September 27, 2011

OMG?

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



sekarang jam 12:53 pm. waktu tengahari. oleh kerana hari ini aku sudah terbangun awal pagi sebelum Subuh, maka aku punya masa yang banyak. antaranya untuk sarapan pagi yang sedikit berat. kesannya, waktu tengahari aku tidak lapar. setidak-tidaknya, aku boleh mengisi lunch break ku menelaah pelajaran di perpustakaan.


kelas ku bermula semula jam 1:30 petang. aku baru sahaja selesai membaca beberapa entri blog ku pada awal² aku membuka ruangan ini. semuanya berpunca dari engin carian Google. lain yang ku cari, lain yang keluar. keluar blog sendiri pulak.


aku terkagum sebentar. bukan riak. tapi aku terkagum bagaimana aku begitu independant mengharungi hidup ketika di Le Havre dan bagaimana aku begitu bersemangat dalam segala hal yang aku lakukan ketika itu. aku bandingkan dengan entri² terbaru aku. wah, sungguh pesimis, longlai dan merapu!


what had actually happened? i want my old me back.


astarghfirullah.


insyaAllah, lepas ini, akan aku sinari entri² ku dengan semangat positif. topik yang lebih baik dan bermanfaat. aku akan cuba mengganda kekerapan berkongsi. aku akan kembali membaca dengan lebih banyak. dengan bantuan Tuhan.


yes. that's the spirit!


ahhhh! tiba-tiba aku sungguh bersemangat! hehe.

2 comments:

pESAwah said...

Salam. Fansurina Ramli, ini ddy, pernah satu masa dulu menjadi tablemate di dining hall. tkc at 2004. if im not mistaken. :)

I wish u will be having a more inspiring life onwards! Optimistic selalu. \o/\o/\o/ Insya Allah. just drop by to ur blog.

fanramli said...

salam wbt, cik pesawah!

haha. mula² tak igt. tgk gmbar baru igt, ni cik ddy@khadijah yang comel putih² tu rupenya. hihihi.

wahh! jazakillah sis for dropping by. insyaAllah, selagi masa masih ada, kita gunakan sebaik yang mungkin. :)

p/s : malu pulak. tp tiba² nak minta maaf awal² ya kalau sepanjang jadi tablemate ada bising² ke buat muka ke. haha. u know those old time. hehe.