Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Manusia memang tak perfect.
Manusia memang tak perfect.
Manusia memang tak perfect.
itu saja ungkaian yang saya ada untuk saya ulangsebutkan berkali-kali dalam hati kalau saya sedang bengang dengan seseorang atau sesuatu.
supaya bila muka menghadap muka, bila empat mata bertemu, bila jasad bersama jasad, saya masih boleh memberi senyuman dan semoga hati yang mendidih cepat-cepat sejuk dan reda. supaya tiada siapa yg bermasam-masam muka.
tapi nampaknya, oleh kerana begitu, orang sudah mula lepa untuk mengendahkan hati saya. tolong tanya pada famili atau rakan yang hidup sebumbung dengan saya selama 5 tahun atau 2 tahun, saya ini amat sensitif, suka mengamuk, dan sangat irritating towards orang yang buat masalah dengan saya.
tolong consider orang lain ya?
jangan fikir kamu saja yang dalam keadaan worse atau pire lalu bertindak bukan-bukan. cuba berfikir sedikit dan bukan beremosi.
kalau mahu saya bagi sebab-musabab kenapa saya lebih layak untuk tidak berbuat itu dan ini, untuk saya lenyap dari tanggungjawab, 1001 arguments boleh saya beri dan kamu akan sedar sepatutnya saya yang bertindak seperti itu bukan kamu.
contoh:
kawan perancis tidak mahu datang perjumpaan projek atas alasan sibuk study untuk exam communication dan structure minggu depan.
then, let me tell you :
- sepatutnya saya yang perlu kata begitu memandangkan untuk exam communication, sayalah yang harus letak effort 5 kali ganda daripada kamu kerana exam itu adalah menjawab esei tentang keadaan dunia masa kini + sejarah evolusi pembinaan Eropah dalam bahasa Perancis.
- lagi pula, kamu juga sepatutnya tahu yang saya juga sedang struggle mencari praktikal yang bermula dalam seminggu saja lagi tapi setiap hari, posbox saya hanya dipenuhi dengan surat-surat rejection drpd syarikat-syarikat perancis.
- lagi, kamu sepatutnya sedar, jarak rumah saya dengan tempat pertemuan adalah 2 kali ganda jauh daripada jarak rumah kamu dengan tempat pertemuan dan memerlukan saya mengambil dua bas dan berjalan kaki 3 minit untuk sampai.
- saya sedang selsema+sakit tekak dan psikologi saya tak stabil kerana bimbang ianya Swine Flu.
saya bukan mahu menunjuk-nunjuk, "woi, aku sedang melakukan kebaikan."
atau saya bukan mahu kamu menjaga hati saya atau berhati-hati bila bercakap dengan saya atau melutut memohon ampun kepada saya kerana saya tahu, saya sendiri pernah dan selalu mengguris perasaan kamu/banyak orang. jadi, saya tidak layak untuk semua itu.
tapi saya mahu kamu faham.
awak sedang menjadi barah kepada komuniti kita, bukan setakat saya.
awak sedang menyusahkan orang lain.
jadi, berhenti menjadi kecil.
kita manusia hidup saling melengkapi.
cepat reda keegoanmu.
saya tunggu.
ps: contoh itu rekaan. saya tak ada projek. par contre, ttg exam, praktikal dan flu adalah bukan rekaan.
pss: ini entri untuk diri sendiri dan rawak untuk semua orang.
fanramli