April 4, 2009

Coca-Cola?

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





situasi 1:





"Awak nak minum apa?" tanya lelaki bernama Adrien itu selepas memesan sejenis minuman beralkohol ringan yang tidak saya tangkap namanya.



pelayan wanita di sebelah setia menanti pesanan dari bibir saya. mata saya meliar di meja² pengunjung yang lain. kalau² ada air jus oren yg dipesan. di bar ini, adakah dijual air jus oren?



hati berdebar-debar dan perasaan gementar bercampur baur, kerana lelaki bernama Adrien itu adalah lelaki yang bertugas di kilang Lafarge Cement. Kami di situ untuk interview praktikal bulan mei kelak.



pertemuan hari itu dia cadangkan biarlah di tempat awam di tengah bandar kerana untuk saya ke kilang Lafarge yang terletak di luar bandar adalah sangat tidak mungkin memandangkan kelas saya hari-hari tamat lewat 530 petang.



"fansurina?" dia memanggil lagi.



"un Coca, s'il vous plaît."



dan hati saya berkecai tatkala terpaksa memesan minuman bergaz coca-cola itu.



situasi 2:





"fan, kenapa tak minum?" tanya tuan rumah. tangannya ligat menuang air bergaz itu dalam cawan-cawan plastik untuk tetamu yang lain.



saya cuma senyum. tidak tahu apa yang perlu dijawab. bukan tidak minum, cuma teragak-agak.



"fan ni boikot barang israel. mana minum coca-cola." sampuk seseorang yang lain. dan mata-mata yang lain dalam ruang tamu itu mula memandang tepat ke arah saya, menanti satu justifikasi agaknya.



"ooo. sorila fan ye. rumah saya ni bukan restoran boleh order air anggur ke air oren ke air milo ke kan." kata tuan rumah disambut gelak tawa oleh tetamu yang lain.



saya senyum lagi. kali ni kelat sedikit.



"fan, kau ni ikut usrah kan. diorang ajar kau mengharamkan perkara yang halal ke? berdosa tau. minum je la coke tu. terasa tuan rumah nanti." kata yang lain pula.



perlahan-lahan, tangan saya mencapai cawan berisi air coca-cola itu.



"aku tak cakap aku tak boleh minum air coke ni. aku just tak beli dah air coke ni." jawab saya.



saya tetap senyum. kali ini penuh pahit hempedu.



---------



maafkan aku, palestin.




fanramli

14 comments:

azLpK said...

hebatnya kesungguhan kamu

victoire said...

erh, try laa tanye orange juice.
kadang2 ade laa.
kat LR slalu je ade.

Simon Malik said...

begitu halus dan rapi sekali strategi mereka.. sehinggakan kita boleh lembik bagai dikunyah²..

izinkan aku memberikan cadangan..

Situasi 1:
erm.. pendapat aku bila ko berhadapan dgn org france, ko actually bebas utk memesan apa saja. even air tap water pun takde masalah. sebab kat sni kan sgt mementingkn hak. takpun ko tny ada qqch chaud comme thé ou café.. (aku takpernah masuk bar so tak tau..)

Situasi 2:
hah, nih best. boleh jer ko cakap yg ko tak minum air gas n nk air kosong or air suam. sbb? ko jawab 'aku sayang kat bakal laki aku' ^^
(utk lebih détail tny pada mereka yg berpengalaman mengenai mudarat air bergas/khasiat air suam terhadap wanita, hehe..)

afwan kalaubunyi cam ngarut jer cadangan aku nih. tapi kekadang gelak tawa boleh 'mengubah topik perbualan', insyaAllah..

tuan rumah kacak said...

azam
janganlah. hebat tu terlalu tinggi. saya pulangkan pujian itu pada yang Hak. ;)

tengku k
oho. ok. noté.

adam
woohoo. untuk k, dan kamu, waktu tgh menaip entri ni, tiba-tiba baru aku terpk : apsal aku tak order l'eau je eh di tempat kejadian.

d tte fçon, everything happened so fast. len kali, aku ada cara nak ngelak da. ngeheh. merci boku.

baik. nnt aku research keburukan air bergaz kepade kaum wanita.

Nurul Farhana said...

kena contohi kesungguhan kau! aku kagum.

Raja Nurul Anis said...
This comment has been removed by the author.
Raja Nurul Anis said...

tepuk-tepuk..=)

tuan rumah kacak said...

nurulfar
haish. apekah kagum² ini. huhu.

angosh
tepuk ape tu, dik?

Anonymous said...

best giler post nih...

Raja Nurul Anis said...

clap2...kagum dgn ketabahan anda..sorry sgt2 brief..smpai k.fan x paham..=)

Nurul Farhana said...

new layout
aww~

tuan rumah kacak said...

anonymous
pengalaman kadang-kadang adalah cerita yg menarik untuk di dendangkan.

angosh
hehe. saje je buat tak paham. =)

nurul far
yash. kita tukar la. aku amik putih kau amik hitam pulak eh.

k Ana said...

salam my dear sister..

teruskan usaha mu.. sesungguhnya kamu lebih tahu.. smoga terus tabah..

teruskan menjadi orang asing itu..

smile always coz nikmat Allah itu terlalu banyak utk kita bersedih..

(pesanan utk diri sdr..)

tuan rumah kacak said...

kak ana
salam kak ana ku. teringat hadis asing tu. nikmat Allah terlalu byk jika mahu dibandingkan dgn kepayahan yg kita ada.

moga-moga diri saya tidak lupa pada itu.