Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
dan waktu itu, umurku baru saja mencecah 15 tahun. kalau bukan kerana peluang bekerja ayah, aku takkan pernah jejak kaki di bumi anbiya' itu.
mama, guru sejarah, berkata sesuatu kepada aku ketika aku leka memandang luar dari tingkap van kecil. meneliti bangunan yang seperti tidak habis dibina. hari itu, kami menuju ke Alexandria. semalamnya kami ke kilang Asfour, kilang kristal. dipandu oleh seorang pelajar Malaysia dari Al-Azhar, mencari rezeki menampung isteri sambil belajar.
"di sini, tamadun manusia bermula. tapi, hari ini, ia tidak semaju mana. pernah terfikir kenapa?"
aku diam. sejarah dunia masih belum ada dalam silibus tingkatan 3. lainlah dengan mama, bagi kertas dan pen, dalam 3 minit, peta dunia sudah siap dilukis.
sepatutnya, kalau aku tidak silap caturan, aku berada dalam bulan september. tapi yang pasti hujung tahun. aku baru habis pmr.
mata aku terbuntang melihat laut Alexandria (mediteranean) yang menghijau. pertama kali, aku menatap laut hijau begitu. angin begitu kuat sehingga ombak menghempas kuat ke benteng. tak guna merakam gambar, kerana tudungku ditiup kuat. jadi comot.
walaupun, hari-hari aku menghadap susuran sungai Nil dari tingkap hotel, bandar Cairo tetap tidak dapat memikat aku sepertimana Alexandria yang bersih.
aku masih ingat suasana peniaga-peniaga yang tiba-tiba menutup gerai, lalu membentang jaket sejurus mendengar panggilan azan untuk bersolat. subhanallah.
ah, sayang waktu itu aku uzur. dan sayang, aku belum mengenal tarbiyyah ketika itu.
aku akan datang lagi, terpengaruh dengan pengembaraan farah Y menjejaki tempat bersejarah. seronok dia bercerita tentang gunung sinai, banjaran teh, dll. dulu niatku melancong, lain kali, niatku insyaAllah kerana Dia.
"Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." (Al An'am: 11)