Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
jawapan teka-teki minggu lepas.
Apakah ia
Bila di bumi ia di paras paling bawah
Tatkala di langit ia lambang
Kemuliaan dan ketinggian
Malah membebaskan lagi memerdekakan?
dah ready untuk jawapannya?
jawapannya : sujud
Petikan - Muntalaq, Bab 2, Sujud Pembebasan
dari penyair Abdul Wahab Azam dalam Majalah al-Muslimun
sujud itu menundukkan dahi, tetapi
memuliakan dan meninggikan muslim yang bertasbih kepada-Nya
si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu-belenggu itu
padanya, semua makhluk akan tunduk kepada muslim yang sujud
seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
wajah dan seluruh anggotanya melekat di bumi
tetapi ia menggoncangkan gunung-ganang
meruntuhkan syirik dan was-was dalam diri
tetapi ia juga membangunkan generasi-generasi
dalam diam, kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaran-Nya
sujudnya hanya kepada Allah, ia mengesakan-Nya
lalu mantap dan kuat
menghapuskan setiap penzalim yang sombong
barangsiapa menghayati sujud ini
dia menikmati kempipinan dan ketuanan di muka bumi
dengan keagungannya
rahmat
dan keindahannya
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:
Post a Comment