February 8, 2010

lima

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


hari ni aku belajar satu kenyataan yang sedikit choquant (shocking).


aku selalu fikir orang yang hebat/terkenal dalam sejarah (walaupun jahat), paling tidak mesti ada latar belakang yang tak kurang gah.


Adolf Hitler itu asalnya manusia biasa : remaja bermasalah.


tidak terlalu brilliant dalam subjek matematik dan bahasa tetapi lebih cenderung kepada lukisan dan seni reka. hari-harinya dipenuhi dengan angan-anganan menjadi pelukis terkemuka. masa-masa lapangnya diisi dengan pembacaan cerita koboi dan cerita-cerita lampau (sejarah), menambahkan kepekatan hidupnya yang penuh imaginasi.


sepatutnya ada 2 sibblings tapi kedua-duanya meninggal dalam usia yang muda. maka Adolf Hitler sedikit sunyi dan spoiled. asyik dipukul oleh ayah tapi dibacking selalu oleh ibunya. lagi-lagi bila keinginannya untuk ke sekolah berjurusan klasik ditolak mentah ayahnya lantas didaftarkan ke sekolah teknik.


tidak lama, ayahnya pula meninggal kerana pendarahan paru-paru. lalu diikuti oleh ibunya kerana barah payudara. Adolf Hitler tiba-tiba disahkan mengidap penyakit paru-paru seperti ayahnya (penyakit turun-temurun). atas alasan kesihatan ini, Adolf Hitler meninggalkan alam persekolahan.


sampai satu ketika, Adolf Hitler ditemui merayau-rayau di taman tanpa arah tujuan. kadang-kadang tidur di bangku-bangku taman rekreasi sambil menagih-nagih wang dari orang public.


mungkin kerana kehidupannya yang 'luar biasa', sifat 'survivor' nya melonjak-lonjak sampai hatinya jadi keras tidak beremosi dan mentalitinya tidak berbelas kasihan.


dan hari ini seperti yang kita tahu, namanya jadi sebut-sebutan (walau dalam direction negatif).


kadang-kadang manusia itu perlu jatuh dan gagal sekejap untuk merasa pahit pedihnya semata-mata untuk menggapai kejayaan masa depan. tapi jangan pula sengaja gagalkan diri. tapi beranikan diri saja untuk menghadapi kemungkinan gagal.


ish. faham ke apa yang sedang cuba aku perkatakan ini?


ringkasnya, sebagai manusia yang masih punya famili, rumah untuk berteduh, peluang untuk belajar, anggota badan yang berfungsi serba-serbi ; gagal exam, putus cinta, laptop rosak, atau habis duit scholar itu apalah sangat sampai kau mahu meraung marah-marahkan zat keadilan Tuhan atau sampai kau rasa gagal segagal-gagalnya tidak mahu bangun-bangun lagi.


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.” (Surah al-Imran, ayat 139)


padahal darjat mu tinggi dengan syarat;


jika kamu orang yang beriman.


serahkanlah diri kamu sebulat-bulatnya (walaupun dari segi fizikal kau tidak sebulat aku) kepada Dia yang Maha Pemurah dan Tidak Berkira memberi oksigen untuk kita bernafas.


wallahualam.

No comments: