya untuk jangan takut kepada segala kemungkinan."


"Wah! Belajar agama ke di sana?" tanya Puan Faridah, semakin meminati untuk mengetahui kehidupan pelajar aku.


"Taklah. Tapi, di sanalah saya mengenal erti sebenar menjadi jati diri Islam." Aku mengunyah-ngunyah nasi goreng. Sedapnya nasi goreng mak aku takde sape boleh kalahkan! Aku menyambung,


"Hidup di tanah sekular, hamparan bumi yang mengasingkan agama dengan kehidupan, yang menyukarkan si praktikal islam, untuk solat, untuk pakai tudung, benar-benar mencabar, Puan Faridah. Umur semuda kami, dihadapkan dengan mainan politik kasar begitu, logiklah kita selalu berada di kandang tewas."


Hati aku jadi sayu. Cepat saja hati ni nak sayu-sayu. Oi oi, dah dah. Kontrol macho, Lia.


"Masa-masa macam tu Puan Faridah, kita akan terasa rinduuu sangat dengan Islam. Well, that's how I found myself today." Peh, aku cuba bercakap bahasa 'omputeh' walaupun aku tahu bahasa Inggeris aku semakin melemah kerana Perancis sedikit pun tidak mengendahkan orang-orang Britain.


Puan Faridah mengangguk-angguk.


Waktu itu, tiba-tiba Kak Siti dan Rozita muncul entah dari mana di hujung pantri.


"Eh, dari mana kamu berdua ni! Terkejut saya!" terjerit kecil Puan Faridah melihat lembaga dua itu.


"Errr.. ka.. kaa.. kami.. dekat tepi mesin minuman tin tu ta.. tadi.. Puan." jawab Kak Siti.


Eh, Kak Siti ke tu? Dulu bukan main bengis dengan aku. Bila nampak aku je, berkumat-kamit mulutnya.


"Dah kenal-kenal ke dengan Lia ni? Selalu jugak dia turun makan kat sini. Lia ni, civil engineer kita yang baru. Graduates from Paris. Sekejap lagi saya nak kenalkan pada kamu semua." kata Puan Faridah.


"Eh, bukan Paris, Puan.. Emm.. France cukuplah." aku membetulkan. Kang aku sebut nama bandar aku terbelit pulak lidah. Huhu.


Terbongkok-bongkok Kak Siti dan Rozita keluar dari pantri. Sikit pun tak pandang pada aku.



***



"Kita ada projek baru, Lia. Projek kecil. Kita bagi pada budak praktikal, Hakim tu. Apa pendapat awak?" tanya Puan Faridah.


"Boleh. Bagus tu. Boleh Hakim belajar sikit. Projek apa tu ya, Puan Faridah?"


"Projek Pantri. Kita nak besarkan Pantri tingkat bawah. Entah siapalah yang bawak trend, sekarang ni semua orang nak bawak bekal!" Puan Faridah memandang sinis pada aku. Tapi mesra!



TAMAT.



p/s : cerita ni fiksi semata-mata. tahu-tahulah. rindu Malaysia tak sabar nak habis belajar! hehehhee.

May 15, 2010

empat puluh

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.








Saroja mengetapkan bibir. Bukan mudah rupanya untuk tulus percaya kepada seseuatu.


"Tetapi jika tetap hati kita untuk percaya kepada Tuhan Yang Esa ini, sesuatu yang baik dapat kutebak sekarang," sambung Guruh.


"Apa dia?"


"Jika ayah sudah mati sekalipun,kita tahu yang dia telah pergi ke satu tempat lain, bukannya hanya menjadi abu atau tanah. Menurut ajaran agama Tuhan Yang Esa, orang yang mati pergi menghadap Tuhan yang telah menciptanya. Bukankah itu lebih baik daripada apabila kita mati, kita musnah keseluruhannya, jiwa dan raga?"


"Apabila kita mati, kita tidak berada dalam kegelapan semata...."


Bunyi ledakan membantutkan ayat dari bibir Saroja.Tiba-tiba sahaja Raden Inu dan Jerude berkejaran ke arah mereka.


-Odisi Tanah Kencana, Sri Rahayu Mohd Yusop



May 13, 2010

tiga puluh sembilan

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



ape bende tu kawan baik? kawan rapat? bespreng poreba? kecik-kecik dulu, beriye-iye kitorang cube membezakan kawan baik dan kawan rapat. kalau tulis biodata (eh, engkorang ade ke? tulis-tulis guna buku cantek-cantek dan pen kaler-kaler. DOB lah, POB lah) mesti ada dua baris.





kawan baik : athirah mazli

kawan rapat : estina, karmini, su ann, faten, zawie, syara





pastu, bile dah tukar kelas, makin ramai aku nak letak kat kawan rapat. syazwani, putri, farah nabilah, sarah ng, tgku nor alia (eh ade nor ke ek, aku lupa), mei chi.. haih rasa nak letak sume name je. hah, budak mgs klang sesi 95-2000 suke la tu aku sebut-sebut nama yg korang kenal ni. hehehe.





lepas tu bile dah lost kontek, jumpe balik kat facebook, dah malu-malu.





samelah macam kat skolah menengah. tapi kali ni takde tulis-tulis, tapi main declare-declare je.





kawan baik : chichi





dah takde kawan rapat sbb satu batch survivors05 kawan rapat aku. oleh kerana, ini adalah fasa skolah menengah dan asrama pulak tu, so, bond antara aku dgn survivors05 lebih kuatlah nak dibandingkan rakan-rakan childhood aku.





adekah chichi masih best fren aku? entoh le sebab dia tak pandang aku sejak ade boipreng. sobs sobs. (padahal aku yg jarang tegur dia.) tapi chie, kau sentiasa dalam minda aku. semangat kau menghidupkan aku pada hari-hari aku meneruskan sukan bola keranjang, chie.





adeh. dah rindu dah. =(





so, aku pun makin konpius, ape makne kawan rapat. lama-lama, aku pun da tak kisah. rapat ke baik ke hebat ke best ke, kawan je lah senang!





tapi semalam tiba-tiba aku telah mendapat satu definisi baru iaitu kawan yang best (tatau nak letak baik ke rapat) ialah apabila kau bersama dengan dia, kau adalah kau. ego kau telah ditundukkan dan hati kau berbunga-bunga bila dengan dia. fikiran kau kerap berfikir pasal dia walaupun kau tak telefon/chatting/jumpa dia hari-hari.





tapi yang paling penting : ego kau ditundukkan.





macam mana aku boleh dpt definisi tu? sebenarnye, ianya bukanlah betul-betul definisi tapi sebenarnye ianya cumalah gambaran apa yang aku rasa saat aku bersama dengan sorang kawan aku ni.





bukanlah aku kata kawan lain tak best atau aku cuba melebih-lebihkan dia ni, tapi bila aku dengan kawan lain, ego aku masih belum dapat ditundukkan. aku masih ada ego untuk lawan dia dari segi belajar, atau masak paling sodap, atau ego nak tunjuk smart dan tak poyo-poyo depan dia, atau ego nak tunjuk konon-konon shui quelqu'un presque parfait.





alors que, dengan mok cik ni, aku adalah sepoyo-poyo manusia yang ada di dunia. aku boleh jadi aku, aku boleh ckp pobondo yang aku nak.





walopon aku rasa, hampir semua orang yang jumpa dia akan rasa exactly apa yang aku rasa, tapi aku tak kisah. mungkin aku adalah SALAH seorang drpd mereka-mereka dan aku biasa-biasa di mata dia, tapi at least di mata aku dia bukan biasa-biasa.





tapi akhirnya, apa yang aku takutkan akan tiba tak lama lagi. iaitu, masa depan akan meragut dia daripada sisi aku.





adakah aku akan masih tetap rasa dia special atau akan pudar mengikut putaran waktu macam kes-kes lepas?





yang pasti takde sape nak itu happen. kan?





huuu. sedihnya kau dah habis belajar!





ok, aku dah nak terjerumus dalam mood sedih dan nak nangis ni.








p/s : entri-entri aku lepas ni adalah di scheduled kan sebab idea aku melimpah ruah terlalu banyak dalam satu-satu masa. jadi jgn tertipu kata aku tulis blog hari hari yer?


coming up soon -



  • Cerpen : Projek Pantri [Final]

  • Quotes

  • Sastera Qur'aniyyah

  • Journey To The Final

  • Cerpen : Langit Masih Biru

May 11, 2010

tiga puluh lapan : Projek Pantri [Part II]

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



Hari minggu adalah hari paling best bila kau dah masuk alam pekerjaan. Sama ada kau nak berehat, atau lari ke alam semulajadi.


Aku tengok sekeliling bilik aku. Pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab semalam baru dapat warning daripada mak aku yang memang terkenal dengan kegarangannya macam singa.


"Esok kau kemas bilik kau tu sikit. Apalah, dah berapa bulan balik pun tak habis-habis unpack lagi."


Aku tersengih-sengih macam kerang busuk. Bukan tak nak, ma. Tapi banyak beno barangnye! 7 tahun kot barang-barang ni terkumpul!


Aku angkat kotak yang paling kecil antara banyak-banyak kotak. Tapi sebenarnya paling berat kerana diisi penuh dengan buku-buku. Aku mula memunggah isi-isi dalam kotak itu.


Aku ni bahaya. Proses mengemas boleh jadi lambat sebab aku akan terhenti pada barang-barang yang signifikan lepas tu mula berkhayal dalam memori-memori lama. cesh.


Tiba-tiba aku terlihat satu note-pad kaler oren. Ah! Aku memegang dadaku. Rasa sebak, pilu, sayu, rindu dan gembira macam menerjah-nerjah ke dalam jiwa.



***



"Alaaa. Laju sangat lah kak Anis! Slowlah sikit. Orang nak catat ni!" Aku mengomel sambil membetulkan tudung dan mengemaskan sila.


Kak Anis senyum manis sambil menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah aku.


"Nak jadi dai'e, kena laju sikit, sayang." kata Kak Anis sambil mencubit pipi aku yang gebu. (eleh).


"Alaaa, Kak Anis. Tak macho la cenggini cubit-cubit pipi orang. Dah dah. Ayat mana tadi?" kata aku, menahan malu.


"Surah Muhammad, surah ke 47, ayat 31."


"Nak baca nak baca!" rakan serumah aku merengek. Kami ini tiba-tiba boleh jadi manja semacam.



"Sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar kami menguji hal ehwal kamu.” [47:31]



"Adik-adik, siapa pernah bercouple?" Kami terkesima dengan soalan Kak Anis. Malu pulak nak mengaku depan kakak solehah sebegitu.


Kak Anis ketawa kecil.


"Saspen kan soalan akak. Tak yah ngaku pun takpe."


Kami menarik nafas lega.


"Kadang-kadang orang bercouple, ada yang clash kan?"


Kami mengangguk-angguk. Aku pandang Niza di sebelah. Mukanya seriez saja. Aku bisik di telinganya,


"Oih, ko teringat kisah² lama ke?" tak tertahan, kami tergelak kecil.


"Lia.. Niza.. Nak dengar tak ni?" Kak Anis menegur tegas.


Kami meminta maaf dan menumpukan perhatian sepenuhnya.


"Kenapa agaknya orang tu clash? Ni siapa yang ada pengalaman bolehlah kongsi-kongsi." Kak Anis mengerling ke arah aku. Eh, aku mana ada boipren, Kak Anis!


"Saya takde pengalaman, tapi banyak tengok cerita Melayu."


"Chewah chewah kau." yang lain-lain mengusik Tihah. Padahal, memang semua sedia maklum, gadis semalu itu, mana mungkin 'mencemar duli' dengan bercouple.


"antara sebab-sebabnya, laki tu ada perempuan lain." kata Tihah sambil buat muka tak puas hati. Makin menjadi usikan kami.


"Emm, mak laki tu tak suka pompuan tu!"


"Laki tu playboy. Sangkut kat orang lain!"


"Accident!"


"Salah sorang ada penyakit! Pastu meninggal"


"Wah wah! makin tragis jadi kisah cinta ngan adik-adik ni!" usik Kak Anis. Kami gelak besar! MasyaAllah, gembiranya kami waktu itu. Indah!


"Semua-semua yang adik sebut tu, adalah badai-badai biasa yang melanda ke atas pasangan bercinta tu. Manusia takkan pernah lari dari dugaan-dugaan yang macam tu. Yang membezakan mereka dengan pasangan yang lain adalah pengakhiran mereka." terang Kak Anis.


"Pengakhiran yang macam mana tu Kak Anis?" Norin bertanya.


"Sama ada mereka berpisah atau mereka kahwin. Masa dalam keadaan getir nilah, terserlah sama ada kita benar-benar cinta atau tidak, sama ada kita boleh bertahan atau tidak." Kak Anis menghela nafas dalam. Kedengaran macam berat sekali.


"Kak Anis bawak analogi pasangan bercinta sebab Kak Anis nak adik-adik rasa memandangkan Kak Anis tahu, ada antara adik-adik punya pengalaman bercinta. Jadi, terasa sikitlah hati tu. Tapi ini tak bermakna, Kak Anis menghalalkan 'couple' tu ya, sayang."


Kami diam. Tekun mendengar.


"Macam dalam surah Muhammad tadi. Tuhan mencintai kita, dik.. Maka, memang akan ada ujian-ujian yang Tuhan turunkan kepada kita. Tuhan mahu menguji, hamba-Nya yang mana boleh bertahan dan paling beriman kepada-Nya. Kuncinya satu, dik.."


Kak Anis mengangkat telapak tangannya dan meletakkan di dadanya.


"Sabar.. Sabar menghadapi setiap musibah, kuncinya. Itu yang membezakan hamba-hambaNya."


Kak Anis berhenti. Dia membiarkan kami mencatat isi-isi penting.


"Faham tak ni?" tanya Kak Anis.


"Faham!!!" semangat kami menjawab.


Aku paling suka bila tengok Kak Anis senyum. Tenang hati aku. Kalau aku ada abang, konfem aku chop Kak Anis ni.


"Hah, ada soalan tak?" tanya Kak Anis.


"Ada! Ada!" kata aku sambil mencucuk-cucuk langit tanda mahu bercakap.


"Hah, apa dia?" tanya Kak Anis.


"Tadi, Kak Anis cerita pasal cinta tu kan, Kak Anis ada pengalaman ek? Macam kecewa je?" kata aku, petah! Kata-kata aku disambut dengan tamparan² manja dari rakan-rakan aku.


Kak Anis mencekak pinggang. Pening kepala dengan perangai kami!


Ah! Indahnya!


To be continued...

May 9, 2010

tiga puluh tujuh : Projek Pantri [Part I]

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


Aku tersedak. Terpelanting butir-butir nasi dari kunyahan aku. Perlahan-lahan aku kutipkan balik butir nasi yang bersepahan di atas meja bulat pantri pejabat aku.


Sekonyong-konyong aku teringat iklan beras Raja Farah ;


"sebutir nasi.. ibarat setitis peluh petaniii..!"


"bijak.. bijak.."


eh eh. ni dah masuk iklan Milo. Aku kumpulkan butir nasi yang ‘tercemar’ itu. Kacau daun betul. Baru nak menikmati bekal nasi lauk paprik lebihan makan malam semalam.


Tak ada adab ke?


Aku menoleh. Wanita berumur lingkungan 40-an itu baru keluar dari pantri. Bukan main kuat hentam pintu. Banyak sangat tenaga kot makcik ni. Sabar sabar. Kata aku kepada diri aku sendiri.


Berapa banyak kali nak kena sabar. Kalau nak ikutkan nafsu, nak aje aku membalas perbuatan-perbuatan jengkel orang-orang pejabat ni. Bukan tak boleh, aku ada tahi lalat kat tepi bibir tau !


Ha ? Apa kaitan ?


Orang tua-tua kata, banyak cakap. Ye, aku banyak cakap. Tapi takpe takpe. Baru seminggu mula kerja.


Daun pintu dikuak lagi. Aku tegakkan badan sambil prektis senyum depan tupperware aku sebelum menoleh. Senyum kena selalu! Walaupun kurang ikhlas, takpelah, asalkan tak menyakitkan hati orang.


Oh Rozita rupanya. Kerjanya mengangkat telefon hari-hari.


"Hello, Iltizam Engineering. May I help you?" terngiang-ngiang suara dia bila aku telefon hujung tahun yang lepas. Aku sampai konfius ni syarikat melayu ke syarikat omputeh. Sampai hari ini tak bertukar dialognya.


Muka aku sudah semanis gula. Lagi manis dari gula aku rasa. Tapi mukanya semasam-masam buah limau yang tak ranum lagi.


"Tak lunch ke Rozita?" aku cuba berbasa-basi. Budak baru kena peramah!


"Emmm.." balasnya acuh tak acuh.


Aku konfius. 'Emm..' tu maknanya apa? ya? jap lagi? tak? tak lapar? kau sibuk kenapa?

Rozita cepat mengatur langkah ke pintu lepas dia buat-buat basuh tangan. Pintu ditarik, kali ni tak sekuat makcik Siti tadi. Pintu itu terbuka sedikit. Aku tak tahu sama ada itu sengaja dibuka sikit atau tak sengaja. Telinga aku pantas menangkap ;


"Betul lah kak Siti. Bau busuk pantri kita dengan bekal makanan yg dia bawak tu!"


"Aku dah kata dah. Hish. Budak kampung manalah sesat dekat Kuala Lumpur ni!"


Aku menelan air liur. Rasa tersekat di esofagus aku. Aku pandang tupperware aku yang sudah setengah kosong. Sampai hati dia kata dinner lebihan masakan mak aku ni busuk?


Mata aku bergenang. Boleh ke aku tahan duduk kat pejabat ni?



To be continued...

May 7, 2010

tiga puluh enam : bulan

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.








“Kamu tahu, kita ibarat bulan. Bulan cantik atau tidak?”



“Cantiklah, bulan mengambang paling cantik” seorang pelajar lagi menjawab.



“Bulan cantik ya? Kenapa kamu kata bulan itu cantik?”



“Sebab cahayanya. Tiada apa yang boleh lawan ketenangan cahaya bulan di tengah kelam malam”



Basyir mengangguk diiringi senyuman. “Bulan cantik sebab cahayanya kan?”



Semua mengangguk. Benar. Cantik bulan kerana cahayanya yang menawan.



“Bagaimana bulan tanpa cahaya?”




“Buruk la. Banyak kawah. Kelabu hodoh” Seorang lagi menjawab.




Basyir ketawa kecil. Gaya pelajar itu macam tidak suka langsung dengan bulan tanpa cahaya. Ya, bulan tanpa cahaya memang hodoh.




“Cahaya bulan, datanya dari mana?” Basyir bertanya lagi.




“Matahari. Bulan memantulkan cahaya matahari” Syu’aib menjawab.




“Ya. Dan begitulah kita. Islam adalah ibarat matahari. Sumber tenaga kepada kehidupan itu sendiri. Dan kita adalah ibarat bulan.”




Semua diam. Ada yang masih tidak mampu menangkap kata-kata Basyir.




“Maksudnya Cikgu?” Fathi menggaru kepala.




“Kita ini hakikatnya buruk, dengan Islam kita bersinar unggul”




“Memantulkan cahaya Islam?” Seorang pelajar bertanya.




Basyir mengangguk. “Bila kita mengambil Islam sebagai cara hidup, membinanya di dalam jiwa kita, dan memantulkannya di dalam amalan kita, maka kita akan bercahaya”




Dan semua pelajar membuka mata dengan besar. Rasa macam benar-benar melihat cahaya yang dinyatakan itu. Rasa seperti cahaya itu sedang berada di hadapan mereka, terpancar-pancar pada peribadi Basyir.



Ya, Basyir memantulkan cahaya Islam itu di dalam kehidupannya selama ini. Di dalam pergaulannya dengan pelajar. Di dalam perawakannya sebagai guru dan sahabat. Di dalam tugasannya sebagai pendidik dan penyeru. Menyebabkan hari ini semakin ramai pelajar-pelajar tertarik dengannya.



“Justeru, kehodohan kita akan terlenyap apabila kita mampu memancarkan cahaya Islam itu sendiri”



“Maksudnya, kami semua ini, masih ada peluang untuk bercahaya?” Fathi bertanya.



Basyir tersenyum riang.



“Ya.”



- Bulan, Hilal Asyraf




May 5, 2010

tiga puluh lima : untuk aku dan aku saja

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





hati.. aku ingin bicara sedikit
mari, dekat sikit dengan aku
dengarkan bisikan ini





hati.. jangan marah
nanti kau sendiri sakit
lagi, jika marah
apa yang kau perolehi
selain benci
yang melekat pada jasad diri





hati.. jangan dengki
nanti kau sendiri busuk
tidak ada untung
hari-hari kau bakal kosong
kerana semua menjauhimu





hati.. kau cemburu?
mengapa?





"kerana dia (siapa-siapa) sayang dia (2)
tapi bukan aku"





itu saja?





"kerana dia (2) dapat lebih perhatian
tapi bukan aku"





lagi?





"........."






hati.. mana yang lebih penting?
kasih manusia
atau cinta tuhan






usah rebut-rebutkan perhatian mereka
sedangkan kau boleh merebut perhatian tuhan










hati..











"ya?"







tenang ya?









May 4, 2010

tiga puluh empat

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




suasana hening seketika. angin pun turut kaku dan diam tidak bertiup-tiup. ribuan batalion askari yang mengumpulkan segala jenis makhluk kelihatan kemas di dalam barisan. mereka tunduk pada panggilan si qiyadi untuk berhimpun. tanpa mengira manusia, jin mahupun haiwan.


si qiyadi berjalan melepasi setiap satu kumpulan jundi-jundinya. raut wajahnya tenang menyembunyikan pasangan matanya yang cermat lagi tajam memeriksa. bibirnya menguntum senyuman nipis buat jundi-jundi. si qiyadi tampak begitu ramah tapi masih boleh digerunkan sehingga dihormati baik.


langkah si qiyadi terhenti. di hadapannya kini adalah golongan yang bertubuh kecil, berbulu pelepah, mempunyai dua sayap, di kiri dan kanan, serta mempunyai dua kaki. kepalanya kecil serta berparuh. rupanya berlain-lainan. badannya bermacam-macam warna. ada yang biru, hijau, coklat, hitam, variasi!


dalam keramaian begitu, si qiyadi cepat menangkap, merasakan ada yang terkurang. masih tidak lengkap kumpulan ini. ah, si burung kecil itu! di mana dia?


"mengapa aku tidak melihat hud-hud?"


burung-burung yang lain hanya mendiamkan diri. tak seekor pun yang mengetahui alasan serta ke mana perginya si kecil hud hud yang fasih berbicara itu.


"apakah dia termasuk yang tidak hadir?"


sekali lagi kata-katanya tidak disahut bahkan sedecit pun.


"sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika ia benar-benar datang kepadaku dengan alasan yang jelas!"


sembelih? menggigillah sekalian burung-burung di situ. lekas hud hud pulang! nyawamu dalam bahaya!





to be continued...

May 3, 2010

tiga puluh tiga

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


bulan mei macam biasa dimulakan ulangtahun kelahiran aku. tapi kali ni macam terlebih sayu dan sebak. hari macam mendung-mendung.


tahun ni budak-budak setempat kasi hadiah blender 'smoothie'. thn lepas dapat kettle. (bagus bagus. menggandakan kerajinan utk tingkatkan skill di dapur.) time kasey rakan-rakan dan adik-adik.



biasanya dapat hadiah, aku gembira. aku tengok kad, buatan kawan-kawan setempat aku. diorang letak gambar aku, gambar diorang sendiri, siap dengan ucapan personal campur pantun melayu yang ditranslate ke bahasa french. (yg aku rasa takde kaitan dengan hari lahir.) aku rasa ni la kad paling cantik aku penah tgk. mungkin sbb ada joyful, rasa masam manis dan kesungguhan 4 budak yang terisolé di le havre ni. akan aku bawak kemana-mana kad ni. sampai ke anak cucu, dengan izin Allah.


dan mungkin aku sedih sbb tak dpt call dari family aku yang sekarang tgh ada di Beijing kot. dpt msg je. tapi bolehla. hari ulangtahun kelahiran bukan wajib disambut pun. huhu.


tapi aku lagi sedih, sbb peningkatan umur aku tak seiring dgn kematangan hidup. padahal, ni la ucapan yg slalu aku wish kepada org sekeliling setiap kali birthday diorang.


aku masih tak pandai gunakan masa, kerja berterabur dan kelam-kabut. aku suka hesitate dalam buat keputusan. kejap nak, kejap taknak. susah nak ada pendirian tetap. perkataan² aku still melukakan hati orang. kadang-kadang macam tak boleh nak bersabar sangat.


aku tatau macam mana aku nak jadi hamba Allah yang super dengan ketidakpandaian aku dalam mengurus hidup aku sendiri. padahal, agama islam yang lengkap lagi melengkapi, yang hebat serta mantap ni, layakkah mempunyai penganut yang 'biasa-biasa' macam aku?


sebenarnya, bila fikir-fikir tak ada apa yang boleh aku banggakan setelah 22 tahun jantung aku didenyutkan Dia. malunya dengan diri sendiri.


tapi takpe takpe. kita mesti stay positif. jomlah, sama-sama dengan aku, jadikan tahun-tahun yang bakal mendatang sebelum Tuhan memanggil kembali untuk memperbaiki diri.


selamat hari jadi yang ke 22 tahun 3 hari, fan.





haha. aku da tua. tapi yana lagi tua dari aku. :D