Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Tuhan.Dunia sedang melatah.
Ini kisah pagi tadi, kelas 207.
Transperasi di hadapan membulatkan mata saya yang agak sayu di seawal 8 pagi. nama pengganas sebelas september itu dijadikan watak dalam latihan surat rasmi, lengkap di catit dengan tarikh keramat itu. Tuhan sudah takdir, sang guru terambil copy si polan itu untuk difotokopi dan dijadikan transparensi sebagai contoh di hujung waktu kelas.
Muka saya berubah. terkejut dan terkesima. apa si polan itu sengaja ingin menempelak saya? kalau benar, boleh guna isu lain, tak perlulah yang punya kaitan dengan agama tercinta saya ini.
Selang 3 minit, saya tenang semula. Saya tepis jauh-jauh perasaan amarah. kamu perlu rileks, fan. si lad*n tidak ada kaitan dgn erti suci dan putih agama kamu. Jadi utk apa kamu perlu naik minyak? Terasa itu iyalah, bila org membabi buta mahu menggantungkan persoalan keganasan dengan islam.
Jam 2.30 ptg, saya bersua muka dengan si polan di perpustakaan. tak boleh mengelak. si polan dan saya, kami satu kumpulan utk projek tahun pertama kejuruteraan awam. Ah, Tuhan sudah takdir. Kamu jgn pertikai.
Senyuman paling manis saya lemparkan utk si polan. Buat-buat bertanya soalan itu ini, khususnya kepada si polan, dengan intonasi yang paling tenang. Muka si polan cuak-cuak. Dalam hati, saya tergelak kecil. Pandai buat, pandai tanggunglah.
Kau sakit hati tak tengok aku seperti tak ada tempias atau kesan dengan olokan kau pagi tadi?
Akhir waktu, si polan buka mulut, “kamu muslim ya?” saya hairan. Dia benar-benar tak tahukah atau itu sekadar soalan sinikal ?
Jam 8.00 mlm, saya menggodek tetikus saya. dari berita tanah runtuh di bukit antarabangsa hinggalah ke berita politikus negara penemuan Cristopher Columbus itu.
Subhanallah. Allahuakbar.
Tuhan, sungguh Kau mengenalku dengan begitu dalam. Tak sampai 24 jam, Kau hidangkan jawapan untukku.
Dunia sedang melatah.
Ini semua kerana encik Obama mahu nama ‘Hussein’ disebut sekali dalam pengangkatan sumpah menjadi presiden kelak. Walhal, Obama cuma mahu mengikut tradisi sebelum ini, menyebut tiga nama. Apa kerana ‘Hussein’ itu bunyinya agak muslim, maka tradisi itu tiba-tiba perlu diabaikan ?
Jangan buat saya ketawa, wey.
Macam biasa agendanya, karikatur ‘lucu’ sudah tercipta sana sini. Melukis Obama berserban dan bersalam dengan si janggut bersenjata.
Skeptikal.
Saya tidak hairan. Makin geli hati. Semua hanya pandai mengacu-acu galah. Sekadar itu. Tak ada pun yang benar-benar sastria, berani menjolok sarang si tebuan.
Si polan itu cuma mengikut isu semasa, bercakap tentang alkisah dunia hari ini. Benar-benarlah dia tiada niat mahu menempelak saya.
Mungkin.
Tuhan kata kita mesti bersangka baik.
7 comments:
isu kebebasan beragama kat sana masih teruk..langsung x peduli dengan sensitiviti penganut agama lain..alhamdulillah dekat States ni even diorg x berapa tahu/faham dengan Islam tp still diorg hormat dgn kebebasan beragama kat sni..huhu
salam fan..
jzkk.akak tak tahu menahu pun tentang obama tu.tapi memang nampak sangat,mereka ni memang cepat melatah.hanya kerana nama, tradisi nak diubah.
apa ada pada nama?
kagum akak dengan fan,tenang je menghadapi situasi mcmtu. kalau akak,tak taulah..=)
encik shafiq
huhu. sini, peraturan laicité tu ada. tu yg jadi payah sikit. heh.
kak marini
hu. memula nak naik angin jugak. tapi macam, fin, je m'en fou akhir². hehe.
funny how some people who claim to be educated can drown themselves in the ignorance of judgmentalism.
love your post! <3
owh, and Cik Fan, saya sudah kembali! =)
waaaaaa.
cik myra lah!
welcome back, sister.
hehe.
dear sis,
b calm always...hati2 selalu dan jaga diri baik2 di sana..
idat
wahhhh. mentang² ada gambar anak dia, bagi komen kat kite. eheh. okay, sis. thank you. anda juga, jaga diri dan isi perut itu. *wink*
Post a Comment