March 9, 2010

ayna nordin.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



hari ini aku tersenyum melihat senyuman kau dalam gambar-gambar yang kau letak di facebook. sgt jelas, kawanku yg seorang ni sedang bahagia menanti hari besar, iaitu hari pernikahanmu kelak.


padahal di kala ini, aku masih lagi sibuk menelaah pelajaran. melihat kau, mengingatkan aku, aku sudah bukan muda remaja lagi yang boleh buat main-main dengan kehidupan. tidak boleh tidak dengan prinsip go with the flow. terlalu banyak cabang pilihan dan keputusan² besar yang sampai waktu, harus kita buat.


malam ni aku rasa macam begitu dekat dengan kau. maka aku coretkan ini, incase, Tuhan tiba-tiba mahu menarik nyawa aku sebelum sempat aku meluahkannya kepada kau. ajal itu di mana-mana dan bila-bila.


sebagai orang yang bakal melangkah ke satu alam yang aku rasa begitu lain, aku titipkan doa selamat yang berlegar-legar dalam hati kecil aku.


terlalu banyak soalan yang ingin aku tanyakan. tak takutkah? berdebar-debar tak? gembira? sayu?


Erti hadith: "Apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian dari agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain" ( Al-Hakim : Shohih menurut Al-Hakim dan Ibn Hajar, Talkhis al-Khabir, 2/16 ; Dhoif menurut As-Suyuti, Al-Jami' as-Shoghir , 2/168)


sungguh, kau akan jadi milik orang, bakal jadi yang halal buat dia yang tercinta. kau bakal menyempurnakan separuh daripada agama. alam baru tentu akan jadi sangat menyeronokkan. tidak ada yang lebih membahagiakan selain daripada berasa selamat di sisi orang yang tersayang. tentu lebih indah jika sama² bercinta atas nama Tuhan yang menciptakan kita. aku tahu kau tentu akan berasa sayu, ataupun satu perasaan yang tidak tergambar bila kau kucup tangan bakal suamimu ketika hari pernikahan. apatah lagi, ketika kau kucup tangan suamimu setiap kali selepas sama-sama bersolat kelak.


tapi sahabatku, hidup tidak akan pernah lari dari cabaran. kerana Tuhan mencintai hambaNya dengan menurunkan ujian kepada kita. kau tentu sudah bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal melanda ketika kau mengambil keputusan sebesar ini. sedangkan lidah lagi tergigit. jika hari begitu tiba, jangan cepat melatah, bersabarlah. mohon petunjuk dari Tuhan. kerana dalam duniamu itu, hanya ada kau, dia dan Tuhan.




ikatan suci begini jangan sekali terputus. definisikan landasan dengan betul agar saluran kasih sayang mu membawa ke syurga, wahai sahabat, dengan izin Allah.


happy belated birthday dan selamat menempuh ke alam baru. :)



aku yang mendoakan dari jauh;
fansu'.


No comments: