Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Perhatian : entri ini untuk adik-adik perempuan yang sedang menuntut di Perancis –Angoulême, Nice, Tours, La Rochelle, Besançon, Colmar, Aix, Toulon.. masyaAllah, dimana-mana pun yang namanya Perancis.
adik-adikku, moga sekalian sihat-sihat dan terpelihara imanmu dimana jua kamu berada. kita mungkin pernah terjumpa, kakak pasti. tidak kira berselisih bahu, mahupun melihat dari dalam gambar saja, atau paling tidak saling terdengar nama.
sekiranya tidak pernah sekali pun, maka salahnya pada kakak yang tidak cukup memberi perhatian kepada adik-adik, padahal kita menuntut di bawah satu bumbung Ilahi yang sama.
adik-adikku, bilangan kita yang berkaum Hawa sikit sekali di bidang ini. walaupun, di sebelah Besançon, bakal guru-guru Perancis berusaha menyeimbangkan populasi kita di sini, kaum Adam tetap dominan.
kakak sangat-sangat terpanggil menulis barang sedikit, bila asyik mendengar (melihat facebook kot.. hehe.) status-status yang keliru, runsing, yakin tapi tidak cantik keteguhannya dalam satu keputusan yang bakal diambil.
padahal, kakak sendiri masih tidak terlalu ‘senior’ untuk berkongsi pengalaman dibandingkan dengan kakak-kakak ‘dinosor’ (moga-moga kak seri tak baca blog ni. hehe.) yang jauh lebih lama bermastautin di sini. tapi, kakak mahu cuba yang terbaik untuk adik-adik supaya tidak tersimpang besar dari jalan cerah masa depan.
maaf, kakak akan cuba tidak terlalu sastera dalam menulis untuk point seterusnya. [ ye, my fault for being so mendayu-dayu (?) ]
1/ tahun depan nak pegi mane ni?
sasaran : adik-adikku yang bukan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. (bukan cikgu/ Besontines la senang cite.)
1.1/ bidang
adik-adikku, first thing first, pilihlah bidang yang menjadi kesenangan hati. jangan takut tentang experience² negative yang kalian terdengar.
“oiiii, kau nak buat genie XXXX? susah doh, senior aku cakap.”
senior mana tu, dik? huhu. senior itu tidak salah, yang salahnya adalah adik-adik sendiri kalau adik-adik mempercayainya terus-menerus tanpa ada usaha bertanya orang lain dalam bidang yang sama.
kami (senior) manusia biasa, keluhan ‘susah’ memang biasa tercetus, dik.
dalam hidup, dik, kita kena rajin. rajinkan diri kita mencari maklumat dalam hal begini. jangan taksub dengan pandangan sebelah saja. dan mesti positif.
kakak orang pertama (menurut SFERE) buat civil engineering, tak ada senior yang betul-betul buat bidang ni. ada satu dua, tapi di tahap Master. itupun kerana cabang spécialiténya (cth : mécanique de sol / ventilation / dévéloppement durable) adalah di bawah Civil Engineering.
susah ? hai adik-adikku, kakak bukan Tony Buzan , orang terpintar di dunia. tapi, kerana minat, segalanya nampak best betul dalam bidang ni.
1.2/ tudung
adik-adikku yang beragama Islam : sama ada kamu memakai tudung atau pun tidak, perkara ini berkaitan denganmu.
kakak tidak mahu menipu. betul. di Perancis punya masalah untuk memakai tudung.
adik-adikku, kakak rasa, kakak tidak perlu menulis panjang-panjang mengenai hal menutup aurat. adik-adikku bukan kanak-kanak kecil untuk disuruhpaksa. kalian umurnya sudah/hampir 20-an. masing-masing boleh berfikir panjang ttg tanggungjawab. ttg intergriti. adik-adik punya hak dengan pilihan adik-adik.
dalam hidup, kakak sendiri lambat menunaikan kewajipan bertudung itu. kerana sejak kecil (darjah 1 sampai form 5), sekolahnya sejenis saja. jadi, kakak pernah berada di dua-dua belah pihak dan kakak tidak mahu prejudis. walaupun kakak berharap dapat melihat wajah adik-adik yang pastinya manis bertudung. ^^
bon, revenons à notre sujet.
ada di antara adik-adik kakak ini, berani perwatakkannya. adikku, kakak juga seorang yang berani. boleh tanya kawan-kawan kakak. kakak punya darah Bugis, keturunan Mama yang garang, tegas dan sikit pemarah.
tetapi berani itu jangan sampai memakan diri. kalau adik sudah tahu, tempat itu tidak boleh memakai tudung, jangan diharap-harap lagi, adikku sayang.
kakak pasti, adik-adik pasti macam kakak, mesti pernah dengar :
“alaa, ko pegi jeeee. pakai je tudung. buat tak tau, kadang-kadang, diorang tak perasan pun. tengok-tengok, sebenarnye leh je pakai tudung.”
ya adik-adik, mungkin perkara itu benar, pada sesetengah tempat.
tapi, kalau SFERE (bagi JPA dan Pekom) sendiri sudah menyatakan, tempat itu tidak boleh pakai tudung, maknanya, memang TIDAK BOLEH. sebab apa? sebab kalau SFERE yang bagitau, sebenarnya di sebalik email yang adik baca tu, SFERE dan tempat belajar itu sort of sudah membuat persetujuan mulut bahawa c’est interdit!
kalau adik fikir, adik ‘nak pergi je’, dan mencuba nasib, adik akan terperangkap. pihak sekolah akan merujuk kepada SFERE, dan SFERE akan menyalahkan adik, kerana adik turut ‘bersetuju’ pada awal-awal.
tapi adik-adik mesti pintar mencari. tak perlu tanya pada setiap tempat yang bakal adik postuler. sebab kadang-kadang sebenarnya boleh, tapi sebab kita / SFERE tanya, terus tiba-tiba ada undang-undang baru mengenai tudung. kalau ada kakak yang bertudung (orang Islam- tak kira Malaysia atau tidak), di situ, maka InsyaAllah, boleh dik. tapi, mesti rajin bertanya. (lawat dulu tempat tu pon boleh.)
adik-adikku, dengarkan lah nasihat kakak ini, jangan cari jalan mudah. selagi ada masa, carilah sampai ketemu. usaha itu penting, terutamanya di mata Allah. kalau tidak berusaha, adik belum lagi dikira dalam keadaan darurat.
namun, sekiranya adik-adik sudah mencuba, mengelilingi setiap pelosok France dan bulan Ogos pun menjelma tanpa sebarang hasil, maka, berserahlah adik kepada Allah swt, mohon keampunan daripadaNya setiap hari, dan bersedialah menghadapi dunia baru adik-adik. (maksudnya, da terpaksalah.)
(boleh kontek kakak untuk ulasan lebih dalam dan real. kakak boleh panggilkan victim-victimnya masa zaman tok-tok kaduk dulu. hehe.)
1.3/ seorang diri (perempuan)
wah, tak kurang hebat, ramai yang ingin duduk seorang, bila jemu beramai-ramai selama setahun lebih di pusat persediaan.
adik-adikku sayang, jangan tertipu. tak seronok duduk seorang perempuan! walaupun kakak tak keseorangan dikelilingi 2 kawan lelaki satu batch yang agak ‘kamceng’ pada tahun pertama, tapi ada masa-masa jiwa kakak merintih-rintih memerlukan teman berbual (gossip kottt). bil telefon kakak tinggi menelefon especially cik Yana di Pau. (huhu femes kau.)
ada satu hari, kakak mahu potong rambut. dan tak dapat ke kedai kerana kekangan waktu. niat memotong rambut waktu tu sudah hampir 2 bulan!
gunting sudah di tangan kakak. kakak duduk di depan cermin, cuba berbagai posisi supaya tak mencacatkan rambut kakak. selang 15 minit, kakak putus asa.
kakak pandang kiri dan kanan. hanya ada kakak seorang dalam rumah. kakak tegak berdiri, merenung diri sendiri selama 10 minit. gunting di tangan tiba-tiba terlepas. kakak terduduk menangis, keseorangan.
waktu itu, tak terbayang hibanya hati. susahnya.. kalaulah ada seorang teman perempuan yang lain, seorang pun jadilah, dik.
1.4/ seorang diri di bandar
adik-adik, kakak rasa adik-adik pernah terdengar tentang arwah kawan kakak yang meninggal dunia di Niort, beberapa bulan yang lalu. kawan satu batch yang pernah bergurau senda satu ketika dahulu, tiba-tiba dijemput ajal.
ajal tidak ada belas, dik. dia datang menurut perintah tuhan bila-bila masa. walau kamu masih muda.
kalau itu takdirnya untuk kita, duduk seorang di sebuah bandar asing tidak ideal, dik. tidak ada manusia yang tahu tentang kita. mahukah adik-adik begitu?
nauzubillah minzalik. hanya pada Tuhan, aku berlindung..
2/ Pindah rumah
sasaran : adik-adikku di Besançon
adik-adik sekalian. kakak dengar kalian mahu pindah ke centre ville ya? betul, dik, duduk di centre ville memang seronok.
tapi adik-adik jangan pindah ke centre ville kalau adik-adik selalu ada masalah kewangan. taraf hidup di centre ville bukannya murah. lagi-lagi dengan kedai-kedai shopping baju yang bertaburan, masyaAllah, laju saja duit biasiswa kita keluar, dik.
kakak pernah duduk di centre ville, berdua dengan Kak Noor di La Rochelle. alhamdulillah, biasa saja.
kalau studio kami tahun pertama (Maison Francophonie) letaknya di sebelah intermarché, pejabat pos di sebelah pintu rumah (memudahkan pengurusan ambil parcel dari Malaysia, hihi), sewa rumah tidak semahal sewa di CV, kedai daging halal pun hanya beberapa langkah, tak ada reason untuk kami pindah.
duduk berdua/ lebih dari seorang memerlukan sebuah komitmen yang sangat² tinggi, adik-adik. mustahil, dua orang yang berbeza latarbelakang boleh bersetuju dalam segala hal. pasti ada masam-masam muka di dalam rumah.
setiap benda ada pro’s and con’s nya. terpulang kepada adik-adik, kakak tidak perlu risau. tapi jangan lihat pada kelebihan-kelebihan saja, adik-adikku. mesti lihat kesan-kesannya juga.
harapan kakak pada adik-adik, jika sudah bersedia dan yakin, tidak ada salahnya.
selamat bermuscle mempacking barang dan berkelam-kabut menguruskan hal-hal administratif ketika pindah. (assurance d’habitation, preavis quittance, caution 2 bulan sewa berganda-ganda, mengRE-etablirkan connection internet, buka line telefon, buka compte EDF dan air, RE-application untuk CAF – ini paling susah sbb selalu ada masalah, tukar alamat untuk bank/titre de sejour, etc)
jadi adik-adikku sekalian, tariklah nafas dalam-dalam. apa jua keputusan yang ingin dibuat, letakkan Allah sebagai petunjuk. moga diredhai sentiasa!
moga tidak lebih memeningkan adik-adik. hehehee.
No comments:
Post a Comment