September 30, 2011

tabiat kita.

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





hatiku sudah sekian lama terdetik sejak tahun pertama aku mengkhususkan pengajian ku dalam kejuruteraan awam di sini. boleh saja orang mengerut dahi atau memberi reaksi hairan tatkala aku mengatakan aku ialah seorang pelajar jurusan tersebut.


tahu sajalah, kejuruteraan awam, namanya memang tidak segah mana dibandingkan sekiranya aku adalah pelajar jurusan kejuruteraan aeronatik (erhhh?) haha. padahal, universiti tempatan pun mampu menawarkan jurusanku.


apa boleh buat, antara harapan ayah dan mama dan minat, aku pilih kedua-duanya! maka aku lepaskan tawaran UTP lalu terbang ke negara sekular nombor satu ini.


kalaulah kamu tahu, negara Perancis ketika ini sedang pesat mendidik rakyat-rakyatnya menjadi penghuni bumi yang begitu baik.


sedikit perkongsian daripada subjek yang ku pelajari : industri pembangunan infrastruktur sebenarnya adalah pengguna tenaga paling besar dibandingkan dengan sektor² lain. apabila kita menyebut tentang pengguna terbesar maka pastilah ada bahan buangan excessive. (konsumasi tenaga lebih kurang 43%)


di bawah erti kata lain, pembangunan boleh kita selarikan sekaligus dengan pembinaan. maka, aku sepatutnya tidak perlu hairan apabila dalam setiap subjek yang aku ambil, pasti teknologi yang disyorkan ada unsur-unsur environmental friendly.


hanya untuk menyebut beberapa contoh, sistem pengudaraan bangunan yang mengoptimumkan penggunaan udara semulajadi dan memastikan kualiti udara bersih, projek photovoltaic yang menghasilkan elektrik daripada matahari, sistem insulasi bangunan bagi memanfaatkan kewujudan proses konveksi dan konduksi haba dalam udara sekaligus mengawal suhu bilik tanpa mengira musim untuk mengurangkan pergantungan kepada heater.


belum lagi aku ceritakan tentang perjanjian Kyoto atau penggubalan peraturan thermique yang menggariskan panduan membina bangunan energi positif dll.


aku tahu pasti di tahap ini, ada yang sudah berasa boring dengan topik yang cuba aku utarakan ini. tapi kawan-kawan, jangan hanya kita pandangkan sesuatu perkara melalui satu cabang sahaja.


percaya kataku, hari ini kerajaan Perancis sedang berusaha secara total di seluruh negeri, beransur-ansur untuk projek renovasi bangunan awam seperti sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan lain-lain. renovasi apa? renovasi bangunan supaya setiap tempat menyediakan laluan mudah untuk orang-orang kurang upaya. memandangkan sebelum ini, segregasi telah berlaku bila mana laluan untuk golongan ini, Personne à Mobilité Reduite (PMR) selalunya di belakang atau di tepi bangunan dan bukan di tempat pintu masuk utama.


aku jadi kagum sendiri. lihat di mana prioriti dan prihatin mereka? bagaimana dengan acuan mentaliti kita? siapa yang dibesarkan dengan nilai Islam? siapa yang tidak? bagaimana kelakuan dan kefahaman boleh jadi tidak selari malah bersilang sana-sini?


maka kata-kata Syed Qutb sesungguhnya bukan omong-omong kosong ;


"Aku pergi ke Barat dan aku melihat Islam tanpa Muslim. Aku pergi ke Timur,dan aku melihat Muslim tanpa Islam."


kepulangan aku ke tanah tumpah darah selama 5 bulan sebenarnya telah menggoyahkan semangatku. lebih-lebih lagi ketika melalui kawasan pembinaan ataupun melihat pembinaan rumah persendirian di kampungku sendiri. sungguh menggusarkan. aku merasakan pembelajaranku selama 7 tahun di sini seolah-olah hampir mustahil untuk aku aplikasikan di tanah airku. apakah semua ini sia-sia?


opss. biar aku olah semula pertanyaan benakku supaya lebih positif :


apakah aku bisa menjadi seorang pencorak dan tukang revolusi kelak di masa hadapan dalam bidangku?


hahaha. amboih. cita-citaku kelihatan begitu tinggi. tapi aku juga punya cita-cita lain yang lebih normal. :)


renung-renungkan.




September 27, 2011

OMG?

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



sekarang jam 12:53 pm. waktu tengahari. oleh kerana hari ini aku sudah terbangun awal pagi sebelum Subuh, maka aku punya masa yang banyak. antaranya untuk sarapan pagi yang sedikit berat. kesannya, waktu tengahari aku tidak lapar. setidak-tidaknya, aku boleh mengisi lunch break ku menelaah pelajaran di perpustakaan.


kelas ku bermula semula jam 1:30 petang. aku baru sahaja selesai membaca beberapa entri blog ku pada awal² aku membuka ruangan ini. semuanya berpunca dari engin carian Google. lain yang ku cari, lain yang keluar. keluar blog sendiri pulak.


aku terkagum sebentar. bukan riak. tapi aku terkagum bagaimana aku begitu independant mengharungi hidup ketika di Le Havre dan bagaimana aku begitu bersemangat dalam segala hal yang aku lakukan ketika itu. aku bandingkan dengan entri² terbaru aku. wah, sungguh pesimis, longlai dan merapu!


what had actually happened? i want my old me back.


astarghfirullah.


insyaAllah, lepas ini, akan aku sinari entri² ku dengan semangat positif. topik yang lebih baik dan bermanfaat. aku akan cuba mengganda kekerapan berkongsi. aku akan kembali membaca dengan lebih banyak. dengan bantuan Tuhan.


yes. that's the spirit!


ahhhh! tiba-tiba aku sungguh bersemangat! hehe.

September 20, 2011

ralat.

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



aku tidak puas hati kerana kerja aku sudah bertimbun. semuanya gara-gara penyelarasan kursus universiti sesi 2011/2012. daripada cakap-cakap senior aku di tahap Master 2, aku simpulkan pengurusan semester Master 1 kali ini lebih padat daripada tahun-tahun sebelumnya.


jam sudah menunjukkan jam 2:36 pagi. tilamku yang bercadar baru memanggil-manggil tapi aku gagahkan juga menyengkang mataku. ditemani streaming live radio Hot.Fm.


pagi ini, deejay radio membuka talian kepada rakyat Malaysia untuk meluah perasaan yang tidak kesampaian terhadap majikan/bos masing-masing.


aku terkedu mendengar hampir semua memburuk-burukkan majikan mereka. itu sebenarnya memang lumrah dalam bidang kerjaya. tapi entah kenapa aku merasa janggal. mungkin lebih elok sekiranya setiap perkara dibawa berbincang dengan baik-baik sekali.


tapi ah! aku cakap memang lebat. walhal baru berapa bulan menjalani latihan praktikal di Malaysia pun aku telah dengan pantasnya mempelajari tabiat sebegitu. bercakap belakang.


rupa-rupanya mencari keberanian untuk bersuara itu adalah sesuatu yang benar-benar sukar dan berat.


Astarghfirullahalazim. aku perlu memohon maaf selagi sempat.



September 15, 2011

kota seri dipenuhi emas sedang sunyi.

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





ungkapan satu baris itu sudah mampu meluluhkan hati. walaupun datangnya bukan dari mulut si pengungkap itu sendiri tapi dipanjangkan kepada aku secara rahsia melalui seseorang lewat pagi ini.


aku suka memanggil diriku sebagai seorang yang kacak, hensem dan sebagainya walaupun sifat-sifat demikian jelas layak digunapakai untuk seorang lelaki. tentu saja ia bersebab. ketahuilah bagi sesiapa yang tidak mengetahui, hakikatnya aku adalah seorang yang mudah berputus asa, melangkah ke belakang dan keyakinan diri aku adalah di bawah takat didih beku untuk perkara-perkara tertentu.


jangan tertipu dengan penampilanku.


maka sengaja aku menguliti diri dengan perkataan-perkataan gagah dan perkasa sebegitu. semata-mata untuk satu mainan psikologi. demi kebaikan aku sendiri.


minggu pertama aku adalah minggu kedua untuk mahasiswa kursusku yang lain. walaupun hanya 3 hari ketinggalan, nampaknya telah begitu banyak informasi penting dan urgensi telah diumumkan menyebabkan minggu pertama aku tunggang-langgang, berserabut, tertekan dan terkiyal-kiyal. lagi pula, aku bergelut dengan urusan perpindahan, pendaftaran identiti pendatang Perancis, pendaftaran pelajar, penukaran alamat dan permohonan bantuan bayaran rumah dalam masa yang sama.


dalam keadaan ini, aku memerlukan orang sekelilingku untuk menjadi setenang mungkin dan setabah habis supaya aku tidak lemah atau sedih. aku perlu kamu menjadi kuat untuk aku.


permulaan sememangnya adalah satu perkara yang sedikit sukar. tapi aku sentiasa ingat, fa inna ma'al 'usri yusra, inna ma'al 'usri yusra. tuhan mengulanginya dua kali untuk meyakini kita bahawa di setiap kesusahan ada kesenangannya.


2 tahun akan berlalu pantas, aku pasti. dan aku pasti aku akan merindui tempat ini dalam masa beberapa tahun ketika aku sudah pulang untuk bersama dengan kamu.


untuk dia, aku juga rindu. tangisan pagi syawalku untukmu adalah benar dan tidak ada yang lebih benar dari itu. buat pertama kalinya.



September 5, 2011

Jiwa.

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





Mendungku.
by Takaharasuiko



berlari menusuk hutan
redahi si halimunan
dibaling paku, setajam saat silam


berduri jalan itu
tetapi tegar lalu
beranak luka, kudung manapun ia


melaung dari jauh
bentangkan jalanmu
kan ku serbu
tuk hembus mendungmu
hembus mendungku


ditanam putihnya mawar
diselitkan harumannya
tertatap waktu, bentar manapun ia


menatap reputan tapak
benihan girang didakap
seerat layunya pahit gering


melaung dari jauh
bentangkan jalanmu
kan ku serbu
tuk hembus mendungmu
hembus mendungku