March 14, 2013

Paddle Pop!

Assalammualaikum w.b.t 


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



Paddle pop... yey! 
Paddle pop... wow!
Super duper yummy!
*musik diteruskan sampailah motosikal aiskrim Ah Seng keluar dari kawasan perumahan*
 

Semalam seperti hari penting bagi satu dunia. pentingkah? aku bertanya. penting kot. aku menjawab sendiri. semalam, ketika waktu berita perdana (eh eh, perdana?) jam 8 lebih, tersiar 'broadcast' langsung dari Rome tentang perlantikan paderi baru selepas paderi lama meletak jawatan. (wah boleh letak jawatan). ketika itu ada pemberita jemputan sedang mengulas tentang apa aku tak ingat, tapi segera dipintas pemberita satu lagi, 


'sekejap-sekejap. maaf, saya terpaksa potong kamu. kita kembali ke Rome, paderi baru akan memunculkan diri di balkoni gereja vatican!'


aku pun terkejut, 'wahhhh hebatnya coverage!' kerana seingat aku, kali terakhir kita mengalami siaran langsung begini ketika pilihanraya presiden Perancis tahun lepas.


pagi ini, di dada-dada akhbar (tipu, aku baca website je), kebanyakan negara Amerika Latin menyambut baik perlantikan paderi Argentina itu. kata mereka, pertama kali, paderi dunia tidak terdiri daripada golongan Eropah, golongan kulit putih 'pure'. semua pun memuji. Jorge Bergoglio yang memilih nama François (kalau perempuan Kristian yang nak jadi biarawati pun boleh pilih nama. ni hasil daripada tengok cerita Sister Act. muahaha.) adalah seorang Jesuits.


hasil google dan wikipedia, tahulah aku Jesuits ialah gelaran bagi ahli Society of Jesus yang banyak menjalankan 'missionary' (dakwah mereka) dan aktiviti-aktiviti kemanusiaan terutamanya untuk membantu golongan-golongan miskin. 


yang paling menggelikan hati sampai aku menggeleng-gelengkan kepala ialah, reaksi negara-negara. seperti yang aku katakan tadi, kebanyakan negara gembira dan terbuka hati menerima perlantikan paderi Argentina ini. kecuali Perancis yang begitu sinis dan skeptikal. (sangat tak menghairankan orang-orang Prenchh ni). meraka bertanya-tanya, apakah yang bakal dan boleh dibawa paderi ini? istimewakah paderi Argentina ini? atau akhirnya dia hanya akan menjadi paderi biasa, normal?






hahaha. France ternyata sangat 'bagus' dalam usaha 'support' dan 'encourage' ini. (baca : french ni suka pesimis dan provocateur)


reaksi lucu yang lain ialah dari United Kingdom yang juga sedikit sinis kerana mengingatkan kekalahan mereka pada perlawanan bola sepak antara Argentina dan England apabila Maradona - Hand of God yang dikatakan menjaringkan gol menggunakan tangannya. Maradona had apparently given the sign of their Pope in 1986. 


Jorge Bergoglio / François ini adalah Pope yang ke 266. (terbeliak aku baca angka ni). so, kita macam mana pulak...?


Photobucket 
 picture taken when I was in Vatican City, Rome



terjemahan kartun :

'awak kata Pope baru orang argentina?'

'ha'ah, macam Messi. so kita dah tahu siapa yang bakal menang dalam World Cup 2014!'



No comments: