December 8, 2008

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



Dunia itu pantai.

Satu hari, ibu bawa kamu ke pantai. di pantai, kamu tidak tahu mahu buat apa. tiba-tiba idea datang. buat istana pasirlah, kata kamu. lalu, kamu kesana-kemari, membanting tulang, mengangkut pasir, menempek situ sini, mengaut air, membancuh itu ini.

kamu mahu istana kamu cantik. bukan setakat cantik, tapi juga besar. bukan setakat besar, kalau boleh, sempurnalah.

dalam kamu bina, ramai dtg menjenguk. ada yang menolong, ada yang sekadar melihat. tak kurang, ada yang mengkritik. biasalah, adat. tiada yang sempurna di mata manusia.

dalam satu tempoh masa, ibu kamu panggil. mahu tidak mahu, kamu harus pulang juga. pantai itu bukan rumah kamu. pantai itu cuma persinggahan. istana yang kamu bina itu, satu hari runtuh juga dek ombak laut yang menghempas. nanti, ada orang baru datang. macam kamu, bina istana juga. lalu, istana kamu dulu, dilupa begitu sahaja.

jadi apa kamu dapat bila pulang?
saya ada dua konklusi.

konklusi satu; kamu kena marah dgn ibu. main pasir tak ingat pulang. sesudah, baju kamu kotor. tak bawa apa-apa pula untuk ibu yang bersusah payah bawa kamu ke pantai. jadi, itu kenangan pahit.

konklusi dua; ibu gembira. kamu bersih-bersih saja. siap bawa gambar kenangan untuk ibu. jadi, ini kenangan manis.

nah, terpulang kamu. mahu konklusi satu atau dua.
yang saya tahu, dunia itu pantai.

bina istana pasir, macamlah mahu tinggal situ. lupakah? itu pantai lah. hanya pantai. sampai masa, dipanggil balik juga. sudah-sudahlah bermain, ok?

4 comments:

Anonymous said...

konklusinya, anda pasti seorang yang menumpukan perhatian tatkala guru anda memberi perumpamaan di dalam kelas..

AISHAH roslan said...

salam. selamat menyambut aidiladha Fan! ;)

Anonymous said...

encik warx
hehehehehe. lately ni, da tergian asyik nak buat perumpamaan lah.

kak aishah
salam. selamat aidiladha kak aishah!!

victoire said...

erh. teman udah buat tag kamu