Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
pada satu hari, budak-budak JPA yang nak graduate tahun ni and tahun depan dapat email daripada JPA Officer di Paris. semua dijemput hadir untuk bertemu dengan Talent Corps yang akan datang France bulan ni. aku excited sebab ayah aku penah cite pasal Talent Corps dulu-dulu.
malang tak berbau, lepas aku balik backpacking, dengan semangat membara nak jumpa orang Talent Corps dengan harapan dapat name card untuk kerja tahun depan, tiba-tiba dapat email personal :
'salam fansurina. pertemuan high-tea dengan Talent Corps di Paris di cancel last minute.. minta fansurina, kalau boleh tukar tiket dan hadir pertemuan yang bertempat di Lille.'
lebih kurang camtu la email yang aku dapat. down nye akuuuuuu. sobs.
last-last aku tak pegi, sebab kalau nak tukar tiket dari Paris ke Lille yang kedudukannya macam Perlis kat Malaysia, mau kena tambah 30€ and total pergi balik hampir 120€ ! pehhh. so aku isikan hujung minggu tu pegi bandar sebelah, Lyon untuk melawat seorang Akak 1 ni yang baru je selamat bersalin and lepas tu bermukim sekejap dekat St Etienne (rumah Akak 2). untung-untung, perjalanan aku ni hanya 30€ so aku dapat balik 50€ (sebab tiket Grenoble - Paris harganya 80€).
Lyon
so, aku pun telah 'memaksa' Akak 2 ni sekali pegi jumpa Akak 1 and lepas tu aku ikut Akak 2 ni balik umah dia. eh, faham ke? haha. kitorang pun jumpa kat Lyon tu lebih kurang kol 10 pagi camtu and terus merayau-rayau cari hadiah untuk Akak 1 dekat shopping complex Part Dieu.
'Lost in the unknown world' -photo titled by Akak 2
sungguh lahhh satu cabaran yang besar untuk Akak 2 dan aku memandangkan kitorang ni takde experience langsung pasal barang-barang baby! wuahaha. aku dah la anak bongsu and Akak 2 ni dah la anak tunggal. waduh waduh.... nasib baik jugak la aku ada 'experience kecil' sebab penah la menjaga anak sedara aku, Mia masa baby dulu.
so lepas dah habis membeli, kitorang pun teruskan perjalanan jumpa Akak 1 dan babynya Ikhwan Mujahid. nama dia 'fuyooh' kann? hehe.

(dialog adalah rekaan)
TADAAAA. gambar yang mendapat 'hit' di wall Akak 1. hek hek.
ikhwan says : pssttt. ada orang kata, kalau selalu cakap 'comelnye baby tu..! etc', nanti baby tu nakal tau. so, jangan lupa, kalau cakap comel ke hensem ke cute ke, sebut sekali masyaallah ke subhanallah tau! saya nak jadi anak soleh!
St Etienne
tujuan datang sini sebenarnya saja-saja. tak de niat nak pegi jalan-jalan pun. cuma nak menenangkan fikiran. St Etienne ni bandar kecik, takdela sibuk macam Grenoble. tapi Akak 2 tak sanggup tengok aku terperap dalam rumah, dia pulak yang drag aku pegi Musée de La Mine (Muzium Lombong Arang).
it was very interesting indeed! sayang sebab gambar-gambar dalam lombong gelap sikit so tak dapat nak tempek kat sini. kitorang turun ke lombong dengan lif, lepas tu masuk dalam gerabak (keretapi kecil) yang angkut pekerja/arang.

lombong!

dalam bilik 'Lamperie'. lampu dan bekas gas yang berat sungguh! bayangkan pelombong dulu bawak lampu ni kat kepala diorang and bekas gas tu kat pinggang diorang. uiiihh. berat!
'Salle des pendus'.
cuak pulak tengok baju tergantung camtu. ni baju-baju pelombong. sebab diorang ramai and nak menjimatkan ruang daripada letak locker untuk setiap sorang. *kelihatan aku konon-konon tengah nak cari baju aku. thehehe.*
hari-hari seterusnya aku duk melepak dalam rumah Akak 2 sambil masak-masak menghabiskan stok makanan rumah Akak 2 ni sebab masyaallah stok makanan dia bukan main banyakkkkk lagi padahal dia dah nak balik for good bulan depan kot. ish ish ish. so, aku dengan rela hati nya menolong dia menghabiskannya. kehkeh.
lepas tu aku pun balik ke pangkuan rumahku memandangkan aku nak pegi universiti hari Khamis untuk consult paper exams aku. hehe.
voilà untuk kali ini! pasni sambung pasal Scotland lagi ye..
No comments:
Post a Comment