Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima tobat, Maha Penyayang." - [Surah Al-Hujurat ; 49:12]
tidak tahu sudah berapa kali aku ditadaburkan mahupun aku mentadaburkan surah nan satu ini. utama-utama ayat yang ke dua belas ini.
ulangan biasanya akan beri satu ingatan kukuh kepada si pengulang. lebih-lebih lagi, komentar yang dilontar dari orang yang berlainan setiap kalinya, tak pernah ada pun yang serupa.
umpama lewat petang semalam, bersama mereka yang sudah mula tercambah rasa rindu kalau tak dilihat, menerusi medium maya sekalipun, seorang dari mereka bertanya ;
'saya selalu prasangka. macam mana nak atasinya, ya?'
gugup lalu aku beristighfar banyak-banyak sebelum menjawab, takut-takut yang diperkata aku tak perbuat sendiri. kerana aku sendiri juga kadang-kadang kuat berprasangka.
dan seorang yang lain pun berkata,
'saya terbaca, biasanya orang yang selalu tidak percaya orang lain (bersangka buruk), kerana dia sendiri tidak mempercayai dirinya sendiri.'
jeda.
'sebab dia ada sifat buruk A, maka dia fikir orang lain pun turut ada sifat buruk A.'
jeda kali kedua. sebelum aku mengiyakan di hadapan monitor. dan aku mengiyakannya hingga lewat pagi ini. dalam hati.
jazakillah. jazakillah.

No comments:
Post a Comment