May 1, 2013

Jubli Perakku...

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.






  


Terima kasih pada semua yang sudi mengingati tarikh hari ini. Yang menghubungi baik lewat telefon, pesanan ringkas, Whatsapp atau email. Malah pada yang sudi menemani menceriakan aku pada hari ini. Pada mama dan ayah yang menjadi orang pertama, kakak dan abangku (Jul, tolonglah jangan malas. Message adikmu ini), abang Shafiq untuk puisi indah yang terlalu menyentuh hati kecilku, Ummu, Syira dan Xin Li untuk kad merah jambu dan sekotak coklat Brussel, rakan-rakan Saudah, Kita, Bidadari dan Grenobloises yang seawal subuh telah terpacul segala ucapan manis, kak Juliana untuk rumah yang selesa dan kek coklat, jejaka-jejaka kelab VH, kakak-kakak dan semua yang hadir dengan masakan Malaysia yang dirindui terutamanya nasi goreng yang pelbagai yang selalu menjadi kegemaranku, Yani dan Hizami untuk sekotak coklat dan ole-ole dari Body Shop, Jamal dari Eco, Bangi yang masih sudi mengingati si pelajar latihan yang picisan ini dan sanggup menulis email dari sana, Isma, Mochenkt, Duang, Haikal, Angosh untuk pesanan ringkas sepanjang hari ini, adik Zati kesayangan yang jauh di mata di Perak sana, Anis Syaferin yang tiba-tiba mengimbau kenangan di Le Havre dan Tengku K yang walau dalam runsing memikirkan sela waktu untuk mendirikan masjid bersama buah hati sejak 8 tahun masih juga sudi mengingatiku. Juga kepada mereka yang mungkin mengingati aku dalam hati dan sentiasa mendoakan aku walaupun tidak berkesempatan (atau tidak ada cara sebab aku tak ada Facebook) untuk menyampaikannya kepadaku. Kalian adalah salah satu nikmat Tuhan, Tuhan yang Maha Penyayang, kurniakan kepada aku selama ini. :)


Maafkan aku atas segala kesilapan aku, kekasaran bahasa, betapa aku tidak halus dan teliti dalam menjaga kelakuanku dan tindakanku. Betapa racun yang aku beri dibalas bunga olehmu.


25 tahun, gentar. Tapi, bismillah..... 


Jardin d'Acclimatation, Neuilly-Sur-Seine ; 1 Mei 2013


2 comments:

warx said...

kek HB tu mcm hot je..hehe

fanramli said...

hehe. kek tu ade orang buat sendiri untuk birthday dia sendiri. lol.