July 10, 2009

Journey Back to Home final – Pujukan Tuhan

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




"mademoiselle!" lelaki itu memanggil. mematikan lamunan saya.


saya memandangnya. aik, kali ni sudah ada dua org di dalam kaunter bercermin itu. rakannya yang nampak lebih tua, bersuara ;


" cik.. pergi mana-mana, lain kali, kena ada passport dan titre de sejour bersama-sama." saya diam dan hanya memandang tepat ke matanya.


"nak balik malaysia ya ?" tanya dia.


saya angguk. "ya, untuk cuti summer." jawab saya perlahan.


"awak boleh balik. tapi untuk awak balik ke perancis, awak tak boleh masuk. macam ni la, sampai Malaysia, pergi kuala lumpur kan? pergi embassy perancis di sana dan terangkan situasi awak ni. mintak mereka buatkan recipisée* sementara. Ok ? kami percaya kat awak ni. kalau awak tak buat, tak boleh masuk tau.” terangnya panjang lebar.


saya angguk-angguk laju. mata saya bersinar harapan semula. kalau dicermin, macam mata doremon yang bersinar-sinar melihat dorayaki saja lagaknya. Kot. hehe.


Ya Allah, Alhamdulillah! masa itu, tak dapat saya bayangkan bagaimana leganyaa hati saya. betapa Allah itu memang sedang menguji hamba-hambaNya.


tak pasal-pasal, amin terpaksa menadah telinga mendengar kisah saya. (huhu. Afwan ya akh…)


tapi paling sweet, bila Allah memujuk saya di Dubai.


di dubai, saya ada 3 jam sebelum manaiki pesawat semula. kelibat Amin tidak nampak langsung. risau pula saya dia tersesat di airport dubai yang memang besar itu. tak apalah. niat di hati mahu bertanya, kalau² dia mahu beli minuman atau makanan, saya boleh pinjamkan matawang tempatan (AED) sbb saya ada lebihan tukaran waktu saya ke China bulan 4 yang lalu.


lalu, saya melangkah ke suraunya. memang surau Dubai ialah port yang paling best untuk lepak dan melepaskan lelah. sudahlah besar, berhawa dingin dan tak ramai orang. memang seronok untuk baring-baring. waktu itu jam 8 pagi, waktu dubai. saya sempat untuk online sebentar. check email² penting.


maklumlah, saya bakal kepupusan internet di rumah Nilai nanti. tapi, biasalah, wi fi free, tiba-tiba disconnect. malas pula saya mahu on semula. laptop ditutup. saya duduk sekejap sambil bermuhasabah diri, mengingat kronologi perjalanan saya.


saya tergelak kecil. macam-macam dugaan yang Allah turunkan. nah, lihatlah bagaimana kita manusia menghadapinya. in the end, diri sendiri yang harus menilai, sama ada sudah cukup sabar kamu menanganinya, atau tidak.


lalu saya bangun dan bergerak ke pintu berlepas. amin masih tidak kelihatan. saya doa dalam hati, semoga Allah saja jagakan dia.


sampai di pintu berlepas,


"Can you wait for a moment, miss ?" kata wanita bertudung, bersut krim itu kepada saya. dia memandang rakannya di kaunter sebelah.


"her seat is 21K. " katanya. rakan lelaki itu kemudian menggodek-godek computer di hadapannya.


MasyaAllah, apa pula kes kali ini?


"is there anything wrong with my ticket?" tanya saya, sedikit cuak. berbahasa inggeris lah kerana waktu itu, bahasa perancis dan melayu adalah mustahil untuk difahami. wanita itu tersenyum.


"oh no. we just have to change your seat, miss."


saya mengangkat kening sebelah ala-ala ziana zain. wanita itu menyambung lagi,


"you are being upgraded to BUSSINESS CLASS seat."


"ooookaayyy…." sengaja saya memanjangkan ‘O’ dan ‘K’ saya. "and, why is that?" tanya saya kehairanan.


"oh nothing. sometimes, when the flight is full, some seats are being upgraded to business class. that’s all." Jawab wanita itu.


"have a nice trip, miss." katanya sambil menghulur tiket baru tercatit BUSINESS CLASS.


"thank you." saya berlalu dengan wajah terkejut campur excited.


Allah. Tuhanku memang Maha Best!




TAMAT.




p/s: Dan yes, these post were being scheduled. It was written in CDG’s airport, Dubai’s airport and at home. Got no internet. Please don’t miss me that much. Ngee.

*recipisée: sekeping kertas menggantikan kad pengenalan perancis (sementara menunggu kad pengenalan siap.)

5 comments:

shiedahkamil said...

Alhamdulillah leh balik msia jgk..

dh tu jumpe x titre de sejour?

lg satu cmne akak buat kuasa dua tu?

=)..bestnye balik..jeles sbb xdpt mkn durian..

tuan rumah jelita said...

shiedah
alhamdulillah, berkesudahan baik. Allah memang Maha Penyayang. nak buat kuasa dua tu? ermmm, keyboard perancis memang ada butang tu kat sebelah number 1. hehehe. susah2 shidah copy paste je.

victoire said...

heh titre de sejour ni nk kuar france mcm xpenting.
nak masuk je penting.
tp dapat gk ko merase 1st class kan.
seat mcm katil terus aa. hahaha

Simon Malik said...

salam

alhamdulillah.. dapat juga ko balik ke msia

jgn lupa plak nk buat kertas biru nk masuk france tuh? hehe ^^

aku tny mak aku, mas leh upgrade ke? die kata boleh kalau travel alone n pkai smart. nk gak la camni, hehe..

dillydally said...

fan ar fan, need to wait for a month for ur end of ur cerita.. tapi ending really sweet la!!!

ok, go check ur yahoo mail, n reply me asap! see u