September 15, 2011

kota seri dipenuhi emas sedang sunyi.

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





ungkapan satu baris itu sudah mampu meluluhkan hati. walaupun datangnya bukan dari mulut si pengungkap itu sendiri tapi dipanjangkan kepada aku secara rahsia melalui seseorang lewat pagi ini.


aku suka memanggil diriku sebagai seorang yang kacak, hensem dan sebagainya walaupun sifat-sifat demikian jelas layak digunapakai untuk seorang lelaki. tentu saja ia bersebab. ketahuilah bagi sesiapa yang tidak mengetahui, hakikatnya aku adalah seorang yang mudah berputus asa, melangkah ke belakang dan keyakinan diri aku adalah di bawah takat didih beku untuk perkara-perkara tertentu.


jangan tertipu dengan penampilanku.


maka sengaja aku menguliti diri dengan perkataan-perkataan gagah dan perkasa sebegitu. semata-mata untuk satu mainan psikologi. demi kebaikan aku sendiri.


minggu pertama aku adalah minggu kedua untuk mahasiswa kursusku yang lain. walaupun hanya 3 hari ketinggalan, nampaknya telah begitu banyak informasi penting dan urgensi telah diumumkan menyebabkan minggu pertama aku tunggang-langgang, berserabut, tertekan dan terkiyal-kiyal. lagi pula, aku bergelut dengan urusan perpindahan, pendaftaran identiti pendatang Perancis, pendaftaran pelajar, penukaran alamat dan permohonan bantuan bayaran rumah dalam masa yang sama.


dalam keadaan ini, aku memerlukan orang sekelilingku untuk menjadi setenang mungkin dan setabah habis supaya aku tidak lemah atau sedih. aku perlu kamu menjadi kuat untuk aku.


permulaan sememangnya adalah satu perkara yang sedikit sukar. tapi aku sentiasa ingat, fa inna ma'al 'usri yusra, inna ma'al 'usri yusra. tuhan mengulanginya dua kali untuk meyakini kita bahawa di setiap kesusahan ada kesenangannya.


2 tahun akan berlalu pantas, aku pasti. dan aku pasti aku akan merindui tempat ini dalam masa beberapa tahun ketika aku sudah pulang untuk bersama dengan kamu.


untuk dia, aku juga rindu. tangisan pagi syawalku untukmu adalah benar dan tidak ada yang lebih benar dari itu. buat pertama kalinya.



2 comments:

warx.hensem said...

takat didih atau beku, please hang on in there.. hehehe

fanramli said...

ya pastiiii.