March 17, 2010

sembilan belas

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



gila ni update blog tengah-tengah kesibukan yang memuncak. tapi biasanya, busy macam ni buat kerja-kerja semua jadi efikas sebab tak ada masa sangat nak lepak-lepak.


yang ini entri ke seratus aku. (tak tau apa motif aku tulis statement ni.)


sekarang jam 410 pagi. aku sebenarnya tengah study untuk exam esok. periksa semester akhir subjek sistem pemanas dalam bangunan dan subjek wood construction. hehe. elegan kan subjek² yang aku belajar.


elegan tak elegan, macam nak pengsan rupanya civil engineering. kau jgn la mengade-ngade nak buat civil kalau tak tahan banyak projek dan laporan kena siapkan.


kelas mula jam 8 pagi. break 1 jam 30 minit sebelum start balik kol 130 ptg sampai 530 ptg. tiba-tiba, groupmates aku untuk subjek thermique kata :


"fan, lepas kelas pegi library ek. kita kena siapkan projek installation. hari khamis kena hantar."


selang 3 minit (tipu, aku tatau berapa minit), groupmates aku untuk subjek geotechnique pulak kata :


"fan, kita kena siapkan laporan evaluasi nombor dua. esok (rabu) kena hantar. pegi library tau pas kelas."


selang 3 minit lagi, groupmates aku untuk subjek struktur mekanik serie 6 pulak kata ;


"fan, kita kena habiskan projek tu, cikgu nak ari jumaat. kalau ada masa, kita buat kat library lepas kelas."


selang 3 minit seterusnya, groupmates aku untuk subjek Developpement Durable datang ;


"fan, wiken ni kita kena start buat diaporama power point and habiskan perbincangan kita untuk pembentangan hari isnin."


aku dah blurr. asyik siapkan homework, bila aku nak study untuk exam? lepas tu, satu kelas senyap. aku pun kata ;


"kenapa dah sebenarnya aku pilih civil engineering?"


kawan aku jawab, "cara paling educated utk bunuh diri mungkin."


3 minit sebelum 530 ptg, cikgu (academic director) pulak cakap depan kawan² aku;


"Mademoiselle Ramli, jangan lupa dapatkan praktikal by minggu ni ye? awak sorang je dalam kelas tak dapat lagi praktikal."


=.=


lepas kelas aku menyusup² solat jamak tamam asar + zohor. terus ke library, mendaftar kat makcik library untuk access library sampai kol 9 malam. (canggih library aku. )


sampai rumah macam nak pengsan. mandi solat ingat nak makan skali aku tertido. ceh. so, bangunlah aku kol 2 pagi makan nasik mcm kelawar.


ala. aku nak cite bende lain sebenarnye. pasal makcik baju hijau aku jumpe mase lunch. takpelah. len kali la.





i a m n o t w h a t y o u w a n t m e t o b e.

No comments: