Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Let me say this ; bosan dan muak.
susah bercakap dengan orang yang berlagak pandai ni. bukan. yang berlagak tahu semua benda di dunia. menegakkan kesama rataan? jangan bagi saya ketawa. freedom to all? apa maksud kebebasan dari mata kamu?
padahal kamu yang takut, menggelabah, kecut perut, cuak, risau, tekanan, membulatkan mata, mencebik, menyindir dek kerana 'secebis kain' yang menutupi kepala muslimah.
sudah cukup bebaskah reaksi kamu itu?
bebasnyaaa awakkk.
agak saya, kepala kamu memang belum cukup free.
masih tertutup seperti penyodok.
hanya disua-suakan sampah.
kerana sampah saja yang sesuai dengan sifat kamu, lagaknya.
itupun tidak lama. akhir-akhir, sampah, kamu tolak ke dalam tong.
kerana sudah resmi penyodok memang begitu.
tidak mahu menerima pandangan orang lain.
individualistik.
kamu kan sangat 'egal'?
maaflah. saya gagal utk nampak perkataan 'egal' itu diaplikasikan di sini ;
tatkala saya dijerkah² begitu hanya kerana saya ingin bertanya tentang laluan bas. padahal, saya ini bukan orang perancis, susunan perkataan saya adalah perkataan baku dan sangat menepati ciri² politesse dalam buku latihan bahasa perancis.
lalu di mana silapnya hingga kamu layak menengking dan menghentak meja sebegitu rupa, wahai makcik?
kerana 'secebis kain' mungkin.
atau tatkala kamu, seorang guru yang sungguh enak bergurau senda dengan 3 org pelajar perempuan lain tapi bila tiba di meja saya, kamu tiba-tiba hilang mood. bukannya saya ingin bermanja-manji dengan kamu sangat, tapi perhatian, kamu nampak ugly dan tidak 'intergrer' padahal dalam kelas hanya ada 4 orang pelajar perempuan, di mana satu telah kamu pandang hanya dari sisi mata.
tak mengapalah. saya juga benci pelajaran yg kamu ajar itu, elektrik. so, saya tak ambil pot.
tapi sungguh. saya amat bosan dan muak. tak pernah saya merasa begini jemu hingga tekak menjadi loya dan terasa ingin muntah.
lagi-lagi alasan yang sama. di mana-mana, ia tetap sama.
- kenapa perempuan saja yang perlu menunjukkan keislamannya dengan bertudung? lelaki tidak perlu? sebab itulah kami tidak mahu kamu di pergunakan oleh agama kamu.
- di sini kami amat mementingkan kebebasan. kamu mesti berpakaian sama dengan semua, tidak menunjukkan ciri-ciri keagamaan.
hey, ikut suka saya lah.
cukuplah menginvent alasan yang sudah tidak relevan di universiti atau di tempat awam atau di tempat kerja.
kamu cipta peraturan sebegitu untuk memudahkan.
tapi bila peraturan itu sudah tidak lagi memudahkan, dan hanya membawa kepada kesusahan banyak pihak, kepada perselisihan faham antara agama, kepada diskriminasi terutamanya ;
apa kamu fikir ia masih sesuai kah?
undang-undang negara kan boleh digubal semula mengikut dekad.
the time has come, folks.
your turn to change.
jangan cuba melabel kami sebagai konservatif bila mana KAMU YANG masih berfikiran konservatif.
p/s : ini entri emosi. maaf.
fanramli