December 23, 2011

tempat asing tapi ajaib

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



Photobucket



salji menimpa memutihkan bumi
kadang-kadang jatuh di hujung hidungku
jari kecil cepat menyapu
dingin sekali buat aku tersenyum


salji, jujurnya
musim khatulistiwa telah sebati denganku
buat keMelayuanku tak pernah menggemarimu
tapi engkau tetap turun
menuruti tabiat laluan hidupmu


tahukahmu butir kecil
hatiku sering merindu
merindu pada segala yang hilang
merindu pada semua yang tiada
merindu pada yang masih belum ku temui
dan hadirmu selalu menggandakan rasa itu dalam jiwa
buat aku selalu hilang di angkasa


tapi kali ini, salji
dirimu kelihatan ajaib sekali


mungkin saja kerana kita bertemu di tempat ajaib ini
mungkin saja kerana gadis manis berbangsa cina itu
yang beradu di sisiku
yang kemudian pada bangun paginya berkata padaku, 'hari ini saya pakai tudung'
lalu hatiku menangis diam-diam
segala kudrat aku kumpulkan untuk aku zahirkan senyuman
lalu mengangguk setuju


ajaib, butir kecil, ajaib
kerana tatkala ini engkau telah membuat aku benar-benar... kedu.


petang musim dingin
21 disember '11

dewan besar Chaise Dieu

December 12, 2011

Yu ( 鱼)

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





Pagi itu tidak cerah. kelam. malah dingin sekali. rumput-rumput di tepi jalanan pun telah berais. tengahari nanti, bila matahari muncul, cairlah ia. fikirku.


di stesen Gabriel Fauré, aku turun dari tram B yang disesaki manusia-manusia yang masing-masing seperti aku, dalam perjalanan menuntut ilmu. aku melihat jam di pergelangan tangan kiriku : 754 pagi. 6 minit lagi sebelum kelas bermula. seperti selalunya, aku menyusun langkah dengan pantas, menelusuri jalan menuju bangunan UFR Mécanique.


aku memperlahankan suara dari pemain mp3 ketika aku semakin menghampiri bangunan universiti. di hadapan pintu masuk, aku terlihat kelibat seorang lelaki cina, berkaca mata, tegak berdiri dengan lurus, melihat kiri dan kenan seperti menunggu seseorang. aku mengenalinya. namanya Liang, sama-sama dengan aku tahun lepas bertungkus-lumus demi ijazah Sarjana Muda. namun, nasibnya mungkin tak sebaik aku bila mana, tahun ini, dia masih lagi bertarung untuk ijazah itu.


tiba-tiba aku menjerit kecil, ah! aku lupa, akulah manusia yang ditunggunya! bukankah hari semalam aku yang menghantar pesanan ringkas di telefon bimbitnya, menyatakan aku memerlukan semula semua nota tahun lepas yang dipinjamnya? segera aku menarik keluar earphone dari celah kerudungku dan telingaku lalu berlari kecil kearahnya.


"hello Liang. maaf maaf. tunggu lama kah?" kataku dengan wajah bersalah.


dia menggeleng-geleng sambil berusaha menyusun kata-kata dalam bahasa Perancis kepadaku,


"nah, ni nota-nota kau yang kau pinjamkan. terima kasih sangat-sangat! nota kau banyak bantu aku." katanya sambil menghulur 3 timbunan kertas kepadaku (3 subjek).


aku mengangguk-angguk.


"tak ada masalah. terima kasih." kataku sambil menyambut hulurannya. "sinon, semuanya lancar untuk tahun ni?'


dia memandang aku dan mengangguk sambil tersenyum. tiba-tiba, dia menghulur plastik kecil lutsinar. di dalamnya berisi satu objek bulat, berekor dan bertangkai, bewarna merah.


"nah, hadiah untuk kau. terima kasih sebab membantu."


aku terkesima. hatiku yang sebentar tadi terpengaruh dengan cuaca suram tiba-tiba jadi begitu terang, seperti bunga yang kuncup tiba-tiba berkembang, menadahkan diri menghirup sinar matahari.


"eh, apa ni?" reaksi biasa menandakan aku sedang segan tapi mahu.


kemudian, kedengaran derap kaki manusia sekeliling sedang bergegas menuju ke kelas masing-masing. lalu aku mengucapkan terima kasih selepas mengambil hadiah istimewa dari lelaki itu.


sampai di kelas, aku membelek-belek objek itu. aku mengusap-usap ukiran sepasang ikan di atas objek itu. ada tercatat karakter cina tapi aku langsung tidak memahaminya. hendak ditanya tadi, tak sempat. lalu aku menoleh, mencari rakan perempuanku yang berbangsa cina. segera aku menuju ke arahnya dan dengan penuh keterujaan aku mendengar penjelasannya.





malangnya hari ini aku lupa bagaimana sebutannya. satu saja yang aku ingat, karakter terakhir, bunyinya 'yu'.


The Chinese character for fish (yu 鱼) is pronounced the same as the Chinese character for "abundance" or "surplus" (yu 余).


secara keseluruhannya, di atas objek itu, maknanya begitu menyentuh hatiku, malah begitu jauh dan dalam ia telah menyelam :


"cukuplah, gembiralah dan berpuas hatilah dengan segala (nikmat) yang kita miliki sekarang, tidak perlu kita berlebih-lebihan ('yu')."


lalu, aku gantungkan di bilik kecilku. setiap kali aku memandang ia, seolah-olah sebuah peringatan, pasti saja aku tersenyum, bibirku menutur lafaz syukur pada Tuhan. semoga setiap kalinya, hatiku juga akan turut terdidik kemudian mampu mencapai rasa ikhlas, dalam benar-benar berterima kasih kepada Allah untuk segala nikmat-Nya. amin.



".... Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (Al-A’raf :31)



wallahualam.


p/s : two fish, or a pair of fish (shuang yu 双鱼), represent happiness in marriage. hehe.




December 2, 2011

sebelum mataku terlena

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




hari ini aku melihat-lihat di bahagian draft post ku. ada satu dua entri yang telah lama aku siapkan tapi masih belum diterbit hingga sekarang. mungkin kerana aku rasa berdosa seandainya segala yang aku coretkan hanyalah coretan semata-mata padahal realitinya, aku sendiri masih terkiyal-kiyal. macam cakap tak serupa bikin pula. naudzubillah. jadi, biarlah post tersebut di situ dahulu. pasti terbit jua satu hari. bermakna, ketika itu aku masih istiqamah. insyaAllah.



alhamdulillah, selepas entri mari-mencacatkan-englishku tempoh hari, terasa seolah-olah beban di kepalaku sedikit berkurangan. mungkin juga kerana akhirnya laporan-laporan yang bertimbun, satu demi satu telah pun berjaya dihantar dengan jayanya. tetapi masih tinggal dua untuk minggu hadapan.


malam ini, aku menyelit di celah kelapangan masa yang ada sebelum menebus tidur malam-malam ku yang lepas. (hari ini, aku sasar untuk tidur jam 1030 malam. haha awal tak?)


hari itu adalah hari subjek 'projet architecturale'. walaupun, hubungkait bidang arkitek dan kejuruteraan awam adalah seperti musuh tapi mesra, tapi ada kelebihannya juga aku kira, kami diwajibkan mengetahui asas bidang arkitek.


latihan pada hari itu adalah seorang lelaki telah dihadiahkan sebuah tanah yang di atasnya telah ada 3 bangunan yang masih di dalam keadaan baik berserta dua gudang kecil membuat roti dan tempat menyimpan jentera kecil. aku, ala-ala arkitek telah diarahkan lelaki tersebut untuk mengerah otak untuk mempersembahkan satu plan pembangunan di tanah tersebut. satu saja permintaannya, lelaki itu selaku landlord, ingin membina pembangunan kolektif.


dalam erti kata lain, ala-ala ingin membina apartment. oh, jangan tersilap. di sini, sebuah rumah pun boleh dijadikan apartment. (lihat gambar)




lalu, lelaki tersebut berkata, "ok cik fansurina, ni plan kawasannye. ikut awaklah, dengan keluasan tanah yang saya ada ni, berapa banyak apartment yang kita boleh muatkan? dengan syarat, 3 bangunan tu, janganlah awak robohkan. saya masih nak kekalkan reka bentuk rumah tempatan sebegitu. jadi, pepandailah awak fikir, macam mana awak nak ubah suaikan sebijik rumah tu. yang gudang-gudang tu, hah, tu boleh la awak robohkan. lepastu bina lah apa-apa."


ok, dialog hanyalah rekaan.


maka, bermulalah ekspidisi ku menyelak segala-mala dokumen peraturan regional dan nasional yang ada, meneliti had ketinggian bangunan, mengenalpasti zon kawasan projek, mencari had jarak dari tanah kejiranan, dll lalu aku pun berusaha mencurahkan daya kreativiti yang ada di atas sekeping kertas.


dalam sedang aku cuba menyesuaikan ideaku dengan bangunan yang telah sedia ada, hatiku terdetik, 'ah! susahnye nak adapt dengan plan rumah ni. dinding ni kena pecah, nak buat laluan. bilik ni kena besarkan. blablablabla.'


kemudian, terkeluar di bibirku :


'lagi senang kalau dapat buat plan baru from zero, from scratch. senanglah aku ekspresikan plan dalam otak aku ni!'


amboih amboih merungut tak ingat dunia.


kemudian, setelah gudang-gudang itu aku robohkan secara imaginasi, terbentanglah di hadapanku ruang untuk ku membina dua tiga bijik lagi bangunan yang kali ini, super baru! yes!


tetapi kadang-kadang selepas hujan, tak selalu ada pelangi. (ok tak kena langsung perumpamaan)


2 minit berlalu.


5 minit....


10 minit....


akhirnya 15 minit berlalu! hah amik kau, aku blank tiba-tiba. tadi ye ye nak sangat buat bangunan baru. ni dah ada depan mata, pasai pa hang dok tenung kotak empat segi lagu tu tanpa tangan hang start lakar-lakar sudut mana hang nak letak kitchen, bilik, berapa family boleh ceruk dalam tu..?


so it comes to my reflexion.


kadang-kadang, bila kita dah terlalu inginkan benda tu, bila da dapat benda tu, kita tak tau sangat macam mana nak pergunakan ia seoptimum mungkin. kerana kawan-kawan, kadang-kadang benda yang paling kita inginkan itu, sebenarnya bukanlah benda yang paling kita perlukan.


dan juga kerana perasaan dan keinginan yang dasarnya hanya nafsu semata-mata tidak akan membawa kita kepada penghujung yang baik.


contohnya, ramai juga antara kawan-kawan aku, termasuklah aku, pada satu waktu dulu, terasa macam, pehhh, nak kahwin nyeee. rasa nak kahwin sekarang jugak! hahahaha. getik nau hang ni. mungkin, faktor persekitaran, bila ramai sahabat-sahabat yang dah mula menjejakkan kaki ke tangga yang lebih atas, kita rasa ketinggalan, lalu terpengaruh.


tapi sudah cukup bersediakah kita? perkahwinan bukan satu benda simple.


oklah, aku tak nak pusing-pusing, memang niat aku tulis ni memang nak cakap pasal kahwin pun. hahaha.


oleh sebab Abang Imran Koyube telah mengarahkan skuad Iloveislam nya untuk floodingkan News Feed facebook kita setiap hari, takkanlah sekali pun, kau tak klik kan kat link-link dia. dahlah cite dia tak boring, ringkas lagi bermakna.


satu artikel telah membuka fikiranku. aiseh, lupa link dia. tapi, memang peh, lepas baca tu, aku memang sentap yang amat. kahwin bukanlah mudah. like i said before, it's not like i want to get married now.. cuma, artikel tu memperingat kita, berkahwin, lebih-lebih lagi kalau dengan orang yang sering membuai perasaan kita saat ini, jangan disangka akan sentiasa dihiasi bintang-bintang berkerlipan, bunga-bunga yang mengharum dan canda tawa yang berterusan antara sepasang suami isteri.


huiyo. oh nom nom nom.


katanya, kelak kita akan membenarkan seorang lelaki/perempuan asing untuk hidup bersama kita. kalau dulu, semuanya satu, kini mesti berdua. mengurus seorang lain tidak mudah. dengan tingkah keluarga si dia yang mungkin sedikit berbeza dari kita. lalu, diingatkan pula tentang anugerah anak kelak.


akhir artikel, penulisnya beri saranan pada kita, persiapkanlah diri dari sekarang. banyakkan membaca tentang alam rumahtangga, tentang bagaimana mempunyai anak, tentang bagaimana mendidik anak (yang ini paling buat aku menggigil), bagaimana menjadi isteri malah mesti belajar bagaimana menjadi suami walaupun kita ini perempuan.


jadi, kalau lihat kawan-kawan kita yang masih bujang tapi sudah membaca bahan-bahan seumpama itu (aku nak cakap, kalau nampak aku baca buku-buku gini), tolonglah jangan diusik sehingga mereka menjadi segan. tapi, sokonglah, malah berkongsilah ilmu tu. jangan kita jadi penyebab, topik begini menjadi taboo di usia kita. walaupun, niat untuk berumah tangga itu masih lagi jauh.


heh. dah jam 1033 malam. terlepas 3 minit dari target. lebih baik aku berhenti sekarang.



semoga yang menulis, adalah yang mengamalnya juga, insyaAllah. wallahualam.



p/s : tengah nak baca buku-buku penulis Asma Nadia. terutamanya yang judulnya Istana Kedua. tentang suami yang 'lurus', niat ingin membantu, akhirnya berpoligami. aduhh. penasaran!