May 19, 2012

Ibadurrahman.

Assalammualaikum w.b.t 

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.






cinta manusia penuh komplikasi. penuh makna-makna tersirat dan rahsia. penuh dengan harapan yang kadang-kadang tak akan terlaksana. pasangan manusia yang berkongsi rasa cinta, selalunya menyimpankan sesuatu hasrat atau keinginan, tapi didiamkan di dalam hati, menanti, menunggu, agar pasangan masing-masing mampu merungkai hasratnya itu tanpa perlu dijelaskan dengan terang.


mungkin kerana itu, kita sebutkan cinta itu sifatnya gila, ajaib.


kita berlatih dan berusaha menjadi ahli silap mata. meneka-neka apa yang terkandung dalam hati sang kekasih. kalau mengena, dunia ini terasa begitu indah sekali. kalau terjolok yang salah, meletus gunung berapi, dunia terasa seperti neraka. ini gila.


cinta manusia penuh makna tersirat, sering berahsia, ruang perkongsian yang kecil dan hanya menyinari satu sudut dunia, menjalar di dalam hati orang-orang yang tertentu.


cinta Tuhan lain sekali.  


tidak seperti kita, tidak pernah sekali pun Dia berahsia tentang keinginan-Nya, tentang hasrat-Nya, tentang harapan-Nya kepada kita. Dia sentiasa jelas, terang, tidak tersirat di sana sini. betapa Dia mencintai kita, kerana itu Dia tidak mengambil risiko untuk mengelirukan kita dengan berahsia cara bagaimana memburu cinta-Nya. Dia memudahkan kita. bagaimana menjadi ibadurrahman? nah, 17 cara telah Dia bentangkan di pengakhiran surotul Furqan. bagaimana menjadi orang yang beriman? bacakan pula permulaan surotul Mu'minun. bagaimana menjadi orang yang tidak kerugian? telitikanlah surotul Asr yang seringkali meniti bibir di penghujung majlis-majlis ilmu.


cinta Tuhan lain sekali.


tidak seperti kita, kita tamakkan itu yang namanya cinta. menuntut seratus peratus rasa cinta dari sang kekasih. mudah sekali kita lupa, apa yang ada di sekeliling kita ini, tak pernah kita milikinya secara hakiki. tapi Tuhan tidak begitu. kerana Dia terlalu mencintai kita, Dia membenarkan kita, mengasihi, berkongsi kasih sesama makhluk! hablum minallah hablum minannas, menurut surotul Baqarah. padahal, selayaknya, Dia pemilik mutlak denyutan jantung. 


cinta Tuhan lain sekali. ia jelas, terang, memudahkan, tidak menyusahkan, begitu luas dan penuh perkongsian malah tercapah di seluruh sudut dunia, menjalar di dalam hati setiap hamba-Nya.


begitulah Tuhan, mengajarkan makna dan acuan cinta yang sepatutnya.


Photobucket

aparently, age or status doesn't prohibit you to love all these cute emoticons.



No comments: