Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
seorang ustaz Kiut (bukan nama sebenar) pernah berkata, kalau iman manusia boleh digambarkan, lebih kurang begini bentuknya :

amboi, cantiknya. haha. kena tipu. bukan bukan. ini bentuk sinusoïdale spiral yang dikaji Maclaurin pada 1718.
chewah rasa macam genius plak. okay okay. yang betulnya :

hati manusia sering berbolak-balik ibarat air didih yang sedang menggelegak kerana mana-mana manusia akan selalu ditarik dua arah ; tarikan syaitan dan tarikan iman.
walaupun macam tu, sebahagian manusia lebih cenderung kepada tarikan syaitan kerana tarikan ke arah sana lebih menggiurkan. atau tout simplement, mungkin manusia hari ini, macam aku, serba-serbi telah keliru dan tidak tahu yang kita sedang berjalan dalam direction syaitan.
dan tiba-tiba hari ini telah wujud satu lagi tarikan yang lebih bahaya iaitu : tarikan syaitan+iman. (hah, pandai-pandai aku cipta ni.)
fine. tidak adil untuk segelintir para pembawa risalah islam (aku pendekkan jadi p.r.i) menghukum manusia jahiliyah itu ini atas kekaburan yang melanda. tetapi tidak adil juga untuk manusia jahiliyah memilih untuk menjauhi kelompok p.r.i yang datang dengan senyuman. (kalau tak senyum, logik sikit kalau dijauhi.)
lepas tu dua-dua golongan ada penyakit 'alergik' sesama sendiri. suka-suki kau nak alergik dengan anak orang.
ops ops. tapi kita tak boleh jadi golongan atas pagar. macam batu saja tidak berguna dan tidak buat apa-apa. lagipun kalau semua jadi golongan atas pagar, lama-lama pagar pun boleh runtuh nak tampung beban yang kau orang bagi.
hurmmmm..
No comments:
Post a Comment