Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
it's been so long.
dan takdir Tuhan menentukan segala-galanya.
ke mana jua arah hidupmu?
sekalipun pada satu-satu masa, kau menjawab tegas dengan pilihan hatimu, kau masih tetap belum tahu akan kesudahannya.
manusia merancang, Tuhan lah yang menentukan.
hidup umpama roda, sekejap kau di bawah, sekejap kau di atas.
gila. kata-kata yang sering diucap sejak azali hanya dipandang enteng padahal sejauh mana kau merasai kebenarannya? sejauh mana kau mengalaminya?
sehingga nafas berhenti, kita tidak akan pernah berhenti mencari diri sendiri.
kerana manusia yang Tuhan ciptakan bukan sejenis makhluk ringkas yang dengan mudah disimpulkan hakikat penciptaannya. ada perkara tentang manusia yang tidak akan mampu kita fahami. seperti mana kita sendiri terkadang hilang dalam mengarifi keinginan diri.
kerana Tuhan Maha Besar, dengan zat-Nya. ada rahsia milik Tuhan yang tidak perlu kita pertikaikan.
bukankah sifat Sang Pencipta terlahir menerusi penciptaannya?
for all these, it was indeed a sweet memories. yang terlalu mententeramkan jiwa setiap kali ia melewati pemikiran aku. sangat manis sehingga mampu memadamkan rasa kekecewaanku setelah engkau aku khianati tanpa sedar.
dan di sebalik setiap senyumanku untuk setiap kamu, moga tercapai oleh hatimu rasa terima kasihku yang tak terhingga.