Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.

siapa lahir di akhir-akhir tahun 80 an atau di awal-awal 90 an?
angkat tangan!
masih ingatkah pada kumpulan² remaja lelaki yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan?
spring dengan lagu 'kita ditakdirkan jatuh cinta' nya?
ukays dengan lagu 'disana menanti disini menunggu' nya?
atau lebih baru sedikit, spoon yang hot dengan lagu 'rindu serindu-rindunya'? waima, kematian vokalisnya yang bernama along itu begitu menggemparkan malaysia dekad itu kan?
tahu atau tidak, waktu itu,
kakak saya begitu menggilai zamani dari kumpulan slam
mama saya begitu menggilai saleem dari kumpulan iklim
lalu saya, sebagai perempuan terakhir dalam rumah, juga tak boleh kalah.
agak-agaknya, cuba teka siapa yang saya minat?
ya. tentulah tomok dari kumpulan new boyz.
maaf sekiranya antara kamu² yang sedang merasa jijik atas pengakuan saya ini.
tapi benar. saya gilakan tomok. hey, jangan nafikan ini : dia seorang yang kacak kan?
malangnya, kritikan yang menjadi-jadi menyebabkan minat saya kepada tomok semakin pudar.
kemudian, tiba-tiba kumpulan boboy muncul.
lalu, vokalisnya yang bernama naqiu pula yang menjadi igauan.
tak lama kemudian, kristal muncul atas didikan awie.
rudy, pemain gitar termuda mengambil tempat di hati saya pula.
well. it WAS once upon a time.
hahahahaha.
waktu saya menaip bait-bait perkataan ini, betapa saya menggeleng-gelengkan kepala melihatkan perlakuan saya yang sangat entah apa-apa.
ridiculous lah.
kini tomok kembali semula di pentas OIAM. dari mana saya tahu ni? ini semua gara-gara utusan malaysia online yang menjadikan tomok sebagai topik utama di ruangan hiburan beberapa minggu yang lalu. kata mereka, tomok sudah berubah, menjadi seorang penghibur yang sangat berbakat dan punya showmanship yang bagus.
kata mereka lah.
tapi tomok tetap tomok.
'sejarah mungkin berulang' katanya satu waktu dulu.
dan dia sekarang sedang cuba mengulang sejarah kegemilangannya.
dan saya sudah nampak sedikit tempias-tempias yang dia akan berjaya.
wah wah wah.
begitu mudah saya meletakkan keyakinan kepada tomok.
walaupun saya tidak mengundinya setiap jumaat kan.
tapi, kita mesti mengaku
sejarah memang boleh diulang
asal kita berusaha
kamu fikir, tomok itu bergoyang kaki saja kah sebelum membuka langkah semula ke gelanggang nyanyian?
sudah tentu dia mempersiap diri dengan kelas vokal dan mendalami muzik dengan baik, barulah dia berani bertempur semula.
jadi, percayalah.
sejarah akan berulang.
samalah seperti sejarah islam, sejarah kita!
islam pernah menguasai 2/3 dunia.
maka, kita pasti boleh mengulanginya lagi, betul?
janji Tuhan itu pasti. yakinlah kawan-kawan seakidahku.
tapi, kamu fikir, dapatkah kita menakluki sekiranya kita butakan hati pada ayat-ayat kebenaran? dapatkah kita berjaya hanya dengan duduk di rumah sambil membaikkan diri sendiri tanpa mahu memperduli orang sekeliling?
perjalanan kita masih jauh.
tapi kita tidak tahu jika kita masih punya banyak masa lagi.
kerana ajal boleh muncul bila² masa, kan?
tapi, cukuplah kita turut menyumbang dalam usaha kepada kemenangan islam di masa hadapan.
sedangkan Rasulullah sendiri tidak sempat melihat islam berjaya cemerlang di puncak dunia. padahal, bagindalah yang begitu banyak bekerja keras demi islam. ingat, Tuhan melihat kepada usaha.
sejarah mungkin berulang, kata tomok.
sejarah pasti berulang, kata kita.
insyaAllah.
dan ya, Tomok masih kacak. umur berapa ya dia, siapa tahu?
hehe.
fanramli
18 comments:
amboi kau..
eheh..ta kusangka..
diehardfan tomok ghupenye..
ihihikss..
aku pn dgr2 ramai gila org minat dye skng cz dye dah len..makin nyerlah gtu kut..eheheh...
adeh..nek..kamu dtg besac tak nt?
-aynaa
aku kalu lagu memang kurang lagu baru2.
kene lagu lame2 gak.
kalu dgr radio, dgr sinar.fm je. hahaha
tp still xdpt trime tomok.
kristal aku layan..
rody tu kiut laa.
benar, tomok masih kacak.
biapon gaye kepitnye time nyanyi masih berbaki.hehehe.
aynaa
haha. itu waktu zaman mata masih buta. hehehe. aaa, ari tu mcm ckp kt alan x dtg. tp mcm pegi pulak. huhu. kalo sempat kejar flight gi china isnin tu, sampaila aku di besac ya nek?
tengku k
kalau yg rock, kau layan je. mmg sesuai la dgn rambut kau tu, bro. (tak ada kaitan rasanya ni.) fuhhh, mmg taste org tua, kamu itu. ngeh².
farah
gaya kepit? wahhh. saye tak tahu pon gaye die cmne. haha. dulu tgk rupa je. yg penting, sejarah pasti berulang!
haha..jikalah ku tahu since skola dl yg ko mmg minat tomok..mmg dah kene ineh makcek....eheks
ko g china knape nek? jao amat?
ke aku yg lampy ta phm ayat ko?
ay ay ay...ehehe..kalo ko dtg balek lmbt siket tau..rindu kau..~~
sob3
-aynaa
haha. Indrawan syah. :D
cuba la tgk video die kt utube.
sume mantap2 tw persembahan die.
every week mesti kne puji dgn shafinaz n paul moss.
huu~~
:P
euww..tomok..
adoii...pecah rahsia aku..wakakakaka..oitt, sampai selasa tgh mlm kan...? saje nak confirmkan lg..
aynaa
hui. mase kita jumpa waktu visit scipp, saye da tak de prasaan da dekat dia lah. hehe.
hariry
nama betul dia bukan main.
nafisz
haha. awak ni mesti peminat setia ni usya oiam slalu.
encik shafiq
haha. sila rasa geli.
idat
haha. sorila, kantoi rahsia idat minat zamani. yaa, sampai jam 23 waktu beijing - 21hb.
era zaman 80 memang best.. :D
Salam fan,
lama sudah tak meninggalkan jejak dkt sini..
walaupun entry ini sudah di bc lama, tp sbb menunggu entry baru x kunjung2 tiba, maka akk pun tulislah sdkt di sini.
Tomok berumur 24.
ok la tu.
hehe
hahaha...aku gelak all the way k bace entry ni.
wah wah..cinta lama berputik kembali kah?
tomok oh tomok..bleh jadi fenomena cm mawi tak?
usaha untuk kembali mengulang sejarah..mari!!
danish
waktu tu saya baru setahun jagung.
kak amie
ohooo. afwan. saya tiada di france. jadi agak susah sikit nak update. woho 24. boleh la tu. haha.
le'a
hehe. takde cinta-cinta. cinta lama biarkan lama. chewahh.
anati
yash. sejarah pasti berulang!
aku rindu ko oke!. update lagi! update lagi!
Assalamualaikum.
Tomok menang OIAM. Kalahkan Esther dan Aweera.
cik/encik anonymous
waalaikumsalam. ohoo. good for him. =). thnk u for the xtra infos.
Post a Comment