March 23, 2013

Those little messengers (II)

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



Rujuk entri Nasi Ayam Malakoff


(dialog berlaku antara kakak manis yang wajahnya dihijaukan dan adik kecil 9 tahun yang duduk kat sofa pakai baju kaler pink. namanya Shasha. anak sulung kepada pasangan suami isteri yang berdiri di kanan sekali.)


oleh sebab malam sebelum tu aku tidur kat rumah dia, maka bermulalah perkenalan antara aku dan cik adik kecil ni. so, pada hari menghangatkan rumah (baca: house warming) encik jpa officer,  sampai-sampai je kat umah encik jpa officer, shasha dah tarik tangan aku, suruh join dia dengan adik-adik dia and anak-anak encik jpa officer main lukis-lukis. (haaaaaa semua budak kecik yang jumpa aku mesti ajak main lukis-lukis. muka kakak ni cam Leonardo Da Vinci ke, dikk?) tapi aku, 'hey, kakak nak pi tolong uncle s*a*ir masak ni' sebab mmg tu pon tujuan datang awal. aku pun dengan yani (yaa aku da ada geng pompuan kat sini yihu yihu) pegi la dapur. yani pon buat praktikal jugak area Paris. tapi dia hujung lagi satu Paris.


lepas dah bergelak ketawa and semua dah hampir siap tinggal nak potong ayam bergolek-golek, aku pun menyusup keluar join encik jpa officer dan isteri pergi borak-borak dengan budak-budak yang baru sampai. sementara yani serta dua orang batchmates yang sampai awal (dan telah dipaksa untuk potong ayam-ayam tersebut sebab diorang lelaki) sedang catch up catch up di dapur selepas beberapa tahun tidak berjumpa. tiba-tiba,


Situasi 1


"kakak.. kakak." Shasha tarik tangan aku.


"ya.. ya.. kenapa?" tanya aku.


dengan muka innocentnya, dia pun tanya, "kenapa kakak kawan dengan lelaki je?"


HAHAHAHAHA. (aku sebenarnya nak menangis bila dia tanya macam tu) 


aku pon cover malu terus transform jadi perempuan muslimah, tak tau nak jawab apa and sengih-sengih sambil kata, 'ooo diorang kawan-kawan kakak. nape? shasha nak ajak kakak main kan..? hikhik.' and aku cubit manja pipi dia. lepas tu aku lari masuk dapur nak berkepit dengan yani je and rasa tak nak keluar keluar dah dari dapur.


SOBS SOBS. 


Situasi 2


masih lagi dengan kisah Shasha. masa tu, semua orang dah sampai. so, encik jpa officer pun mulakan majlis dengan bacaan doa. lepas tu semua orang pun gerak ambik pinggan dan sebagainya. tengah-tengah aku curik coklat cloud 9 senyap-senyap, masa tu ada sorang senior kacak tegur aku tanya batch apa dan sebagainya. tiba-tiba Shasha datang and tarik aku lagi. aku tanya kenapa, and dia kata,


"sini laaa..." aku pun ikut dia. (meninggalkan senior tersebut yang menyambung perbualan dengan orang lain kat situ pulak)


bagusss kau dikkk tak kasi kakak cakap dengan laki ekkk. sayang la abang taman budiman dengan kau pasni. muaahuhu. 


lepas tu dia tarik aku nak bisik sesuatu, 


"kakak... kakak... kenapa tadi masa kita baca doa, kakak Amy dengan 2 orang abang tu tak angkat tangan?"


alololololo comeynye soalan. aku pun cakapla, kakak Amy and dua orang abang tu, tak tadah tangan sebab diorang bukan orang islam. tapi diorang duduk diam-diam je and dengar je kita baca doa, tanda diorang tengah hormat kat kita.


aku senyum tengok muka dia sambil dalam hati 'alamak dik, moga-moga kau pahamla apa yang kakak cakap ni. hikhikhik.'


terima kasih, adik sayang. :)

No comments: