Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Oh my god, am I going to update my blog like everyday?
haha.
hari ni hari isnin. aku ke tempat kerja dengan mata yang sedikit berat. biasalah monday blues bak kata mat salleh. and so, dalam RER aku dah bermonolog dalaman, 'damn, sampai office kena amek kopi'. for your information, orang prench ni memang suka hek minum kopi.
kol 9 before keje, kopi satu
kol 11 before lunch, kopi satu
kol 2 after lunch, kopi satu
kol 4 masa pause, kopi satu
dekat rumah tak tau la aku.
aku? aku minum waktu pagi kalau ngantuk iaitu amat jarang (chewah nak cakap aku sentiasa semangat la pepagi). kadang-kadang boring, aku saja jalan-jalan ke arah vending machine tu and amek hot chocolate. tapi aku selalu pegi untuk amek air sejuk dari water fontain kat sebelahnya and cuba bermingle-mingle dengan orang-orang kat sini. (effort sangat muhuhuhu)
and sebenarnya, benda-benda ni free. sebab memang kitorang dah disediakan jeton (apa jeton in english?).. hah, kitorang dah ada token/chip. boleh claim dekat secretary. biasa dia bagi satu genggam. oleh sebab aku jarang minum kopi, so aku pun jadi cam orang kaya dengan mengoffer jeton-jeton termasuklah kepada tukang perabot yang naik ke tingkat 4 ni untuk servis/install perabot.
so pagi ni, tengah aku nak pegi vending machine, terserempak dengan boss aku and boss dia. (double superior T.T) so dia pun tanya, ada token tak? aku pun bagi la kat mereka. lepas tu, biasalah orang french, dengan gaya gentleman dia, boss kepada boss aku pun tanya, aku nak kopi apa. aku pun cakap and tunjuk, 'café machiatto' sambil borak-borak. dia pun tekankan and lepas tu aku nampak dia kurangkan kuantiti gula. aku pun biarkan sebab memang aku biasa kurangkan gula. biasa letak 3 per 5 daripada skala tu. tapi japgi, dia tekan tekan tekan tekan... sampai la vending machine tu tulis 'café sans sucre' iaitu kopi tanpa gula! aku nak cakap stop stop tapi cawan dah keluar! lepas seminit, dia amek kopi tu and pass kat aku. aku pun minum sambil buat muka cool tahan pahit kopi yang astarghfirullah...! aku tak tau la macam mana raut wajah aku yang manis ni saat bibir aku menyentuh air kopi tu. wahahaha.
I'm not kak shafaza zara!! T.T
lain kali kalau ada orang tolong amekkan aku kopi, akan aku katakan terang-terang, 'laissez.. laissez le sucre, s'il vous plaît!' and sekarang cawan plastik kuning ni ada kat depan mata aku. tak baik membazir. takpela, nanti aku pegi tambah air senyap-senyap.
p/s : aku tak suka minum kopi pagi-pagi sebab tak sampai 5 minit lepas tu, aku konfem nak pegi toilet pegi buang toksin ! ini sangat merbahaya untuk menjaga imej aku sebagai wanita anggun di tingkat empat ini !!!!

2 comments:
My favourite too ! addicted to coffee. hehehe. =))
Oh! it's not really my favourite actually. just the least bitter daripada yang lain-lain. hehe.
thank you for dropping by! :)
Post a Comment