April 9, 2013

Sortie Resto : Alambra, Vitry

Assalammualaikum w.b.t 

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





hai hai hai! bertemu lagi dalam segmen Sortie Resto! untuk pengetahuan, ni ialah entry ketiga untuk siri Sortie Resto! yeay! bangga dengan pencapaian diri sendiri! clap clap clap. haha.


ok kali ni nak buat review untuk Restoran Alambra. sebenarnya restoran ni dah pergi 2 minggu lepas. tapi oleh sebab penulis yang gemuk ni jatuh sakit untuk seminggu, segala aktiviti telah dihentikan. termasuklah mengemaskini blog secara bertubi-tubi dan menyelak buku cerita berhelai-helai. sobs sobs sobs.


Restoran Alambra ni sebenarnya takde dalam list yang nak pergi. tapi entah tiba-tiba masukkan je. Restoran ni yang aku plan nak pegi dengan adik Zati yang datang 'melawat' Paris. alang-alang dia ada, tiba-tiba ada dua oang jejaka turut bersama dalam adventure aku kali ni.


inilah adik Zati yang aku sebut-sebutkan. masih muda lahir tahun 90 ke atas (i seriously ignore 91 ke 92 ke yang aku tau 90 ke atas). masih single dan available menurut aku tapi menurut dia not available. sekarang sedang practical untuk degree dan sedang dikelilingi para engineer lelaki dan dia seorang je pompuan. orang peghokkk. harharhar. katenye suka Fatin Liyana. lai lai lai.



Thomas & Mochenkt - best of friend (bole baca dengan nada sindiran. mochenkt mesti tensenn. tengok muka dalam gambar pun tau tak rela hahaha.)



tempat dia memang agak jauh. tapi takpelah, demi pengalaman, akan ku redahkan jua. hahaha. mula-mula, aku memang dah ingat untuk reserve 4 tempat, tapi asyik delay delay sebab minggu tu ada quite banyak, things to settle, aku pun terlupa. sampailah jumaat pagi, aku teringat. padahal nak peginye malam tu. biasanya jumaat malam akan ramai orang, so aku mesti jugak book tempat and tak yakin untuk walk in gitu.


aku godek-godek nombor telefon, and cuba call tapi masuk voice mail. aku check website dia, ada borang untuk reserve tempat secara online. aku cuba tengok, adakah wajib untuk book online tapi tak jumpa info. oleh sebab aku cuak takde tempat, aku pun struggle hantar email. tunggu 30 minit :




alamak! takde tempat! lepas kol 10 baru boleh! camne ni! aku pun pikir-pikir, patut tak tukar restoran. tapi tak boleh! sebabnya dah janji dengan zati nak makan daging dan seumpamanya. and tak kan nak ulang-alik rumah to restoran memandangkan lepas kerja dah maghrib and tak sempat! aku sebenarnya memang dah budget restoran ni sebab by the time sampai, maghrib dah masuk, so aku bole solat terus sebab restoran ni ada tempat solat! susah nak jumpa kat negara sekular kemudahan camni. 


so, aku pun cuba hantar request reservation to restoran yang sama tapi cawangan berlainan. alhamdulillah, mudah je, dapat tempat untuk 4 orang! yeay!


macam aku cakap tadi, tempatnya jauh. lepas amek metro 7 ke terminus Villejuif - Louis Aragon, kitorang amek bas plak stop kat Grimau something something. jalan sikit je and taraa sampai dah. aku excited gila.


so, ni lah yang kitorang order.

ini menu aku. tangkap gambar daging dari jauh-jauh pun nampak hangus. cissss.


Titulaire : Filet de Boeuf avec des frites + sauce poivre
(Fillet of Beef with Fries and white pepper sauce)



 ini menu Zati. 


Titulaire : Entrecôte et purée de pomme de terre avec sauce d'ail
Translation : Entrecote steak and mashed potato with garlic sauce



 ini menu Thomas.


Titulaire : Escarbonara avec des frites
(grilled chicken baked with cheese and XXXX served with fries) -lupa. haha.



ini menu Mochenkt. sungguh menyedihkan presentation dia. sungguh. menyodihkan. but it turned out good! antara empat-empat, suka yang ni.


Titulaire : Escobolo avec purée de pomme de terre
(grilled chicken baked with cheese and mozzarella served with potato puree)



hahhhh, so, apa pandangan aku? aku kecewa!! haha. itu sebab tak berapa eksaited nak update. kalau dulu, terbelahak pun still bau makanan, aku dah gedik-gedik nak update, but not this time. 2 minggu baru nak update. T.T


well, maybe sebab masa makan itik dulu, aku pernah kata nak amek daging masak sepenuhnya kan.  so kali ni, memang masak sepenuhnya, tapi sangat kering! and terasa abu (kehangitannya) di lidah aku. same goes to menu yang zati pilih. aku pernah rasa better (contoh, Tinseltown London) so aku kecewa dengan prestasi Alambra ni. trop bien cuit.... tapi aku, cam biasa, aku akan rasa bersalah kalau pinggan aku tak licin. so aku paksa diri untuk habiskan jugak.


par contre, menu thomas and mochenkt, sedap! aku suka. hah, so tambah point kat situ. oleh sebab harga dia quite expensive, aku decide tak amek apa-apa dessert. memandangkan dessert dia pun memang biasa-biasa je macam restoran lepas.


so, my advice, restoran ni, emm bolehla. nasib baik aku pergi dengan kawan-kawan. so, kuranglah sikit kecewa tu. at least, wa had quite a good time teasing and talking and knowing each other. tapi tahap kejauhan lokasinya memang tak berpatutan dengan apa yang aku makan. rela lagi aku amek flight pegi london makan kat Tinseltown, Bayswater. tapi kalau nak rasa apa yang Thomas and Mochenkt ate, digalakkan datang sini. hehe.


ni link untuk restoran Alambra ni : http://www.alambra.fr/


lepas habis makan tu, baru kol 915 kot. Thomas ni cam biasa, dia kan lonely (hahaha), tak nak balik lagi. tapi aku tengok Mochenkt dah layu-layu, datang straight dari Rouen. Zati plak lagi lah dah layu-layu, satu hari shopping around Paris. so, Mochenkt balik rumah Thomas, Zati pun balik rumah aku. borak-borak sambil aku and Zati packing-packing, esok tu nak masing-masing nak gerak ke destinasi masing-masing, sampai tertidoooq. burpppppp *garu-garu perut yang nak meletup*


so lepas ni, nak pegi mana pulak? haaaa. nanti aku update lagi. tapi lepas ni, restoran yang aku pegi akan bertukar sikit genre nya, bukan lagi French Cuisine, tapi more to Chinese or Japanese or Korean Cuisine. 


voilà voilà!





No comments: