Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
pagi ini, macam biasa, aku tune kepada Mix.fm buat menemani aku mengemas rumah secara besar-besaran. dalam banyak-banyak pilihan radio yang ada dalam Astro, Mix.fm saja yang semenggah sikit sebab campur lagu lama dan lagu baru. aku rasa, jiran-jiran aku mesti pandang serong dengar lagu-lagu omputeh pulak yang berkumandang setiap pagi sejak hari pertama puasa.
itulahhh, masa time tak puasa dulu, hari-hari kalau tak keluar bawak kereta melepak, duduk rumah tengok tv main komputer. kerja-kerja asas je yang buat macam basuh baju, sidai baju, pastikan air dalam peti sejuk tak habis, buang sampah, bagi makan kucing, cuci pasir kucing.
oleh sebab dah Ramadhan, kegusaran aku meningkat secara mendadak sebab aku tau berat badan boleh naik dengan mengejut sebab sahur makan nasik, buka pun makan nasik. padahal, selalunya, aku makan nasik tengahari lewat sikit, malam tak makan nasik. memanglah aku boleh je sahur and tak buka ngan nasik, tapi sanggup pulak kau tengok riak kecewa dekat muka mak ngan ayah kau sebab tak join diorang makan nasik? jadi, dengan semangat yang tinggi, aku beriya-iya kemas rumah.
setiap hari satu bilik aku kemas. kemas kaw-kaw punya. bilik aku, susun atur perabot dah berubah. lebam kaki aku sebab meja jatuh hempap tapak kaki aku. haha. terbaik. lap habuk ya Allah macam ape je. lap kipas, penat kepala aku mendongak. sapu sampah, sekarang baru terjawab persoalan aku kecik-kecik kenapa mak aku suka pakai penyapu lidi padahal teknologi dah kasik vakum. lepas tu, hadiah-hadiah mak aku sempena hari guru lah, kursus lah, tukar sekolah lah, ada lagi yang tak bukak. aku pulak yang bukak kan. bagus jugak, tak pasal-pasal ada satu set cawan 6 bijik. boleh guna. haha. pengajarannya, lain kali aku nak kasik hadiah (atau korang nak kasik hadiah birthday aku ke, kahwin ke kan kan kan), kasik lah benda yang boleh guna and bukan decoration. hahaha. demand.
tau tak, sebenarnya aku nak cite benda lain. sekali tercite pasal aku kemas rumah pulak. hahaha. nak sambung ke tak cite asal aku ke dah panjang sangat? ah, ada aku kisah? aku nak cite jugak.
pagi ni, masa aku tengah tukar starter and lampu kalimantang yang hidup segan mati tak mahu, terkiyal-kiyal aku tarik starter sebab starter tu terbakar and melt sampai melekat kat soket. berpeluh-peluh aku sbb kipas tak bukak. nak putus kepala ke, berdiri kat tangga tukar lampu, kipas berputar laju sikit je lagi nak kena kepala. haha. gila. so, nak dicitekan, tengah panas-panas, tangan aku dah pedih tarik-tarik starter, tiba-tiba aku gelak terbahak-bahak dengar Mix.fm. breakfast show dia tengah mintak pemanggil nyatakan 3 ciri-ciri yang diorang nak pada pasangan.
ada sorang minah ni cakap, ciri-ciri yang dia nak dari prioriti ketiga hingga pertama :
3. he must be a family man.
2. he must be an open minded man coz i'm not that conventional
1. mesti ada kejantanan yang menyerlah
i was laughing sampai nak terjatuh tangga sebab tiba-tiba criteria yang pertama tu, she said it in malay. lepas tu deejay tu suruh explain. dia cakap,
"this is very important, ok! what the fecckkk. i dont want any man besides me who cares more about how his facial looks like, wearing all those cosmetics like whatttt..?? i prefer one who'll bring me to hiking or anything 'man'ly! but still, if he does man things but he is the cosmetics type, it's a no, a big no!!"
dalam sedikit masa lagi, kalau perempuan tu bercakap lebih panjang lagi, aku dengar dia macam dah nak histeria. hahahaha.
seriously, man.
the other day, aku pegi temankan sorang member belikan hadiah untuk abang dia. we went to Quicksilver outlet kat Alamanda. mula-mula, macam dull sikit sebab tukang jual dia laki, so kitorang macam cakap-cakap antara kitorang je. haha kesian kau, boy, kena ignore ngan kitorang. lepas tu, ada minah ni take over. ohhh, we had so much fun dengan minah ni. mulut dia boleh tahan. masa tu, kawan aku belek-belek hoodie tapi tengah blur nak kasi saiz apa. japgi salesgirl ni tanya,
"your brother, normal ke? atau fashion-fashion sikit?"
aku pandang pelik. member aku pun. "normal la kot... but what do you mean?"
"ye laa, sekarang ni bukan u girls tak tau, lelaki nak cari baju, nak kecik-kecik, nak fit-fit. perempuan, terbalik pulak, nak cari baju besar-besar, longgar-longgar!"
hahahaha. ketawa macam nak runtuh lah Quicksilver tu dengan ketawa kitorang bertiga kat hujung outlet. last-last kitorang beli wallet je, senang cite. (tapi mahal yo. ada aku kisah? bukan aku yang beli pun. hehe.)
so itulah citenye. motif cite? entahhh. yang penting aku dah berjaya keluarkan starter lama, tukar starter baru, tukar lampu, tapi tak nyala jugak. tensyen aku. ada lagi 2 lampu aku nak buat. tapi aku macam nak suruh abang atau ayah aku buat sebab tinggi sangat, tak tercapai aku.
oleh sebab dah nak seminggu keta aku (ohh aku dapat balik keta sbb kakak aku da dapat keta dia) tak start enjin, ari ni, ayah aku suruh bawak, takut rosak. lusa aku nak balik kampung. sape yg nak bawak keta tu? so, aku nak pergi beli-belah, beli CD Devotees yang baru, katanya da ada kat pasaran. ari tu aku tanya, takdak pun lagik. takpela aku cuba nasib.
hah, seronok jugak cite pasal kehidupan aku yang picisan ni. patutlah banyak blog cite pasal kehidupan dia yang 'ada aku kisah?' memang best pun. bestlah. untuk someone yang duduk umah sensorang manjang takde adik-adik sbg teman berbual. muahahaha.
ok chow cincauuu.