December 1, 2008

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





Pagi isnin kebiasaannya mula dengan matematik dalam dewan amphi. tapi hari ini terkecuali ; dari kira-kira angka kepada pelajaran bahasa. Satu perkara yang saya kagumi, remaja Perancis dari zaman sekolahnya sudah dididik berfikir secara kritis, berfalsafah tentang isu manusia. (philo)

Latihan 2 minggu lepas dipulangkan. Boleh tahan banyak calitan hijau (org sini selesa menyemak guna apa saja warna) di atas kertas saya. Normal. Saya bukan dilahirkan dgn lidah Perancis. Pengetahuan am tidaklah seluas saujana.

Itu bukan perkara pokok. Kelas diteruskan dengan latihan tatabahasa, memandangkan profesor tidak begitu puas hati dengan ketertiban bahasa (conjugaison, accords, grammaire). Saya kira, mereka-mereka ini tentu lebih arif. Lucie di sebelah memandang kertas soalan saya yang sudah agak terjawab.

"Kamu mesti lebih pandai dlm bab begini." katanya.

Saya senyum dan menggeleng kecil.
Konsentrasi terganggu.

Saya berhenti berkerja dan lebih refleksi. Kenapa begitu? Saya ini pendatang tapi dikatakan lebih mahir? Difikir² semula, lumrah ini sebenarnya merata.

*Yang cina kerap peroleh A1 dlm periksa Bahasa Melayu, sedangkan kau hari-hari cakap melayu.
*Yang mualaf lebih tawadu' dan konsisten dalam amalannya, sedangkan kau lahir-lahir sudah muslim.


Tapi, itu simbolik kehidupan, kan?
Tuhan Bijak sengaja cipta begitu.
Kalau mahu rasa nikmat, mahu rasa kejayaan, perlu belajar, perlu usaha.



Kalau disuap begitu, nanti kamu bergerak dengan kadar kura-kura,
akhir², tak sampai di destinasi.
Kalau duduk goyang kaki begitu, nanti kamu jadi Mat Jenin,
akhir², jatuh dari pokok kelapa.


Kamu tunggu cahaya hidayah dtg, tapi kamu kaku dan enggan selak tirai. Tinggal, hasil apa yang kamu harapkan?


Tuhan sudah tunjuk,
cari, baru kamu ketemu jawapan,
belajar, baru kamu merasa nikmatnya,
usaha, baru kamu merasa rela, bukan dipaksa-paksa.


Lalu, kalau tidak mencari, kenapa kata "hidayah masih belum dtg." ?
Kawan-kawan, alasan itu sudah basi.

12 comments:

Anonymous said...

two thumbs up for this post!! -LADA-

Anonymous said...

lada
alhamdulillah. terima kasih. ilhamnya dtg dari Allah dan kerana Allah juga. =).

Anonymous said...

pindah balik blogspot?

Anonymous said...

anati
ha'a la. maap eh tinggalkan awak sorang² kat fotopages. jgn sedih². eh, sy ttp baca tau.

Nini Marini said...

salam fan!!!
uwaahh,fan sudah ada blogspot.bagus!!akak suke!

hehe,akak pulak yg terlebih excited ni.=)

i wish u selamat bermujahadah yea di sana.(hehe,mcmla jauh sgt kan?)

hafizfp8 said...

melat pun nk tukar ke blogspot jgak...bkan aku tak tau...mak cik excel..hehehe

victoire said...

wow.. balik ke sarang lame beb. hahaha.
miss ur blogspot u noe.
last2 dapat balik.

rewelcome.

on9musik said...

aggred :)

Anonymous said...

kak marini, jiran bandar
ngeh². terima kasih menjenguk!

hafiz
makcik excel? oo, mlat power info la tu.

k-riey
merci merci. welkam welkam.

loveaholiq
thank u for the visit. menjengah di blog kamu, sy umpama membaca penulisan sendiri lah. hehe.

Anonymous said...

ni tgh cari hidayah binti ape ni? mana la tau kot2 kenal ke..leh tolong2 cari..

bear said...

fansu..
falsfh makin bertenaga..
yeah.thumbs up!

Ms Kamilah said...

sejak ble ko jd kacak ni?

ak ensem.

jgn lupe.

rindu kamu.
love ur piccas.
sorry.ak ni mmg mls sket membace.
tataula cmnenk jd ticher.