March 7, 2009

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



Saya rasa semua orang adalah Dr Jekyll dan Mr Hyde.

Setiap manusia pasti ada rahsia mereka tersendiri. Rahsia biasanya berunsur negatif, yang buruk-buruk dan rasanya pahit.

Kalau rahsia yang manis belaka itu bukan rahsia namanya. Sbb dalam seminit dua atau sebulan dua (paling lama), rahsia manis itu tidak lagi jadi rahsia kan?

contoh :

I.
"kau macam ni lah. dah siap kad kahwin baru nak bagitau kami, housemates kau sendiri."

II.
"saya nak bagitau abang yang abang akan jadi ayah!"


macam kewajipan, rahsia mesti disimpan rapat-rapat. tapi kadang-kadang rahsia ada perlunya dikongsi. sebagai pengajaran tapi bukan membuka pekung di dada. lagi-lagi kalau rahsia itu adalah sebuah masalah yang lama² boleh membarah dalam hati lalu merencat perbuatan.

tapi, janganlah hidup dalam kepura-puraan.

seperti Dr Jekyll yang disanjungi dengan pangkat doktornya di siang hari. bila malam mendatang, dia adalah Mr Hyde yang sifatnya begitu kontradiksi dari etika seorang doktor. yang ganas. yang agresif. yang tidak ada perikemanusiaan.

lama-lama bila dibiarkan tanpa ada prevention, Mr Hyde sudah semakin kuat dan mula mengambil alih sikit demi sikit keseluruhan diri Dr Jekyll.

lalu, yang evil menang dan yang angel kalah.


tak nampakkah kita?


ini bukan sekadar screenplay atau novel untuk menjadi best seller di London atau Scotland sana.
ini bukan sekadar cerita literature untuk secondary student di zon tengah Malaysia bagi menghadapi exam.


lihatlah pada mesej.


dalam diri manusia memang fitrahnya ada positif dan negatif kan? jika ada rahsia/masalah/sifat negatif, jangan kamu biarkan ia menular sesuka hati. sampai satu hari, kamu sendiri tidak sedar bila ia sudah menakluki diri kamu hampir sepenuhnya.

cepat-cepatlah cari ubatnya. kita tidak berseorang di dunia. Tuhan sudah ciptakan manusia itu untuk saling bergantungan. Malah, zat Tuhan itu sendiri sudah cukup kuat untuk kita mohon penawar dariNya.

tak faham?
mudah. analoginya begini :


kecik² kamu terpaksa kata yang abah kamu adalah pegawai kerajaan pangkat besar padahal abah kamu adalah tukang potong rumput. semata-mata mahu look good di depan kawan². penipuan ni bukan sesuatu yang simple ye kawan². sekali menipu, kita harus menipu lagi supaya koheren dengan penipuan pertama. akhir-akhir, hingga meningkat remaja, penipuan itu terus berlaku. tapi waktu ini, penipuan itu sudah di peringkat yang mayshur. nampak natural saja bila berkata-kata.

sampai satu ketika, kamu kata, "god, i have to stop this.."
sudah tak tahan menanggung segala akibat. tapi kamu tidak tahu bagaimana caranya untuk berhenti. kerana kamu sendiri tidak sedar bila menipu itu sudah menjadi satu sifat dan bukan lagi sebagai hobi.


seperti barah.


jika tidak dikesan di peringkat awal, peluang untuk sembuh, kan cuma 50-50. atau 30-70, atau tiada peluang langsung, worse. (doktor sila betulkan kalau silap.)


jadi. diam sebentar. duduk di penjuru sana, dan berfikirlah kita.
jangan biar Mr Hyde berkuasa.



fanramli