Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Apa jua jenis pekerjaan adalah tetap satu pekerjaan. dan kita tetap seorang manusia. bukan robot. atau objek mati.
pengalaman latihan industri (practical training) pertama aku adalah di sebuah tapak pembinaan di sebuah bandar utara perancis. menjadi buruh, untuk seorang perempuan seperti aku, adalah satu perkara terpelik yang pernah aku lakukan dalam hidup.
ia pelik. tapi bukan terburuk.
setiap pagi ketika sampai, rutinnya adalah kami dihidangi teh pudina (mint tea) yang manis semulajadi tanpa gula daripada seorang buruh Morocco sambil bersiap-siap memakai kasut keselamatan, uniform syarikat dan topi keledar keselamatan.
setiap petang sebelum pulang, rutinnya adalah aku berlumba siapa guna dahulu kontena pekerja. selalunya mereka membiarkan aku dahulu membersihkan diri. kerana pada awalnya, aku sering 'terhalau' (aku yang menghalau diri sendiri) kerana mereka, sang lelaki-lelaki ada yang sedang mandi, tidak berbaju, berjalan ke hulu ke hilir di dalam kontena sambil bergelak ketawa dengan buruh-buruh lain.
kalau tidak banyak, pasti ada secuit rasa dalam hati-hati kita untuk memandang rendah kepada golongan buruh.
jangan tipu. pasti ada.
namun, yang aku kagumi, engkau sikit pun takkan tahu pekerjaan mereka sebagai buruh sekiranya engkau terserempak dengan mereka di luar waktu kerja.
di waktu-waktu aku 'terhalau' keluar, bila sampai giliran aku menggunakan kontena, mereka keluar dengan penampilan biasa. rambut tersisir rapi, baju seluar tidak compang-camping atau ada kesan-kesan percikan lecak tanah, bau minyak wangi semerbak. sikit pun tak ada klu atau kaitan dengan pekerjaan mereka.
itulah pengajaran paling berharga aku terima yang tidak aku tuliskan di mana-mana bahagian dalam laporan latihan industri aku :
satu; jangan terlalu memandang rendah kepada pekerjaan sendiri walaupun pekerjaan engkau adalah biasa-biasa atau kecil sekalipun. kerana sekiranya engkau sendiri menghina pekerjaanmu, apatah lagi orang lain yang melihat. maka engkau sendirilah yang telah meletakkan dirimu di martabat lebih bawah daripada orang lain.
dua; aku ulang isi perenggan pertama entri ini, walau apa jua pekerjaan yang engkau lakukan, engkau tetap seorang manusia. bukan robot. atau objek mati.
pagi ini, ketika aku sedang menggelabah melakar-lakar idea untuk presentation tentang penggunaan sebuah software engineering (atau engineering software?), telefon syarikat berbunyi. aku mencapai telefon.
"hello. E**P**s***s Engineering.." kata aku selunak yang mungkin.
"bleh sambung to HR Department?" kedengan suara seorang perempuan di corong telefon.
aku tergamam. orang besar mana pulak telefon ni, tak ada greeting di awal bicara. sedikit kasar pada pendengaran aku.
"errr..sorry?" aku sengaja ingin dia mengulang.
"HR, HR! HR Department." katanya lagi. seperti menggesa.
"Oh. I'm sorry but the person in charge is not in yet." kata aku membelasah bahasa inggeris.
"ohhh... aaa, nak tanye ni. company ni amek practical tak?"
dalam hati aku menggerutu. pehhhh, student rupenye.
baca : tak semua yang jawab telefon office ialah receptionist. kalau receptionist sekalipun, adab berbahasa mesti mau jaga jugaklah, kawan!
sebab.
aku ulang.
walau apa jua pekerjaan yang engkau lakukan, engkau tetap seorang manusia. bukan robot. atau objek mati.
p/s : sebab kejadian pagi tadi, aku dah heret cerita sampai pengalaman aku kat France. gua ni memang bersimpang-siur ah cite. =.=
1 comment:
jauh pusing sampai ke hujung dunia sebelah sana..isk2
Post a Comment