December 17, 2008

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.

captured by : yananorfariza. Copenhagen, Ogos 2008


sekadar respon pada entri di Destiny. ini pula cerita cinta saya.

Ada orang kata cinta itu indah.
Ada orang kata cinta itu suci.

cinta itu saya andaikan pernah buat saya bahagia sekejap. juga dengan tak semena-mena pernah merobohkan segala rasa dan kepercayaan yg saya perjudikan. malah, pernah melunturkan pendirian keimanan yang saya fikir waktu itu sudah kukuh.

Kalau kamu pernah lalu frasa ini, jangan melenting. cuba korek, lihat pada hikmah, nanti kamu sejuk hati.

tapi secara jujurnya, hati saya masih suam-suam. enggan sejuk sepenuhnya. nauzubillah, rasa dendam itu, saya kira sudah lenyap lama dulu. rasa marah itu, sudah tak ada relevannya utk masih bersarang dalam hati saya.

Tapi, seketul daging ini masih tak mahu sejuk.

Kawan-kawan,
kalaulah kamu tahu, silam bagaimana yang saya miliki.
Silam itu kelam benar.
Pekat hitam macam langit malam ketiadaan bintang.
Gelap gelitanya seperti dunia si buta.

Kerana cinta.
Konon lah.

Entah apa sebenarnya definisi cinta itu.

Hari ini, saya sendiri binasa. dosa itu bukan bintik hitam yang kecil tapi sudah umpama dakwat hitam yang mencurah-curah. payah itu cuma saya yang rasa, untuk memaafkan diri sendiri.

Tolong benarkan saya tutup hati rapat-rapat. Satu hari nanti, dengan izin Tuhan, maka adalah si dia, yang mampu buat saya kembali berani utk bercinta sesama ciptaan , yang mahu menerima saya ini seadanya. InsyaAllah.

Ya ?

Pergi jauh, cinta manusia.
Jangan buat aku tewas lagi.
Tolonglah.


Tuhan, pegang kukuh hati saya.

10 comments:

Ms Kamilah said...

talking bout my past. mmg kelam.suram.hitam.
em.

loves :))

AmiE said...

Salam.

Fan,walking down the memory lane? ;)

Syukurlah pernah diberi nikmat rasa cinta remaja walaupun tahu caranya salah, tapi kalau ia tiada mungkin selamanya akan tertanya,mahu yang bagaimanakah?

Cinta itu anugerah. Kadang-kadang cinta sesama manusialah, membuat kte rs dekat dengan cinta ALLAH.

moga suatu hr nanti akan bertemu yang lebih baik. Amin..

Abang Long said...

Cinta pada Sang Pencipta. Adalah cinta sejati.

Anonymous said...

serahkan sepenuh cinta kepada Yang Maha Esa, pasti suatu hari nanti akan ada cinta dari hamba-Nya yang juga menyerahkan sepenuh cintanya kepada Yang Maha Agung mengetuk pintu hati kita.. insyaAllah =)

Anonymous said...

sentiasa yakin yg ATURAN ALLAH ITULAH YG TERBAIK..

KEMAAFAN Allah seluas langit, bg hambaNya yg menyerah diri..

setiap manusia membuat kesilapan krn kita bukan nabi..

x memaafkn diri sdr tidak mengapa krn MUNGKIN itu satu cara utk menjaga.. TETAPI jgn smpi menghukum diri..

i know, u know what to do..always remember that u r never alone, facing this battle..

take care, n afwan lama x menjenguk..insyaAllah kite jumpe nnt.. =)

Anonymous said...

drooling eyes...huhhuu

Anonymous said...

cik kamm
heh. kisah silam setiap insan boleh jadi begitu berbeza, boleh jadi begitu serupa. loves too. =).

kak amie
oh kak amie yg selama ini tdk sedar memoderatekan komen di blognya, saya sangka kak amie sudah tak sudi menjenguk. huhu. kadang², kesilapan itu mengajar kita bagaimana dan apa. yup.

abang long
i dedicate my love only to Him. Dia sudah menegur saya dgn cara tersendiri. trima kasih ziarah ruangan kecil saya ini. =).

tuan/puan anonymous
insyaAllah. telah dan akan saya sentiasa serahkan hati pada Yang Esa. berkali-kali kita tlh diingatkan, cinta kepada-Nya jugalah yang lebih kekal.

kak ana
terima kasih sbb sentiasa di belakang fan utk terus² meniupkan smgt.
terima kasih sbb sudi menyapu air mata yang pernah tumpah dek kerana silam yang menghantui satu waktu di bosville.

sungguh, setiap perkara yg berlaku punya hikmah tersendiri.

kalau Tuhan tidak jadikan silam yg kelam itu, mana mungkin saya ukhwah ini terwujud, mana mungkin saya mengejar cinta-Nya skrg.

Allah, segala puji bagi-Mu, peliharalah aku dan tetapkanlah diriku utk sentiasa bersyukur dan tidak lupa.

amin.

encik shafiq
alamak, drooling eyes pula. huhu.

Anonymous said...

salam;

fuiyyo...indahnyer ayat-ayat...

Anonymous said...

lol,so nice

Anonymous said...

kaki masam
salam. err, ayat itu pusing-pusing. sudah perlu kurangkan in next entries, ramai mengadu susah nak faham. huhu.