October 22, 2010

lapan puluh lapan : jalan menuju Roma

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





dan lewat jam 830 malam, suara-suara itu berkemundang lagi dari skrin mesin informatik paling canggih abad ini. itulah dia, akhirnya, aku ke temu juga dengan 'sesuatu' yang mampu memujuk aku selepas 'merajuk' kepada 'sesuatu yang lain' yang aku sendiri tidak fahamkan apa ianya.


ça arrive. masa-masa, kau tiba-tiba menjadi emo tanpa sebab kukuh. masa untuk diri berkonflik dan berbahas dengan roh sendiri.


entah apa-apa.


kata satu suara itu tadi, manusia, yakni kita, jangan sekali-kali merasa sombong atas dosa-dosa kita.


aku minta dia ulangkan sekali lagi pernyataannya. berserta dengan penjelasan yang lebih teliti.


ulang,


kita jangan sekali-kali merasa sombong atas dosa-dosa kita. merasakan dosa-dosa kita itu terlalu besar, terlalu luas, seperti luasnya langit biru yang terbentang di atas, dan seperti luasnya lautan yang terdampar di bawah. kerana, jika kita memohon, dengan ikhlas, nescaya Allah mengampuni segalanya. keampunan Allah itu lebih-lebih lagi luas dari apa pun. jadi kita jangan sombong.


dan aku jadi sebak. begini sekali Allah mendidik aku.


astargfirullah.


kepada sahabatku di Rouen, terima kasih atas conversation malam tadi. aku memang begini, sering goyah, tapi sebenarnya, cepat sekali Allah membetuldudukkan aku. tak usah risau lagi. tapi, tolong doakan untuk aku selalu.



Ku Yakin Sampai Di Sana

singer : Rio Febrian
lyric : Indonesia's President Susilo Bambang Yudhoyono (2004-2009)



meskipun berat mesti kulakukan
kupilih jalan yang kuyakini
jangan paksakan yang tak kan mungkin
hidupku mesti lurus dan benar


seribu jalan menuju Roma
entah mana yang paling baik
ada begitu banyak pilihan
Engkau lah yang kan menentukan



t'lah kupilih jalanku sendiri
dalam prinsip kehidupanku
meski tak selalu akan indah
aku yakin sampai di sana






October 15, 2010

lapan puluh tujuh : Facebook

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.







"ça va, fan?" Lionel bertanya khabar.


aku senyum dan menjawab dengan jawapan sama setiap hari sekiranya ada yang bertanya ; "ouiii, ça va ça va, tranquille!" ça va tu kena dua kali.


keadaan jadi kekok. aku macam malu terlebih dengan dia memandangkan sejak aku ajar math tempoh hari, (sikit je ok aku tak terel pong, cuma dia lambat sikit bab kira-kira, tapi dia gempak teknikal) mamat perancis ni kalau dalam lecture hall mesti nak tegur dan berhai-hai dengan aku.


kadang-kadang duduk sebelah aku.


hah? pikir apa tu? kerusi kat sini kerusi panjang macam kat kantin sekolah rendah tu tau. so, sebelah, bukan duduk sebelah sampai bahu boleh sentuh bahu, tapi ada la aku letak beg, file, jaket/coat/manteau aku.


tiba-tiba hari ni,


"kau mesti banyak kawan kat Facebook kan?"


jeng jeng jeng. aku dah perasan dia konon-konon buat mukadimah nak add aku kat Facebook. bismillahhhh... janganlahhh jangan..


"asal kau cakap camtu lak?" tanya aku. sambil buat muka innocent.


"semalam aku tengok berita 19h45 kat M6. aparently, orang malaysia ada banyak gile kawan kat Facebook, kan! lagi banyak, dari kitorang."


DANG!


apa?? masuk berita nasional pulak tu? huhu. tak bangga ok. maluuu.


pastu aku pun tengoklah berita ulangan kat M6 Replay, 13 oktober, kejap tadi. OMG, cik kakak yang comel tu kata,



kena klik kasi besar



'orang Perancis guna lebih kurang 4 jam sehari dibandingkan dengan pengguna Facebook terbesar iaitu rakyat malaysia dengan 9 jam sehari. rakyat malaysia ada 233 kawan lebih daripada 96 kawan seorang French, secara purata.'


pffftttt!


balik cerita di lecture hall, aku pun pandang Lionel dan aku tahu, sejak saat itu, aku tau dia sikit pun tak ada niat nak mengorat.


hahahahha. apa punya conclusion daaa. jgn contohi, perkara buruk ini ya adik-adik.


p/s : bile banyak keje skola je asyik na update blog je apesal ta

October 13, 2010

lapan puluh enam : Differences

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




it's a whole new situation here, in UJF.


ada Mimouna dan Hatim dari Tunisia. ada Soufyan dari Marocco. dan ada seorang lagi yang tidak sempat ku tanya namanya, dari Turki. mereka berempat tidak habis-habis bercakap macam tidak cukup tanah. tidak kira ketika menunggu lecture bermula, atau ketika lecture sedang berjalan ataupun selepas lecture habis. setiap hari.


berbual, berbincang, sekejap-sekejap aku terdengar perkataan 'Riyadhus Soliheen', sekejap aku terdengar 'Hadith Bukhori' takpun 'non, non c'est pas sohih!' tapi yang paling kerap, 'wallahi.. wallahi!'


(aku rasa wallahi = je te jure, demi Allah. kalau salah bole betulkan.)


baru tadi, (kelas aku cancel professor tak datang mungkin sbb keretapi takde sedang mogok sekarang ini), ketika menunggu, mereka rancak 'mengkritik' generasi-generasi tua yang di jalanan, duduk saja di kedai kopi, dan memandang orang yang lalu-lalang.


"ils font rien!"


"je m'en fous tant qu'ils me laissent tranquille!"


kemudian topik berubah kepada professor kami yang tidak kunjung tiba. ada yang assume professor perempuan kami itu tidak datang kerana grève. tiba-tiba,


"tu la siapa suruh dia datang mengajar. dia tu mengandung, tau! patutnye duduk kat rumah je."


disupport pula oleh seorang yang lain,


"ha'ah, tu la."


aku pandang mimouna, mimouna pandang aku. pergh tak puas hati.


"apasal pulak, sukati ler dia nak datang kerja. takkan nak duduk cenggitu je!" kata mimouna.


aku support,


"entahnya. takkan tak bergerak, tak buat apa-apa. nnt baby tu lahir, mou je. pasif."


"kau orang berdua ingat, mengandung tu senang ke?" sampuk Hatim sambil tangannya dan badannya meniru aksi ibu mengandung. haha. (patut rakam, serious kelakar.)


"takde, takde. nanti bini aku mengandung, aku suruh dia stop semua kerja. duduk diam-diam."


aku dan mimouna tercegil biji mata.


aku balas,


"en tout cas, pas moi!" (apa-apa pun, bukan aku!)


mimouna pandang aku dan hulur tangan untuk berjabat tanda dia setuju dengan aku.


haha. inilah ragamnya bila sesama islam yang berbilang rupa dan bangsa excited semacam untuk saling mengexplore 'budaya' islam.


dan akhirnya, aku malas nak tunggu lama-lama. professor lambat sejam! mari mari balik rumah.

October 12, 2010

lapan puluh lima : tercengkam

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




begitu indahnya ciptaan Tuhan apabila Dia mencipta makhluk bernama manusia. yakni, mencipta Adam sebagai manusia pertama. kehebatan Allah, selayaknya, Sang Pencipta tidak akan mampu ditandingi atau disekutukan dengan apa saja.


dan tentu Allah Maha Pemurah yang menyertakan sekali, akal kepada manusia. hingga manusia hari ini, boleh menyimpan kenangan di sudut hatinya. hanya dengan sedikit refleks, anggota badan patuh membuka lipatan-lipatan memori yang tersimpan.


masyaAllah. Maha Suci Allah.


tapi life is not full of roses. apabila kelebihan manusia, pastilah datangnya kekhilafannya pula.


tidak! bukan salah Sang Pencipta, bukan kerana Dia lemah lalu kita ini ada kekurangan. tapi hikmahnya supaya manusia-Nya tidak malas, malah berusaha dan tawakal serta bergantung kepada-Nya.


memori atau kenangan tidak selalunya indah belaka. walau apa pun berlaku, ia sudah termaktub dalam kitab-kitab amalan dan di pengetahuan Tuhan. no matter how bad it was, kita mesti belajar teruskan hidup dengan kepahitan sesuatu kenangan itu.


aku, seorang insan, hamba yang hina lagi dina, sekejap aku kebal dari kegelapan masa silam aku, sekejap aku longlai digugah kegelapan masa silam.


astargfirullah, semoga aku tidak termasuk di dalam golongan yang tidak tahu bersyukur atau bersangka buruk kepada Tuhan.


tapi hanya satu yang ingin aku kongsikan, belajarlah menerima. belajarlah dengan panduan kata-kata cinta dari Allah, iaitu, Al-Quran. belajarlah dari tinggalan jejak Rasulullah s.a.w.


bagaimana Allah menceritakan tentang Nabi Musa yang pertuturannya kurang lancar itu, diperintahkan-Nya untuk menghadap seorang pemimpin sesat yang sangat gah waktu itu, Firaun.


Nabi Musa dengan kisah silamnya, membunuh seorang pemuda (kaum Firaun) di kota Memphis demi menolong pemuda kaumnya (bani Israel). -rujuk surah al-qasas, 28 :15


atau kisah khalifah agung Saidina Umar yang mengambus anak perempuannya hidup-hidup. sikit pun tidak ada belas kasihan padahal anak perempuannya itu menyapu-nyapu debu dari janggut ayahnya ketika hampir penuh ditanam.


dan mereka ini, orang yang hebat! tapi pernah mengorbankan nyawa seorang manusia yang lain!


dan sikit-sikit aku terpujuk. terpujuk tapi tidak bermakna aku tidak menyesal. setinggi Burj Dubai aku longgokkan sesalan aku.


astargfirullah.. semoga sentiasa diampuni Tuhan.

October 9, 2010

lapan puluh empat

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





Allah, pemilik setiap degupan jantungku
setiap denyutan nadiku
setiap sedutan nafasku


ampunkan dosaku
kuatkan aku
jika aku terlalu meminta
dan kekadang mengingin
agar dunia jadi lebih mudah


seperti mengharap
hanya adanya hitam atau putih
hanya adanya ya atau tidak
hanya adanya betul atau salah


agar semuanya jelas
tidak ada yang berselindung
tidak ada yang perlu disimpul lelah


dan agar rinduku ini pasti.


Cours Berriat
10th oct '10 ; 03h35





















October 7, 2010

lapan puluh tiga

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.













RE.CHAU.F.FE
REncontre CHAleUreuse des Filles en FrancE



Chichilliene, 27th - 30th Octobre 2010


venez nombreuse!


contactez MLLE ANIS @ rna6989@gmail.com
pour plus d'informations!

October 3, 2010

lapan puluh dua

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.








do not give up. whatever you do, keep. on. trying. you get knocked down, you get up again. you get knocked down, you get up again.


let's define ourselves, not to let other people define ourselves.









(>.<)


October 2, 2010

lapan puluh satu : misi pendakian tidak semudah 1 + 1.

Assalammualaikum w.b.t





Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.







aku baru percaya dengan cakap-cakap orang bahawa hidup ini ada give and take. segala benda di dunia ada compensationnya. tidak ada yang percuma.





aku tidak tahu berapa ramai pembaca di sini yang faham bila aku katakan tentang tujuh langkah mendaki sebuah tangga keramat. tangga keramat yang membawa kita ke satu kejayaan gilang-gemilang.







tangga keramat ini semakin disebut. tapi berapa ramai yang tahu, mendaki tangga keramat itu penuh dengan cabaran. bukan dengan suka hati kita boleh melangkah setiap step. aku, yang masih baru dalam pendakian ini, setiap hari menjadi gerun. melihat orang-orang yang sama-sama mendaki atau telah lama mendaki, tiba-tiba jatuh tergolek.





apa kau tak pernah melihat orang jatuh tangga? ngeri kan?





begitulah aku saat ini. aku gerun. takut. sakit. pilu. bila melihat satu demi satu orang di hadapan, seiring dan di belakang, ada yang jatuh. ada yang pada satu-satu waktu, macam kaku. tidak mahu bergerak.





dan aku sendiri pernah kaku. tidak mahu bergerak. tapi tidak pula mahu membiarkan diri aku jatuh bergolek. alhamdulillah, alhamdulillah... syukur pada tuhan, yang mengurniakan peluang kedua kepada aku.





apalah yang agaknya aku karutkan ini?





sesungguhnya, Allah lah yang memegang hati-hati kita. satu hari, kita rasa kita kuat. satu hari, kita rasa kitalah manusia paling malang. satu hari, kita rasa kita cinta dan sayang. satu hari, kita rasa kita benci dan dendam.





kebelakangan ini, semasa aku mendaki, tiba-tiba aku melihat, orang-orang yang turut berada dalam misi pendakian ini berlari laju menaiki satu lagi step tangga keramat itu. sekali gus.





ya. aku gembira. pastilah gembira melihat, akhirnya, enfin, mereka maju setapak dari aku. aku melihat mereka dari jauh, melihat senyuman bahagia, berpimpin tangan dengan si peneman hidup, mendirikan lembayung atas nama D&T.





aku mengagumi mereka. mencemburui kebahagiaan yang aku lihat begitu sparkling. sampai aku merasai tempiasnya.





tapi akhirnya, sikit demi sikit, imej sempurna itu terhakis dengan sendiri. tiba-tiba aku melihat mereka bermain di bucu tangga. sepertinya, hanya seinci saja lagi, mereka bakal terjatuh!





adakah kerana sudah terlalu ramai di sana sampai kamu tertolak-tolak nyaris tergolek? atau adakah kerana kamu sudah begitu asyik merangka masa depan yang indah-indah bersama si dia di dalam duniamu sendiri?





takut. aku sangat takut. tangga di atas itu rupanya menggerunkan. macam menempah maut pula ke sana.





dan terima kasih. kerana kamu telah membuat aku macam ingin duduk di sini selama-lamanya. di step pertama ini.






aku masih di sini.





aku juga mahu ke sana. takkan selama-lamanya aku di sini? tapi, bagaimana aku hendak melangkah ke sana, kalau banyaknya orang di sana yang dengan mudah terjatuh?





dan aku masih di sini.





aku masih memerlukan kawan-kawan seperjuangan untuk berkerja bersama. cukuplah, sekali, dua kali, tiga kali, kecewa hati aku apabila genggaman tanganku pada mereka yang tersayang ditolak.





cukuplah. cukup. cukup..





aku sudah tidak sanggup menerima 'kemalangan' tangga keramat ini lagi.





tolong. cukup. hentikan semua ini.





tanggungjawab yang kita pikul ini terlalu besar. semakin lama, semakin payah. dan aku tidak mahu berseorangan. kerana aku memerlukan kamu. aku memerlukan bantuan. aku tidak mampu bersedikit begini. tolong. tolong jangan zalimi kami.







dan aku katakan ini : aku merayu. jangan. pergi.











October 1, 2010

lapan puluh : please be strong.

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



pada satu waktu ini, rujuk sini, selama setahun itu, kuasa cermin mata aku semakin melonjak. kesempitan masa tapi sebenarnya kerana prosedur yang leceh untuk bikin spec di France ni, menyebabkan aku duduk begitu saja tanpa ada usaha untuk upgrade spec aku.


hasilnya, sepanjang masa aku di Le Havre dahulu, aku akan merebut tempat paling depan dalam Amphi mahupun bilik darjah sebab mata aku yang kabur.


pedulikan mereka yang memandang aku sebagai budak skema daripada aku mengenyit-ngenyit mata untuk membaca tulisan di hadapan. dan biasanya, aku tidak berseorangan. aku pasti ditemani dua orang lagi, Banker dan Hans. berasal dari Gabon. dan itu, 2 orang Gabonian dan seorang Malaysian, total of foreigners dalam batch GC sesi 2008/2009. yang lain-lain ialah French. French sejati.




satu hari, rang ketiga (rang pertama dan kedua biasanya kosong) itu hanya ada aku dan Hans. di mana Banker?


"Banker, il vient pas aujourd'hui?" Banker, tak datang hari ni? tanya aku pada Hans.


Hans menggeleng dan berkata, "Non, il vient pas au cours jusqu'à la semaine prochaine. il est parti au Gabon."


aku terkejut. Banker tidak dapat hadir hingga minggu depan kerana Banker pulang ke Gabon. aku bertanya lagi dengan nada masih terkejut, "il est parti au Gabon?? pourquoi?"


"parce que son père est décédé, y a deux jours."


ayah Banker meninggal dunia dua hari yang lalu. aku kira, semalam aku baru saja berselisih bahu dengannya waktu dalam perjalanan pulang ke rumah. Banker dan basikalnya memotong aku dan kami berbual biasa. malah, sekejap-sekejap, dia mengusik aku. seperti perangainya selalu.


"il n'a pas l'air troublé ou triste, hier." dia tidak nampak troubled atau sedih semalam. kata aku.


Hans memandang aku dan berkata separuh berbisik kerana professor sudah berjalan masuk;


"bah alors, parce que, tout le monde va mourir, fan. est ce que la tristesse peut faire renaître son père? non. donc, il accepte."


katanya, semua orang akan menemui ajal. dan kesedihan tidak dapat pun menghidupkan semula ayahnya. tidak dapat tidak, Banker menerimanya.


"il est fort." dia kuat, kata aku.


Hans mengangguk kecil. "Oui." jawabnya.



***

Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan (ajal) yang telah ditentukan waktunya. [‘Ali Imran 3:145]


terima kasih Kak Fizah dan Haziq untuk berita pemergian abah Hisham malam tadi.


dan entri ini untuk Hisham. aku tidak sangka, perbualan aku dan kau tentang abah kau sehari sebelum, disusuli dengan berita yang memilukan. keesokannya. (malam tadi)


salam takziah. semoga kita kuat selalu. mohon dijaga Allah sentiasa. doalah, kawan. doa dengan banyak. kerana itu saja antara tiga amalan yang bakal menjadi peneman abahmu di sana.




amin.