Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
ada satu suara dalam jiwaku pinta dinyatakan dengan kuat dan tegas. tapi ada satu suara dalam jiwaku yang menangis ketakutan.
suara tegas itu bisa menyebabkan satu kehilangan berharga, tapi bisa juga menyebabkan satu perolehan yang begitu nikmat. nikmat hasil daripada keberkatan, keredhaan dan juga kesabaran.
ketidakpastian dalam meniti hari-hari akan datang yang sebenarnya telah menyekatku. mudarat. memang mudarat. hairan, perkara murni kenapa perlu diimbalbalik dengan ragu-ragu?
kerana aku takut pada satu kehilangan?
berserah kepada Tuhan, yakni tawakal, terlalu mudah untuk diucap. tapi sudah betul dalamkah aku benar-benar berserah dan meletakkan satu keyakinan yang jitu kepada ketentuan Allah? belum. kerana ia langsung TIDAK mudah, terlalu susah apabila bukan hanya akal tapi apabila hati juga sudah salah meletakkan kebergantungan.
istighfar, wahai jiwa. sungguh jiwa mukmin itu adalah jiwa yang paling tenang.
“dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” [At-Talaq ; 65 :3]
hoiiii apa lagi yang aku ragukan? arghh tekanan. berlawan dengan diri sendiri adalah perkara yang begitu memenatkan.
nasibku selalu baik, Tuhan sentiasa mentakdirkan waktu lapang ketika keresahan. memberiku waktu untuk bertafakur. sedikit-sedikit, aku sedang mengumpul kekuatan. aku percaya, aku akan berjaya melaksanakannya.
Parc l'Ovalie, Sassenage





di laut itu
aku telah menjumpai kerang mutiara
namun rajukku kerana ia tidak mahu terbuka
jawapannya mudah saja
kerana masanya belum tiba
untuk aku memilikinya
maka Tuhan telah memujukku hari ini
di sisi tasik
di kaki gunung
di bawah pepohon
di bangku kayu
dengan satu kesimpulan
kalau sudah rezeki
pasti ada
namun jika tidak
Tuhan pasti menggantinya
dengan seisi laut yang ada
aku telah menjumpai kerang mutiara
namun rajukku kerana ia tidak mahu terbuka
jawapannya mudah saja
kerana masanya belum tiba
untuk aku memilikinya
maka Tuhan telah memujukku hari ini
di sisi tasik
di kaki gunung
di bawah pepohon
di bangku kayu
dengan satu kesimpulan
kalau sudah rezeki
pasti ada
namun jika tidak
Tuhan pasti menggantinya
dengan seisi laut yang ada
yahh action start now! doakan ya kawan-kawan. :)
2 ulasan:
lawanye gambar..bile nak mengambil gambar agaknya? tangan ini menggeletar masa meraba2 d40 yang hot itu..
mekasih. tp biasa je gamba ni selama 4 tahun tak improve².
Post a Comment