Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Pagi ini, alhamdulillah, aku tergerak membaca email forward Ikram N9 tentang isu yang sedang kecoh berlaku minggu ini. bukan, bukan tentang gempa bumi berskala 8.5 ritcher di Acheh itu tapi tentang isu 'perarakan mahasiswa' menuntut penghapusan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).
boleh baca (email forward) di blog pengulas Prof. Mohd Nazari Ismail, Universiti Malaya di sini : http://profnazari.blogspot.fr/2012/04/penghapusan-ptptn-penyelesaian-yang.html
aku terpandang status seorang kenalan di Facebook yang berbunyi, 'perang status: org yg guna ptptn bagi sbb knp diorng rs ptptn mmbebankn, org yg x guna ptptn bagi sbb knp budak yg guna kna brsyukur.' aku mengangguk laju mengiyakan dek melihatkan status-status di Facebook di kalangan 'Friends'ku. memang itu yang berlaku.
aku? macam biasa, manusia kerdil dan tak ada kuasa seperti aku akan memilih tanpa suara, tanpa pendirian tapi berkecoh kuat di blog-blog personal (exactly what i'm doing right now).
terima kasih kepada Prof. Mohd Nazari kerana sekurang-kurangnya gambaran tentang ekonomi Malaysia (selalunya budak-budak overseas malas ambil 'pot' , yalah, duit berkepuk dari kerjaan, mana nak fikir datang dari mana) menjadi sedikit jelas kepada aku. tapi harus lebih banyakkan pembacaan, ya. jangan ambil satu sisi pandangan saja.
menyoroti dari awal hingga akhir artikel, hatiku ngilu. bukan, ngilu bukan perkataan yang tepat. ralat. ya, hatiku menjadi ralat. aku tidak mengatakan aku setuju mahupun membangkang 100% tentang hujah-hujah (aku sentiasa dgn motto aku menjadi 'selamat' haha ceh) tersebut. apatah lagi menyokong yang mana satu tentang politik, pro-kerajaan ke atau anti-kerajaan ke, apa ke, tetapi yang menjadikan aku ralat adalah ayatnya :
namun kita juga perlu menyedari bahawa salah satu dari punca utama kenapa pemborosan berlaku dalam perbelanjaan kerajaan adalah kerana budaya 'politik wang' sudah menular hingga ke akar umbi masyarakat.
kemudian beliau menjelaskan tentang fenomena rakyat yang sering meminta-minta dalam perenggan yang sama. lihatlah apa yang dah terjadi kepada kita? tidak sedarkah kita bahawa punggung telah menjadi berat, kaki pun malas bekerja. wah, aku boleh masuk DBP cipta peribahasa baru. bagaimana mahu menyalahkan kerajaan secara mutlak, apabila rakyatnya sendiri terlalu manja meminta itu dan ini. kalau tak diberi, mengamuklah kita. kalau diberi, tak cukup pula. kitalah yang menjadikan kerajaan kita sendiri begitu!
tetapi aku paling favorit, konklusi beliau :
Akhir sekali izinkan saya menyatakan satu perkara yang menghairankan diri saya apabila memerhatikan beberapa kes-kes di kalangan ibu bapa yang mengatakan mereka tidak mampu membiayai pendidikan anak-anak mereka sendiri dan menyuruh anak mereka berhutang dengan PTPTN. Ini kerana sering kali saya perhatikan bahawa ibu bapa ini juga sanggup membiayai pembelian kereta baru dan mewah untuk diri mereka sendiri yang berjumlah ratusan ribu Ringgit.
ya itulah. aku suka menekankan (selalunya kepada diri sendiri bila rasa tak puas hati dengan orang lain, tapi refleksi diri ini selalu terlambat. biasanya datang lepas dah ter'explode' sedikit. ahh! ), bahawa kita selalulah mencari kekurangan di pihak luar tetapi sikit sekali melihat kepada diri sendiri.
memang ada betulnya, aku lebih suka menggunakan perkataan - tepat sekali, bahawa kita seringkali terlupa pada prioriti hidup sendiri. mungkin ada yang merasakan, mereka sentiasa ingat pada prioriti hidup, tetapi persoalannya, apakah prioritimu adalah betul? contohnya, si polan A, keutamaannya adalah harta lebih daripada mengutamakan anak dan dia sentiasa ingat akan itu. tettt.
tak perlulah aku meng-RE-ulaskan (DBP jangan marah, bahasa aku teruk sekali) tentang pandangan tersebut lebih banyak lagi kerana aku percaya masing-masing boleh berfikir dengan baiknya. perubahan memang begitu sukar. mengapa kita tak mengambil iktibar daripada revolusi arab terutama yang berlaku di Tunisia dan Mesir? lihatlah bagaimana An-Nahda yang menguasai majoriti kerusi parlimen Tunisia menghadapi kesukaran membersihkan bekas-bekas kerosakan Ben Ali atau Egyptian Armed Forces yang masih/lambat mengurus pilihanraya (yang terlambat sentengah tahun!) lalu rakyat-rakyatnya merusuh hingga meningkatkan jumlah kematian. atau saudara Palestin dan Syria yang di saat ini, masih tak berhenti bertarung demi satu nama perubahan (baca : perubahan kepada kebebasan dari dicengkam).
bukan mudah. ada harga yang perlu dibayar dalam setiap perubahan. ada pengorbanan yang perlu dilakukan dalam setiap pembaharuan. dan itu lebih baik daripada hanya duduk menampung lemak di badan dan kekal di lekuk yang sama tanpa pembaikan. percayalah, insyaallah, usaha hari ini akan membuahkan hasil yang nikmat sekali esok hari. semuanya adalah bergantung kepada kita, bersabarlah. hari cerah kan tiba. (wah puitis pulak. tak ada koherensi langsung gaya bahasaku kali ini).
pada yang meminjam PTPTN, bayarlah, walau apa jua alasan, riba' dll, tapi kalau dah engkau terpinjam, bayarlah. beli kereta sport boleh pulak. cubalah kita minimakan hidup dalam hutang. (tapi riba' tak boleh dimaafkan, banyak betul.) - tertakluk kepada mereka yg beli kereta haha.
pada yang tak meminjam PTPTN macam aku, mungkin hidup kelihatan mudah. aku tak merasa beban yang dipikul, mudahlah aku berkata itu ini dalam blog personal aku ni kan? ya tepat sekali. tapi terima kasih kawan, lepas ni, aku akan lebih menghargai dan berhati-hati ketika membuat pinjaman dan pilihan hidup, insyaallah.
jam dah hampir 10 pagi, ada temujanji istimewa bersama bidadari-bidadari grenoble. chewah. maka aku akhiri dengan lagu Vagetoz - Hanya Sementara. huehue. tak ada kaitan.
p/s : abang aku peminjam PTPTN ke heh? haha.
No comments:
Post a Comment