Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Kecil-kecil sebelum kewujudan astro, aku selalu berebut peti televisyen bersama abang aku setiap sabtu malam gara-gara tayangan drama Melayu di TV3.
tapi lama-kelamaan, aku hanya memilih cerita-cerita melayu dengan mesej tertentu, bergantung kepada mood.
satu perkara yang aku pasti, setiap kali aku menonton drama melayu bertemakan agama atau pengorbanan atau apa-apa selain tentang cinta seorang perempuan dan seorang lelaki, di hujung-hujungnya pasti akan ada satu perasaan kesal yang besar.
aku kesal dengan penerimaan. bukan penyampaian.
aku beri satu contoh yang tipikal.
ada satu drama mengisahkan seorang wanita jelita yang sedang berada di kemuncak kerjaya modelingnya. clichenya, wanita ini melupakan kampung halamannya. melupakan agamanya. penghujungnya? wanita ini akan melalui pengalaman hidup yang turun naik dan akhirnya dia kembali ke pangkal jalan. di penamat cerita, kita semua akan mengetahui punca kemudaratan hidupnya adalah tekanan yang dialaminya ketika kecil, diejek, dibuli dan disisih atas kegemukannya.
kita, penonton Melayu, mengangguk-angguk dan menepuk-nepuk tangan, 'bagus cerita ni. besar pengajarannya.'
pengajaran apa yang kau terima?
pengajaran tentang betapa payah pun hidup, pastikan kau tetap memegang agama sebagai tunjang?
atau pengajaran tentang untuk mencintai diri dan menguatkan diri walau apa jua rintangan yang kau hadapi?
ya, aku sikit pun tidak menolak atau menafikan penerimaan sebegitu.
tapi aku kesal kerana hanya itu yang kita lihat dan kita terlupa pada sesuatu. bagaimana dengan 'scene kecil' ketika heroin dibuli, diejek ketika kecil?
pada aku peribadinya, itu juga pengajaran yang sepatutnya ditekankan penerimaan dalam minda-minda kita. kita acapkali disuapkan pengajaran ulangan, terlalu selesa dengan kedudukan kita sebagai 'penonton', melihat dari luar kotak televisyen. kita sering diajar untuk menjadi manusia yang kuat dan tabah.
kau fikir ia remeh?
tahukah, sekiranya kita memandang berat adegan buli-bulian, ejek-ejekan itu, berapa ribu manusia yang akan membaiki diri supaya sedikit pun kata-katanya tidak akan mengguris perasaan orang lain? berapa ramai ibu-bapa yang akan mengawasi dan mendidik anak-anak agar tidak sewenang-wenangnya melemparkan kutukan kepada kanak-kanak lain?
kau masih fikir ia remeh?
kau masih kata itu bukan pengajaran penting? kita berbicara tentang pelaburan masa panjang. membaiki sesuatu dari punca masalah dan bukan hanya menutupinya di permukaan. kemudian, berulang lagi.
kalau ia masih remeh, sampai bila-bila pun, dunia akan tetap kejam, tidak berubah. kerana kita, masing-masing sedang sibuk menguatkan diri, tidak fikir tentang orang lain, yang penting, kita tabah. dalam dunia kita sendiri.
c'est ça.