November 16, 2011

aku ingin memusing waktu

agar hari ini, di hadapanmu kasih, aku sama sempurna sepertimu.



bulan sedang mengambang sejak beberapa hari. sinarannya begitu terang hingga kadang-kadang membangunkanku di malam pekat. dan setiap kalinya aku akan menarik nafas yang begitu panjang. adakalanya, tanpa aku sedar, kelopak mataku digenangi air mata.


mungkin kerana aku seorang.
mungkin saja kerana mimpi ngeri.


tetapi perasaanku sering kuat membawa aku pada satu macam rasa yang begitu aneh. umpama takut diselangi rasa hairan yang dalam, sambil menatap bulan terang itu dan bertanya entah sebab apa Tuhan masih belum menghabiskan hayatku pada hari tersebut, melihat segala kemudaratan yang telah aku lakukan sendiri pada waktu-waktu dulu. (dan sekarang.)


hidup terlalu singkat. mati seolah-olah hanya beberapa langkah saja lagi. dan menyesal tidak ada gunanya sekiranya sebahagian besar waktu singkat itu telah engkau hitamkan.


istighfarlah wahai jiwa. yakinkan saja langkahmu ke hadapan. masa tidak boleh dipusing lagi.





Pada pagi hari Tuhan tidak pernah seperti terkejut dan bersabda, “Hari baru lagi!”
Ia senantiasa berkeliling merawat segenap ciptaan-Nya
dengan sangat cermat dan hati-hati tanpa memperhitungkan hari.
Ia, seperti yang pernah kau katakan, tidak seperti kita sama sekali.
Tuhan merawat segala yang kita kenal
dan juga yang tidak kita kenal
dan juga yang tidak akan pernah bisa kita kenal.


-Sapardi Djoko Damono

2 ulasan:

warx.hensem said...

aku mengurut dada dan menghembus nafas lega..hari ini..yang baru..yang biru..aku nisankan gerak hati yang sering menanyakan bila Tuhan mahu tamatkan hayatku..

fanramli said...

andai menisankan gerak hati itu semudah bermimpi. sungguh Tuhan pemegang hati-hati kita. :)